Tuesday, September 06, 2011

1144 ~ Inilah kisahnya...




Kisahnya bermula sejak dari abahnya ke Germany.... kemudian ibunya ke Bandung.... Pengalaman menghantar abahnya ke Airport membuatkan si anak kecil ini ingin menaiki 'pesawat'... Setiap hari bermain-main ayat 'nak naik kapal terbang'... Pagi, Petang, Siang dan Malam... itulah yang bermain di bibirnya... - hahahahaha... 'ayat klise'... biasalah jika penulis novel menggunakannya..kan????

Jadinya bila Pak Ngahnya dan Atuknya membuat rancangan untuk keluar bercuti bersama-sama... abahnya terus mendapat idea.... Pergi bercuti dengan menaiki kapal terbang. Asalnya kami ingin naik 'cruise' dari Port Kelang ke Phuket... tapi rancangan bertukar sebab Aisyah hendak naik Kapal Terbang. Akhir sekali pengalaman Aisyah naik Kapal Terbang ialah sewaktu kami ke Hanoi tahun 2006. Aisyah pun dah lupa.....

Rancangan bercuti seisi keluarga pun dibuat untuk ke Phuket. BIL yang pernah bercuti di sana menguruskan tempat penginapan dan sebagainya...

Wajah Keriangan sewaktu Hasrat Tercapai.....
( Lihat senyumannya pun sebagai ibu dan abah pun memang boleh cair......)




Alhamdulillah....
Selamat Mendarat di Phuket. Perjalanan selama 1jam 25 minit...





Sewaktu baru sampai... berehat sebentar selepas menaiki anak tangga...
Bina rumah di lereng/puncak bukit memerlukan banyak anak tangga..
memang tak sesuai....






Seluruh Villa hanya di huni oleh kita sekeluarga... disediakan dengan Manager Villa cum tukang kemas, tukang beli barang.. macam-macam... (nanti akak cerita....)
Disediakan juga tukang Masak khas.. tukang kebun dan driver...
Tukang2 kemas... - tapi kita akan jarang2 nampak mereka berkeliaran di Villa...




Hidangan Pagi, Tengahari dan Malam disediakan oleh Chef yang khas..
Selesanya.. kita cuma sediakan duit untuk mereka beli barang2 yang hendak di masak..
Menu ada disediakan... pilih saja apa yang hendak dimakan...
Samval Velacannya... memang yang terbaik....
Balik sini... merana perut....
tap sedapppppp di mulut....






Aisyah cukup gembira dapat pool dalam bilik...
berendam sampai dah nak kembang...




Siangnya berendam lagi...
sekali pandang dah macam sotong kembang...





Hari Sabtu kami menyewa Yacht...
Tuan punya Villa dan Yacht adalah orang yang sama...
Kami dibawa keliling pulau dan berehat-rehat di salah sebuah pulau..

Sempat bergambar seisi keluarga...





Turut disediakan Jacuzzi untuk anak-anak berendam...




Masa muda-muda dulu pernah masuk persatuan kayak... bila nampak ada disediakan kayak.. ini makcik sudah tak sabar nak mencuba. Dengan anak dara yang kedua... kami berkayak keliling Yacht... Pengalaman pertama buat Qeeb dan kakak Zahrah.





Enjoy sungguh...




Gambar2 akan menyusul lagi ya....



Kasihku Ku amat mencintai Kamu..
Kerna kau beri erti Hidup.. ku kan terus mencinta..


LUEM

8 comments:

  1. percutian kelas pertama~~jelesnya saya makcik~~hu~~

    ReplyDelete
  2. masya-allah,indahnye pemandanga dan sangat kelassssss percutian ini...alhamdulillah,makcik dan anak2 dapat merasai pengalaman indah ni...dil tmpang happy..makcik,nampak sangat muka kegembiraan aisyah..sayu pla rasa hati..huhuhuhu....

    ReplyDelete
  3. private pool, yacht, jacuzzi, kayak..wah akak best sungguh. mana aisyah tak riang. ibunya pun mesti turut riang

    ReplyDelete
  4. bestnyya .... bape sewa villa tu kak...

    ReplyDelete
  5. bujal...
    rezeki anak2... :) Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  6. Dil...
    Alhamdulillah...
    kami juga baru merasainya... mmg sangat gembira...

    ReplyDelete
  7. madora...
    Alhamdulillah...
    rezeki kami...
    ibunya menyeringai sampai telinga.. jgn tak tau....

    ReplyDelete
  8. Chik Att..
    sewanya adalah lebih sedikit dari sewa hotel...
    :)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata