Tuesday, September 13, 2011

1154 ~ Rezeki Dia...



Sekali sekala akan ternampak sekumpulan monyet yang lalu lalang di pagar rumah kami. Selalunya setakat lalu sahaja. kebetulan waktu mereka lalu tadi buah mangga masak ranum di ladang mangga 100 hektar akak,  mereka singgah sebentar untuk memetik. Kebetulan kami ternampak dari dalam rumah, aksi mereka sempat dirakamkan.

Kelihatan salah seekor dari mereka sedang mencuba hendak mengambil sebiji mangga masak ranum.




Kelihatan buah mangga sedang di petik...



Sudah di dalam genggaman




Sempat cium bau keharuman mangga masak ranum..




Bawak ke tepi untuk menikmati seorang diri....




Ambil lagi sebiji...




Tak sabar nak makan...




Bawak tepi untuk diagihkan pada saudara mara tercinta...



Menurut saksi kejadian... 3 biji mangga juga yang menjadi rezeki mereka tadi. ALhamdulillah... tidak pada manusia.. pada haiwan pun kita masih boleh bersedekah...

Agak-agaknyalah... mereka akan datang lagi tak? Kabar mangga masak ranum yang tersangat manis sudah tentu dah tersebar dikalangan sahabat handai mereka... Mungkin mulai esok, akan ada yang akan datang memetik mangga masak ranum di pokok????


6 comments:

  1. sanggupkah melihat semuanya dikebas oleh monyet2 tu..buah mangga tu sungguh lemak manis..harum jer...!

    ReplyDelete
  2. patut la deris selalu marah kalau kita nak makan cium² dulu, haha, macam monyet! ... tapi kena la ambik feel kan? ;)

    ReplyDelete
  3. cuba akak letak sign kt situ "dilarang memetik" - tgk dia petik ke idak ;P

    ReplyDelete
  4. kak long...
    kalau setakat sebiji dua tu, sangguplah jugak...
    tapi kalau habis sepokok...
    putih gak mata saya..... heheheheh

    ReplyDelete
  5. KOG...
    sifat akak pun suka mencium sesuatu sebelum menikmatinya... 'ambil feel'.. wah u samalah dengan akak...

    ReplyDelete
  6. Ai...
    nanti akak nak tempah sign ' di larang memetik' dan 'di larang memanjat'..
    kita tengok cammna...
    heheheheh... pagi2 u dah bagi akak ketawa....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata