Saturday, September 10, 2011

1149 ~ Chef dan Manager Rumah...




Mamat ni sedang gigih menyediakan masakan untuk menjamu kami. Sambal belacannya memang tersedap dan tomyamnya...hmmmmmmmm buat teringat-ingat....



Sepanjang penginapan kami di Villa Sanyanga, Phuket... makanan kami disediakan oleh Chef Lek.. Masakannya memang yang tersedap. Barang-barang untuk masakan dibeli oleh mereka dengan diberikan wang belanja untuk makan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.

Sewaktu kami menyewa Yacht, mereka juga bertanggungjawap menyediakan makan tengahari dan minum petang untuk kami. Memang selesa sekali.


Meja2 ni di sediakan oleh Sooo.






Makanan tengahari yang disediakan di Yacht.




Kelihatan dalam gambar Datuk Dr dan Datin Dr sedang bagi arahan untuk menu esuknya... begitulah hari-hari. Kami berbincang nak makan apa, Datuk Dr akan beritahu Chef dan Manager...




Sambal belacannya...
sampai belajar buat macamana...




Minum petang dan dessert selepas makan..
Durian dan Mangga pulut bersantan...




Rambutan siap kopekkan kulit lagi...
Dahlah kita ni mengidamkan rambutan sejak balik Melaka lagi...- idamkan rambutan atas pokok...
di Phuket dapat makan siap kopekkan lagi....
Hmmmmmm.... memang habislah sebesen...




Nenas yang punyalah manis...
jika makan banyak2 pun tak lidas lidah...





Ini adalah Soo. Dia merupakan manager yang mengatur kerja dan membeli barang-barang keperluan. Sehari sebelum dia akan berbincang menu yang kita mahu dan apa barang-barang dapur yang perlu dibeli. Kerja-kerja menyedia dan menghiaskan meja makan juga tanggungjawapnya...

Gambar tukang bersih Villa dan Driver tak sempat pulak diambil. Mereka tidak sentiasa kelihatan, tahu-tahu saja bilik dah berkemas... Apapun kerjasama mereka amat dirasai.





Episod akan datang....
Phuket FantaSea...
Harga tiket RM150 satu kepala...






10 comments:

  1. Akak,

    Bestnye...macam ada butler sendiri. Tapi ni lagi best kot...ada the whole team. Macam Raja Arab Saudi! jeles...jeles....hahahhaa!

    ReplyDelete
  2. wah....best nye gi jln3....

    ikut agent or sendiri? pakej?

    ReplyDelete
  3. Huii...mmg SYORGA la bercuti mcmni. syiok gila!

    ReplyDelete
  4. dapat tgok foto pun jadi lah..tumpang happy.

    ReplyDelete
  5. Lili...
    percutian kali ini memang sangat best...
    Alhamdulillah... merasa nikmatnya...

    ReplyDelete
  6. miss scofield...
    salam kenal...
    kami pergi sendiri... BIL yang uruskan tempat penginapan... dia tahu melalui kawannya yang pernah bercuti ditempat yg sama...

    ReplyDelete
  7. Ai...
    Idaklah sampai tahap SHORGA.. tapi bolehlah... selesalah... jika ada rezeki terpijak nak jugak merasa lagi.... memang syiok gila...

    ReplyDelete
  8. Cikgu Hani...
    Ini yang saya masukkan juga gambar2 ini sebagai memenuhi janji sebelum pergi dulu.... :)
    Memang sangat menarik pemandangannya...

    ReplyDelete
  9. waduh..bestnyer...mmg prcutian yang sangat indah... alhamdulillah rezeki makcik sekeluarga,semoga dil juga dpt merasai percutian seperti ini suatu hari nanti....insya Allah.. :-)

    ReplyDelete
  10. dil...
    Amin.. makcik doakan...
    Insya'Allah.... :)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata