Sunday, July 31, 2011

1107 ~ SELAMAT BERPUASA...

Selamat Berpuasa buat semua teman yang mengenali dan yang datang berkunjung di sini..
Amacam? Pejam celik..pejam celik dah bertemu Ramadhan sekali lagi...
Rasanya dapat tak mengumpul pahala terbanyak dari tahun2 yang lepas pada tahun ini?
Malam ini dah mulalah kita mengerjakan Solat Terawikh sebaik selesai Solat Isyak.
Insya'Allah...

Friday, July 29, 2011

1106 ~ Kenangan Yang Terindah.






Gambar ini diambil sewaktu akak hendak ke Bandung. Ini 'Money Changer' tokeh sudah buat bagus punya kira-kira untuk ibu dia. Duit yang nilainya sekian... telah dikiranya sekian.... Hmmmmm terasa sangat lumayan bila mendapatkan khidmat 'Money Changer' ini....

Lihat sajalah pada jari jemari dia... melentik-lentik hendak mengira jumlah wang yang berjuta-juta itu.....

Apapun kenangan akak ke Bandung adalah antara Kenangan Yang Terindah...........

Perjalanan ke sana smooth... Walaupun pengalaman yang pertama kali ke Indonesia, akak tidak mengalami hal-hal yang tidak menyenangkan.  Mempunyai driver yang menanti dan sedia membawa kami kemana-mana...Dan masa balik dengan kadar bagasi yang tidak didenda... walhalnya akak pernah dengar cerita teman yang kena cukai berlebihan - airport taxlah... had lebih berat beg kerana akak dah bersedia mengambil 50kg extra.  Alhamdulillah... semuanya dipermudahkan.


Darimu , kutemukan hidupku Bagiku, engkaulah cinta sejati

LUEM

1105 ~ Nasi Padang Simpang Raya..




Hari Kedua selepas membeli belah, kami dibawa merasai hidangan nasi padang di salah sebuah restoren di bandar bandung. Pak Didin...  (pemandu ) rekemen  restoren ini bila ditanya dimanakah makanan nasi padang yang sedap. Dan bila dah makan, mmg sedappppppp...

Antara pilihan lauk pauknya...




Gulai urat keting...



Sambal cili hidup pedal dgn tauhu...



Gulai ayam...





Nasi yang sudah di sirami kuah.... typical org minang... sukanya berkuah....




lauk2nya... walaupun byk yg dihidangkan tapi yg dikira hanya yg dimakan... yg tak dimakan tak dikira...




Air Sirsak -  jus durian belanda...




Gulai otak lembu yg tak ada pun sesiapa mencubanya...
rasa macam nak cuba tapi takut tak tertelan...




Alhamdulillah....
Walau pun namanya bercuti... jumlah pengambilan air sangat terkawal.. balik hari isnin timbangan cuma naik 2.3kg untuk jangkamasa 3 hari.... mmg hebat.....  tak pernah berlaku bila 2 hari tak dialysis naik sedikit kecuali hari sabtu dan ahad akak berpuasa.....
- dah akak kenalpasti faktor2 nya..... :)


oh kasih..ku berterima kaseh... padamu...kerana melengkapi hidupku...

LUEM

Thursday, July 28, 2011

1104 ~ Fikir-fikirkanlah


Rasanya ada kena mengena tak iklan ini dengan tempat duduk ini?.....

(Entry ini khas buat Bujal yg terasa nak menambah bilangan adik tiri buat Ainul...)





1103 ~ Cerita ceriti cerutu...


Asalnya memang nak buat entri bergambar.. tapi bila klik nak upload gambar... tak bolehlah pulak... makanya jadi entri cerita..ceriti cerutu...

Semalam sewaktu keluar membali barang2 keperluan perut seisi rumah... ternampaklah buah mangga. Qeeb dah bagi soklan Cepu Mas... - sikit lagi nak kena Cepuk dan Cemas....

Qeeb : Ibu, Apa bezanya Mempelam dengan Mangga?

Ibu : Jangan ditanya soklan macam tu dengan ibu. Masa ibu kecik Pinggan dengan Piring pun tak kenal... Mangga dengan Mempelam pun ibu tak tau nak jawap jugak...


Memang akak tak tahu Mangga dengan Mempelam. Tolong bagitau...


Ku mencintaimu lebih dari apapun...

LUEM


Wednesday, July 27, 2011

1102 ~ Makan2 di Bandung..


Hmmmm... nak upload gambar2 ni pun dah dekat sejam.
Saja nak share pengalaman makan ditempat orang.
Warga Bandung rata2 orang Sunda.
Masakan mereka agak berbeza kerana lauk pauk mereka tidak berkuah-tidak bersantan.
Akak buat rumusan bahawa tahap kesihatan orang Sunda dan orang Padang (Minangkabau) jauh berbeza. Mereka tidak mudah kena serangan jantung akibat kesempitan salur darah dengan kolestrol...

Lihatlah lauk2 orang Sunda.
Berkukus, bergoreng dan di salut sos manis.



Ayam kukus...



Sambal orang sunda mmg pedasssssssssssssss............. sekali tergigit cilinya hmmmmm...
tak terkata...
Sambal cili biasa...



Sambal cili yang bercampur cekur dan binjai..




Ulam2..
lihat tu terung kecil pun dibuat ulam..
Orang Minang tu dah dimasakkan lomak cili api jer terung tu...



Ayam dengan sos manis..




Part nasik ni mmg best...
dibungkus rapi...




Dibuka.. semerbak baunya...




Sambal dan ulam..
jika tanpa sambal ni mmg tak lalu nak makan..




Inilah ikan Gurame tak terbang...
yang terbang punya sgt cantik bentuknya..
baru tahu rupanya Ikan Gurame adalah ikan Talapia..
ingatkan ada ikan istimewa aper ker...




Cucur Udang yg mewah dengan udang. Garing dan sangat sedap..




Sotong bakar disalut sos manis.




Masuk kandang kambing... kita mengembek...
masuk kandang anjing.. kita menyalak...

Esok akak cerita makanan yg lain pula...


I am everything i am.. because u loved me...

LUEM

Tuesday, July 26, 2011

1101 ~ Ceritanya....


Rata-rata teman2 yang ke Bandung mengatakan 'bestnya shopping di sana...'.. dan kebanyakan yang akak kenal dah ke sana... Lama-lama temasuk jugak dalam hati hendak ke sana...

Peluang sort of datang bergolek bila bincang dengan teman ada yang sanggup bercuti kadar 3 hari kerana akak harus dialysis... Pergi petang jumaat lepas dialysis dan balik hari ahad... - bukan keputusan mudah sebab rata2 kawan2 yang ke sana mengambil masa kurang2 4 hari penuh berbanding dengan jadual akak yang hanya dapat satu hari penuh shopping. Bayangkan bila sampai kedai semua dah tutup.... masa nak balik pun terkejar-kejar nak pulang.. tak sempat nak menyopping sepuas mungkin.

Seorang teman yang sanggup menjadi teman kesana. Keizinan dari suami masing-masing diberi dan tiket pun diambil dalam kadar segera.

Hari Jumaat selepas dialysis, perjalanan ke Bandung pun bermula. Sebaik kapal terbang dari Bandung tiba... penumpang terus naik dan berlepas pula. Macam naik bas rasanya. Dengan serta merta dah naik dan turun.



Inilah teman yang sanggup menemani percutian yang singkat ini tanpa banyak kira.. Sebab ada kalanya ada yang rasa tak cukup masa yang diperuntukan tapi beliau bersetuju tanpa banyak soal. Terima kaseh, zana..



Walaupun tiba dah malam dan semua kedai makan dah pun tutup kecuali warung-warung tepi jalan, kami tidak mengalami kesukaran untuk membeli makanan malam. Hotel menyediakan restoren 24jam untuk penginap hotel. Sangat menyenangkan.

Ruang lobi dan restoren Hotel Guntur.



Kawasan taman hotel. Sangat cantik dengan pokok2.



Gambar ini diambil sebelum pulang. Kami tiba malam, tak sempat bergambar..



Depan Rumah Mode. Sedap shopping disini...



Gumbira setelah pergi ke 2 tempat sebelum Rumah Mode, tak jumpa apa-apa. Dan di Rumah Mode jumpa pakaian anak-anak.



Gambar sebelum pulang juga.



Beg pun dah 'beranak'..



Mendapatkan 'supir' memang memudahkan urusan. Bayangkan jika tanpa supir yang menanti ketibaan kami pada malam pukul 10.. hendak mencari teksi...???? oooooo sangat menakutkan. Mujur ada teman yang menguruskan perkhidmatan supir yang melayani kita selama 3 hari dengan kadar yang berpatutan. Kemana-mana ditungguin.... semuanya beres... tidak perlu terjenjet2 beg plastik banyak2 sambil menunggu teksi. Kena hantar pulang plastik ke hotel dulu dan keluar semula. Bila ada supir, semua itu tak perlu difikirkan. Masa pun boleh ditumpu untuk shopping.

Driver kami Yusof... pelajar bius di Universiti Bandung.



Pintu masuk airport. Nanti lepas ngaji akak cerita lagi... nak mandi dan pergi ngaji.....
Shopping sudah.. cuti sudah... Ngaji... Nak kena pergi... Bye...





You're one in a million

LUEM

Monday, July 25, 2011

1100 ~ Ay Am Back....






1. Keseluruhannya percutian ke Bandung sangat .........
2. Saya bercuti bersama .......
3. Saya discover byk .............
4. 3 jam sebelum pulang ...........

( harap isi tempat kosong untuk mendapatkan FM.....- berita selanjutnya di entry akan datang..)
Ketibaannnya dinanti pak supir dan jalan2 dibawa oleh pak supir.. sangat memudahkan untuk menyopping..


kasihku..ku amat mencintai kamu...

LUEM

Friday, July 22, 2011

1099 ~ 1st time....



Babai semua...1st time sejak sakit nak keluar negeri...
1st time sejak sakit nak naik kapal terbang...
3 tahun dah tak naik kapal terbang....

jumpa hari isnin.....
jgn noti2.....

Thursday, July 21, 2011

1098 ~ Ingat masa kecik dulu.....


Bila semalam buat entry ceritakan kisah masa kecik-kecik dulu..terasa nak citer pulak kisah-kisah bila ke dapur dengan arwah mak. Tak mudah tau... selalu kena marah...

Selalunya emaklah yang menyediakan bawang-bawang, rempah-rempah bila nak memasak. Tak macam akak sekarang, semuanya suruh bibik yang siapkan.. akak cuma tinggal menumis... tapi dulu, dari ke pasar, menyiang ikan, ayam semuanya emak yang buat. Kopek-kopek bawang, mengambil serai, daun kunyit, daun kesom ataupun daun kari di kebun sekangkang kingkong belakang rumah tu pun emak yang buat. Sekarang, akak cuma mintak bibik yang mengambil serai, daun kunyit, daun kari dan daun pandan. Sejak akak menanam semua itu, sampai hari ini akak tak tengok2 dah. Taunya bila nak masak... order saja..."bibik, saya nak pakai daun kunyit...ambil satu"...

Arwah mak dulu kalau masak-masak Lomak cili api suka pakai periuk tanah. Gulainya jadi lagi sedap... Hmmm... tak jumpa lagilah rasanya.. Kalau dia masak rendang ayam atau rendang daging, ada jiran yang bila tahu selalu hantar surat kecik melalui anaknya tertulis, " Mah... sedaplah bau rendang mak ngah, boleh akak mintak sikit?" Itu memang gaya kak Rosnah, jiran kami yang beranak 7 orang. Selalu menghantar nota kecik-kecik ala-ala Memo antara department bila nak mintak apa-apa. Apalah kabarnya kak Rosnah sekarang?

Bila arwah mak membeli ikan bilis dan taugeh.... ini memang boleh jadi perang besar antara akak dan dia. Arwah Mak selalu mintak tolong kopekkan ikan bilis ataupun buang ekor taugeh. Tugas tersebut memerlukan penelitian yang tak terhingga. Kita masa tu kan selalu menghabiskan masa-masa diluar kawasan rumah. Kawan-kawan ramai yang terpanggil-panggil kat pintu mengajak main. Kalau kita takda, tak cukuplah korum.... Mak kita pulak masa itulah dia nak suruh kita kopek ikan bilis dan buang ekor taugeh. Saat yang sangat stress.. sambil buat merungut-rungut. " Mak lainkali, mak tak payah masak sambal ikan bilis dan goreng taugeh tau!.. Mak masak lauk lain pun takper..."

Ikan bilis tu hanya separuh jer berkopek..yang lain semua ditinggalkan jer. Taugeh pun begitu... kalau emak beli 30 sen taugeh... yang berkopek hanya 5sen saja... yang 25sen dah masuk dalam sampah-sampah ekor taugeh. Kalau nak masak taugeh jugak, Maklah kena habiskan. Tapi ken... bila dah berumah sendiri ni, bila beli ikan bilis dan taugeh... tetaplah akak kopek sendiri. Tidaklah menipu2 tak mahu kopek dan masak terus macam tu. Heran sungguh ken?

Cerita yang akak selalu kena marah kat dapur bila menolong arwah emak ialah bila arwah mak meminta tolong ambilkan Piring dan Pinggan. 2 perkara tu memang selalu jadi punca kecik-kecik hati. Akak ingat lagi sampai sekarang. Bila mak goreng ikan, dia suruh ambilkan pinggan nak letak ikan, akak selamba dek ambil piring. Dah kena marah. Bila dia suruh ambil piring, nak letak lauk sikit, akak ambil pinggan. Selalu akak jawap " Kenapa tak nak pakai mangkuk. Kan senang..." Mak jawap pulak..." Takkan aku nak letak ikan goreng ni dalam mangkok. Pinggan dan Piring pun Kau tak kenal..... @@#$$#%%&&*((*&(*" ( adalah sikit yang dibebelkannya lagi...)

Selalu akak kecik hati bila part kena ambil pinggan ataupun piring. Kalau mangkuk, akak pass... Yang dua itulah yang sangat menyesakkan kepala otak akak kalau disuruh. Yang emak pulak, dah tahu kita tak tahu... dia suruh lagi..suruh lagi.. niat dia nak kita pandai. Kita ni tak minat nak jadi pandai... itu yang selalu tension. Tapi bila dah dirumah sendiri... dah pandai.. dah pandai beli pinggan untuk apa... beli piring untuk apa.... heheheheheheeheheheh.. Kalau emak ada lagi sure dia VANGGA....


And I found a very special love in you
It's a feeling that's so totally new
Over and over, it's burning inside

LUEM

Wednesday, July 20, 2011

1097 ~ Budak dulu dan budak sekarang






Jarak umur akak dan anak2 adalah 30/40tahun.. banyak sungguh perbezaannya budak2 dahulu dan sekarang...

Antaranya:

1. Masa kecik2 dulu, akak sering mengikut emak ke pasar. Emak mengenalkan cara memilih ikan yang elok, nama2 ikan.. daging yang elok... sayur-sayuran...
Bila emak tak sihat... akak boleh ke kedai Wak Tambri - mmg terkenal di Kg Baru.... membeli ikan-ikan dan sayur2an. Dan akak masak juga.. Eeeeeee... bila ingat balik semula, rasa sgt impress...
Lauk yg mula2 akak masak ialah goreng ikan sambal... dan sayur sawi masak tumis air. Mula2 mmg hanguslah bawang putih dan kuah tu hitam jer... bila dah pandai.. barulah putih sikit kuah tu..
Masa tu umur akak sekitar 10 atau 11 tahun... - pandang Ain... bezanya... Ain hanya pandai buat milo ais yang sangat sedap... goreng telor pun belum lagi.

2. Aktiviti mandi di swimming pool adalah tiada sama sekali. Nak mandi, kena pergi Kg Sungai Sekah, Nilai, Negeri Sembilan... Ataupun mengikut abang sedara yang membawa anak2nya pergi berkelah di Morib atau Port Dickson.

3. Main gameboy..playstation..lagilah takda.... kami main police n thief... konda kondi, galah panjang, layang2, baling selipar pd kad atau getah, main masak2 dan macam2 lg.... banyak keluar rumah daripada memerap dalam rumah. Budak sekarang lebih byk memerap dlm rumah daripada bermain diluar rumah. Faktor keselamatan pun iyer jugak... tak seaman kita dulu-dulu...





cintamu muzik dihatiku...

LUEM

Tuesday, July 19, 2011

1096 ~ Terkena Jugak...



Lokasi : Dalam kereta...

Waktu : Selepas mengambil anak2 sekolah...


Ibu : Kita tengahari ini nak makan apa?..

Qeeb : Ibu dah masak ke belum?..

Ibu : Belum.... Ibu baru balik mengaji tak sempat nak masak...

Ain : Kita makan Mc Donald...

Semua menjerit setuju....

Ibu : Hari-hari Mc Donald..boleh bangkrap lah...

Zahrah : Takper... saya boleh bayar... saya ada RM29.90...

Ain : Saya juga ada duit.. saya boleh tolong bayar...

Yang lain menjerit juga...

Ibunya pun memandu menuju ke Mc Donald..

Masuk Pandu masuk...

Ibu : Ha.... bestnya ada orang nak belanja...

Qeeb : Ibu... nanti dulu...kita kena bincang dulu.... Qeeb tak bawak purse...

Zahrah : Iyerlah ibu, purse saya pun tertinggallah....

Ain : Saya juga tak punya duit nak bayar... Duit saya dah habis beli Slurpee...

Ha Ha Ha....

Dah memang agak dah.. Tiba-tiba jer ramai yang tertinggal purse.....


U R my life... You mean everything to me... and no one else could change the way i feel...

LUEM

1095 ~ Aisyah Memang Berani Siri 1



Petang semalam Aisyah telah patah separuh giginya. Kejadian berlaku ketika Aisyah sedang makan nasi berlaukkan sambal ikan kerisi. Part yang mana ikan yang telah mematahkan giginya tidaklah diketahui.

Sebaik Aisyah menangis kesakitan, ibunya terus melihat kerosakan yang berlaku dan terus menalipon ibu saudaranya Dr Lin. Mujur selepas maghrib, klinik Iman Dentalcare masih dibuka sehingga pukul 9 malam. Temujanji dibuat dan Aisyah pun dibawa bertemu ibu saudaranya.

Muka yang tenang menanti untuk di'cabut' giginya... Ingat masa dolu2... adalah sorang tu ken... dia ken..sambil menanti diluar klinik gigi telah menarik tangan ibunya mengajak pulang kerumah kerana 'ketakutan'...... Entah apalah jadinya orang tu sekarang....



Kelihatan giginya yang dah tinggal sebelah...
Tiada cara lain melainkan kena cabut jika tidak Aisyah akan berterusan rasa sakit..



Ubat bius telah pun disuntik...
menangis jugaklah Aisyah...



Usaha mencabut gigi taring yang mengambil masa jugak kerana gigi masih kuat dan akar masih melekat. Walau sudah disuntik 2 x, Aisyah masih dapat merasakannya. Panik pun iya jugak, kot...
- bagus dari orang tu yang terus lari dari klinik gigi sewaktu menanti gilirannya...



Ha..... inilah dia rupanya...
panjang juga gigi tu...




Alhamdulillah...selesai semuanya dengan baik...
Terima kaseh, Makcik Lin....



Kumencintaimu lebih dari apapun....

LUEM

Monday, July 18, 2011

1094 ~ Berani????.....




Isteri : ooooooooo cantik tu Yang.....

Suami : Itulah.. dulu Abang dah nak beli Yang cakap jangan... bahaya.....

Isteri : Memanglah bahaya....

Suami : Sekarang kalau Abang beli macamana?...

Isteri : Alah.... tak mananya Yang larat nak nak bawak dah..... nanti jatuh motor, nak angkat berat..tau....

Suami : Lansong tak merasa nampaknya....

Suami bertugas di Germany sempat ke muzium BMW. Sempatlah mengambil gambar motor idaman RT....

And I found a very special love in you

LUEM


Sunday, July 17, 2011

1093 ~ ALHAMDULILLAH... Abah dah balik....


Seawal 600pagi umat rumah ini dipaksa bangun...
ada yang bangun sendiri dan ada yang tak bangun2 sehingga semua orang dah siap..
mujur dia bangun jugak, kalau tak..memang kena tinggal...

Selesai solat subuh sepi'ee.... kami pun keluar rumah...
Nampak langit sangat indah...
sempat merakam keindahan langit ciptaan Allah.. Subhanallah....



Waktu ini ketika hampir tiba KLIA..
Hari dah terang...




Andeh strike again...
Andeh masuk lorong teksi..
entah macamana tapi Andeh berjaya masuk lorong untuk teksi...
hehehehehehehehe...



Sibuk masukkan beg2 yang dah beranak pinak dalam kereta...
Semua anak-anak xcited membantu...
- beri perhatian pada seseorang yang bertudung pink dan sudah berjaket kulit...
seolah2nya dia yang baru pulang dari luarnegeri... hehehehe...



Seperti biasa... Aisyah menggenggam erat jari abahnya
waktu kami berpisah semasa abahnya bertugas di Hanoi pun begitu juga..
sepanjang perjalanan di genggam erat jari jemari abahnya...



Lebur puasa Nisfu Syaaban akak kerana nasi lemak ni...
sungguh tidak tertahan...
tapi bila dah makan...
Hmmmm.... tak makan pun takpa...
sebab nasi lemak.. mana pun serupa...
- Elleh... - sure dalam liver you all cakap begitu.....



Bandar University Erlangen..
Penduduknya 100000 ribu...
25 ribu bekerja di Siemens..
20 ribu kerja di Universiti Erlangen...
55 ribu lagi kaum keluarga mereka...



Upacara mengeluarkan hasil mahsol buat rakyat jelata...
Cukup teruja anak-anak..terutama ibunya......
rasa macam baru balik shopping....




3 minggu dahulu rasanya macam bertahun nak menanti abahnya pulang...
tup-tup masa berjalan pantas sungguh...
dah sampai rumah semula....

ALHAMDULILLAH...
Hmmmmmmmmmmmm...........



Mungkinkah daku bermimpi...sebahagia begini... Ini bukan ilusi.....Oh Kasih...

LUEM