Wednesday, September 28, 2011

1166 ~ Terima kasih singgah...






Dr Ainol adalah antara teman sekerja suami yang menjadi rakan paling baik pada akak... Kami mula mengenali sejak mereka mengambil 'Master' sama-sama di HUKM. Sikapnya yang peramah dan mudah mesra memudahkan akak mengenalinya setiapkali ada perjumpaan dengan kakitangan hospital.

Sekarang beliau adalah Pakar Perunding Kardiologi di Hospital Penang. Berasal dari Pulau Pinang beliau bertugas kembali di kampong halamannya.

Sewaktu beliau bertugas di Hospital Serdang... seminggu duakali (pagi Isnin dan pagi Jumaat) beliau akan datang ziarah akak di Unit Dialysis. Membawa dua bekas makanan... kami akan sarapan sama-sama. Kadang-kadang sampai tahap beliau memasak masakan istimewa dan kami akan sarapan sama-sama... Dalam kesibukan tugas, beliau tetaplah datang ziarah akak yang pernah dimasukkan di Wad tak kira waktu pagi, tengahari, petang atau malam. Memang terasa juga ketiadaannya sewaktu beliau berpindah semula ke Hospital Pulau Pinang.

Pagi ini, beliau datang ziarah akak di Unit Dialysis. Memang terasa seronok sangat melihat kembali wajah yang sering menemani akak di Unit Dialysis. Thank You, Ainol...JIka kawanku yang setia... simpankanlah rahsia... Janjiku dan DIA...




8 comments:

  1. Salam Kak.
    Bertuah kalau dapat teman yang macam ni....bukan senang. Tapi saya percaya...kalau kita baik dengan orang, pasti jugak orang akan baik dengan kita...

    ReplyDelete
  2. salam puan,


    Insya ALLAH kalau kita berkawan kerana ALLAH walau jauh macam mana pun pasti ada kesinambungannya. Insya ALLAH.

    ReplyDelete
  3. da ada ipad da~~takde la boring sangat kan? he~~

    ReplyDelete
  4. Muka akak ngan Dr Ainol tu ada rupa adik bradik.

    ReplyDelete
  5. Uncle..
    ALhamdulillah..
    terima kaseh..
    memang terasa bertuahnya.. dia memang seroang sahabat yang paling baik... tahu value persahabatan..tidaklah seperti akak...:(

    ReplyDelete
  6. Lina..
    Insya'Allah...
    Memang itulah sikap Dr Ainol..berkawan kerana ALLAH bukan kerana apa... kita yang tada apa-apa ini pula yang berasa sangat segan padanya.. Tapi Syukur...

    ReplyDelete
  7. Bujal...
    Memang sekarang makcik dah mudah ke opis. Tidak lagi bawa beg berat2...
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  8. Ate...
    Rata2 patient yg sama2 dialysis juga bagitau yang serupa... hingga ada yang beritahu 'adik awak datang tadi'.. Keserasian dalam persahabatan juga jika wajah seiras..- kata orang tua lah...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata