Thursday, September 22, 2011

1160 ~ Maling datang betul2....




Petang semalam rumah BIL dimasuki maling... modus operandinya lebih kurang begini...

Maling yg datang mencuba nasib waktu senja memeriksa rumah yang menjadi sasarannya. Menurut saksi tempat pertama yg ditujunya ialah switch box diluar rumah dengan tujuan untuk menghentikan fungsi alarm. Kemudian, mereka memanjat tembok masuk ke dalam kawasan rumah.

Tempat yang di tuju ialah tingkap dapur.. Tingkap jenis daun mudah di umpil dan grill keselamatan di tolak ke dalam. Terlalu mudah nampaknya... mereka masuk melalui tingkap dapur dan mula mencari barang2 berharga di dalam bilik utama. Almari baju diselerakkan kerana hendak mencari barang2 berharga...



Kita tak sangka grill tingkap yang kita pasang di rumah, tidak begitu kukuh kerana dengan mudah perompak itu boleh regangkan tanpa memotong besi....



Mujur BIL dan Biras tidak menyimpan barang berharga di rumah. Yang mereka cari ialah barang kemas.. Laptop dan jam jenama tidak menjadi keutamaan. Mereka jumpa dua bentuk cincin tunang dan kahwin...
Menurut jiran yang sempat terserempak dengan perompak tersebut, peronpak tersebut adalah berbangsa Arab ataupun Pakistan. Memang kurang ajar. Datang negara orang..jadi perompak.




awak telah memenuhi segenap ruang dalam hidup ini


LUEM

8 comments:

  1. saya kalau hilang barang yang tinggi nilai sentimental memang akan rasa ralat~

    ReplyDelete
  2. salam kebanjiran mereka datang berniaga jual makanan yang dah berhari hari letak dalam fridge, tapi nama makanan memang hebat nasi mandi, kambing tis n that, disamping itu aktiviti mereka bawa suku sakat yg memang ada criminal record kerja dgn mereka macam mereka buat kat england ni ha...

    ReplyDelete
  3. kehilangan adalah menyakitkan. selalunya pencuri mnmg akan cari easy target i.e tingkat yg senang umpil, pintu bermangga 1 & etc etc.

    walau pape pun, negara kita dah makin tak selamat kan?

    ReplyDelete
  4. Syukur tiada melibatkan mangsa dicederakan.

    Dapat tangkap ya?

    ReplyDelete
  5. Bujal....
    Mmg rasa sgt ralat bila hilang barang2 yg punya nilai sentimental yg tinggi..... Jika dpt tangkap penuri tu mmg rasa nzk belasah dulu sampai lembek...
    Kurang ajar menyepahkan rumah orang....

    ReplyDelete
  6. Anon....
    Dah terkenal sikap mereka yg kasar dan kurang ajar...
    Bg tumpang cari makan.. Dtg merompak..

    ReplyDelete
  7. gB..
    Walau tiada kecederaan tapi hati kita tetap terhiris bila penyangak masuk rumah kita dan menyelongkar barang2 kita....

    ReplyDelete
  8. Azie...
    Tidak berjaya menangkap org arab tu sebab depa sempat lari....
    Kami syaki depa tinggal sekitar ini juga.....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata