Thursday, August 18, 2011

1128 ~ Teringat-ingat....



Hari ini puasa hari ke 18... teringat-ingat masa kecik-kecik dahulu waktu ini Arwah emak, Arwah makcik dan Arwah Mak Tua dah mula berkumpul di rumah kami. Arwah Mak Tua tinggal di Selayang Baru akan datang untuk sama-sama menyediakan kuih raya dengan adik beradiknya. Arwah Mak Tua adalah kakak Arwah Mak dan Arwah Makcik yang sulong. Mereka semua 4 beradik. Yang bongsu adalah adik lelaki. Adik lelaki mereka telah terlebih dahulu meninggal dunia.

Kepakaran Arwah Mak Tua adalah membuat Kuih Bahulu, Halwa Maskat dan Kuih Qasidah. Kuih yang dua tu dah jarang akak jumpa lagi sekarang. Tapi sedappnya.... tak tahu nak cerita. Jika kebetulan hari raya waktu cuti sekolah, cucu Arwah Mak Tua iaitu abang Along Shahrul akan mengikut. Jika abang Along dah ada di rumah kami, akak pun adalah teman. Kegemaran kami ialah pergi ke stesen bas mengutip tiket-tiket bas. Kami kumpulkan dan asingkan mengikut harga tiket. Menjadi satu kepuasan mengumpul tiket-tiket bas rasanya...

Kepakaran Arwah Makcik pula ialah membuat Kuih Maruku, Kuih Bepang, Kacang Goreng dan Kuih Maruku potong. Keempat2 kuih ini memang kuih wajib untuk kami. Rumah kami dan rumah Arwah Mak tua memang akan ada kuih2 ini. Maka bermulalah persiapan makcik-makcik dan emak akak membuat kuih. Riuh rendahlah mereka bergurau adik beradik.

Kepakaran arwah emak adalah pergi membeli barang di pasar... Menyediakan semua bahan-bahan yang diperlukan... Semua bahan-bahan walaupun tidak bertulis dalam kertas... arwah emak dah tahu untuk menyediakannya. Kagum betul akak... akak ni kalau beli barang-barang mesti ada tulis dalam kertas... yang bestnya  masa mengambil barang2 bukan rujuk pun... ambil jer.... lepas tu.. balik rumah, banyak barang tertinggal... Macamana tu?...

Arwah emak skil memasakya lebih kepada Wajik Pulut dan Rendang. Jika arwah mak dah membuat Wajik Pulut dan rendang daging/ayam... Jiran yang mengetahuinya akan siap menghantar nota minta sedikit. Baunya dan rasanya yang sedap... Memang tak boleh lawan dengan yang ada sekarang.

Arwah makcik juga dalam kesibukan dia membuat kuih, acara wajib yang sering dilakukan sebelum raya ialah mencuci rumah. Lantai rumah kami adalah lantai simen. Makanya makcik  membeli sejenis serbuk yang dipanggil serbuk 'clorox' di taburkan ke simen rumah, kemudiannya di sental dengan berus... kemudian dibasuh... selesai kerja membersihkan lantai, lantai akan kelihatan sangat bersih dan tidak berminyak2 lagi. Part yang bestnya ialah main air.....

Langsir-langsir juga menjadi tanggungjawap makcik membasuh atau menggantikannya. Arwah mak tukang beli kain, arwah makcik tukang jahit. Dua beradik yang dah sedia tahu kerja masing-masing sama-sama sibuk menyediakan keperluan raya... Nak tahu anaknya buat apa?... Main ajerlah kerjanya... Sekarang rasa menyesal sangat... Jikalah masa mereka masak2 tu akak duduk tertib menolong dan mencatit resepi dan cara-cara memasaknya.. sudah tentu akak sekarang dah pandai menyediakan juadah hariraya yang serupa. Sure ramai sedara mara yang datang memuji kesedapan kuih2 dan wajik dan rendang yang akak sediakan.
Busuk2 pun sure akak dah jadi Chef terkemuka.....hehehhehehee.....

Rindunya pada mereka semua.


Andai dapat kuulang semula saat-saat indah itu


LUEM

Wednesday, August 17, 2011

1127 ~ Bestnya bila selangor cuti...


Seronoknya bila ke ofis pagi ini dengan jalanraya yang lenggang tanpa orang Selangor yg berkejar hendak ke ofis.. hanya orang Wilayah saja di jalan raya.... Bulatan di Bangi yg selalunya sesak... sangat lengang.... seronoknya kalaulah orang Selangor hari2 cuti...

Kisah semalam membawa anak2 berbuka di Palm Garden, Putrajaya...




Di sambut dengan kumpulan pemuzik lagu2 asli.... sangat menghiburkan...




Budak ini nampak macam sama2 tunggu azan..




Plihan akak...
ketupat palas... murtabak... mee tepung beras goreng...
nyummmm...nyum...




Pilihan akak lagi...
nasi kerabu.. kerabu mangga..kari kepala ikan.. goreng sotong oyster sos... samval velacan..




Pilihan akak lagi...
Pecal....
puas hati...
sedapppppp......




pilihan akak lagi...
apam balik garing dan nipis.... sedappp...




Qeeb ternampak FK...
lihat betul2 gambar ini...
gambar lelaki yg kecil di belakang itu...
pelakon hansem dah jadi pengarah...
terasa nak jd mamarazzi pulak..
tak mudah tau nak ambil gambar curi....




Verdict...
setakat 2 tempat kami berbuka..
shangrila putrajaya lebih xclusiv tapi makanannya biasa2...
tapi..
palm garden ni...
sesak dengan orang...
sampai kena buka diluar bawah kemah..
tapi makanannya.... superb.....
suka makanan2 yg disediakan....






I'll never let go, never say goodbye


LUEM

Tuesday, August 16, 2011

1126 ~ Kalau Lari Jugak.....


Semalam akak buat entry Jangan Lari... Hari ini akak buat entry Kalau Lari....
Ada satu komen yang sangat terkesan di hati yang hendak akak kongsi bersama di sini.. Harap pengomennya membenarkan akak 'share' cerita dan pengalamannya... akak kopi pes aja ya..



.Anonymous said...

SALAM kAK,
BETUL, JGN LAJU SGT. saya accident 2008 sampai sekarang tak boleh jalan betul. Sakit kecederaan tak baik baik lagi. Masih makan ubat, masih ke hospital setiap minggu, masih tak boleh buat banyak benda..Nak kerja cari makan pun susah..

kecederaan sehingga akhir hayat saya..

Hanya kerana dirempuh kenderaan lain yang laju keta melambung dan terpelanting.

Bas exprtess merempuh tu laju sanga. Saya kena cardia arrest on impact. Belum tiba waktu lagi..

Pengajaran nya berhati hati bila memandu, biar lewat sedikit, jgn tak sampai sampai..
kalau bawa anak anak hati hati lah memandu.. nauzubillah... dijauhkan dari.. kemalangan jiwa dan macam macam akibat kemalangan..


Implikasi nya banyak bila kemalangan, ada tak bangun terus, ada yg cacat sana sini, ada yg masalah dalaman cedera, pada diri kita sapa nak jaga? pada anak anak kita, sapa nak uruskan ???anak anak juga terdedah pada risiko.. kecederaan teruk etc..

Selamat berpuasa dan berterawikh..

wasalam


Kita memang selalu leka.. selagi belum terkena pada kita kita tak akan tahu kesannya. Cerita dari pengomen di atas sangat memberi kesan pada akak. Hendak akak ingat-ingatkan pada suami agar jangan lagi bawa kereta laju-laju. Jika bukan mudharatkan diri kita.. bagaimana kalau kena orang lain... yang sama-sama menanggung akibat dari perbuatan kita...

Terima kaseh Anon yang mengomen dan berkongsi cerita dan pengalaman dengan kita.


Kau cintaku yang sangat kurindu setiap waktu

LUEM


Monday, August 15, 2011

1125 ~ Jangan lari...






Tiapkali hendak pulang dari kampong sering diingatkan oleh FIL dan mak sedara...

FIL : Har... bawak baik2 jangan lari...

Bik Azai : Har... bawak keta pelan2... jangan lari....

Tapi...
lihat kat atas tu... memang lari....
210km/h....

Lari nak kejarkan antar anak tuition....
Highway masih tenang tidak banyak kereta...
1jam suku dah tiba Bangi....



You're the best I ever had


LUEM

Sunday, August 14, 2011

1124 ~ Balik Kampong Paling Sekejap...


Puasa dah masuk hari ke 13.. baru kami dapat balik kampong untuk berbuka puasa... dengan jadual tuition anak2 yang dah di ubah kepada hari Sabtu dan Ahad pada bulan puasa ini... makanya hendak tak hendak kami yang ingin berbuka puasa dengan FIL haruslah mencari waktu walau sekejap untuk balik ke kampong. Tak boleh tidak. Tengahari semalam selesai Qeeb habis tuition, kami bertolak balik ke Melaka.

Budak comel ini tidak sempat hendak sarapan dan mengadu kelaparan semasa dalam perjalanan. Abahnya singgah di Restoren Jejantas Air Keroh dan tugas membawa budak ini terletak di bahu ibunya... Kenapa ibunya yang di pilih? Sebab kalau kakak-kakaknya dan abahnya... depa tidak mempunyai tahap iman yang tinggi untuk menahan godaan ayam goreng yang berbau harum... kentang putar yang suam-suam... dan air pepsi yang hmmmmmm..... no komen.... Kita semua masih puasa...kan??????

Sempat berposing ayu lagi.....



Part ini memang takder umat yg tahan godaan di waktu sememangnya waktu lunch...
Ibunya sahajalah yang dapat menahan memandang harap PERCAYA  dengan penuh geram....



Langsai.. 2 ketul peha ayam...



Sekarang tiba bahagian yang di nanti-nantikan...
Sambal sotong Pasar Ramadhan Telok Mas...
Kak Faridah yang dah bertahun2 menjual sambal sotong ini menjadi tumpuan akak.
Walau harga sotong dah melambung naik, akak tetap membeli dengan kadar yang dapat memuaskan tekak.
- Menurut kak Faridah kalau tahun lepas sotong berharga 39hinggit sekilo tahun ini 68hinggit sekilo... Mak sedara yang selalu buat sambal sotong setiapkali raya pun berkata begitu... Memang harga barang2 dah melambung sekarang ni....



Di makan dengan Mee Goreng ..... Aduhai.. tak terkata nikmatnya....
Alhamdulillah.... Syukur sekali kerana masih diberi nikmat merasai kelazatan makanan yan digemari.



Yang ini juga sangatlah sedapppp
Ketupat dengan sambal belimbing dan serunding kelapa
Memang takkan jumpa di mana-mana pun bahagian di Bangi
Dah kenal penjual yang menjual kerana rasanya.... sama macam  'Mak sedara kita masakkan untuk kita yang blik kampong nak makan ketupat...' - macam itulah rasanya....





Pagi tadi.. selesai solat subuh kami dah lari balik ke rumah Bangi. Qeeb dan Ain ada kelas pukul 8pagi nanti...



Alhamdulillah....
Berbuka dengan FIL dapat... tuition pun dapat...



Hanyalah satu yang bertakhta di hatiku Hanya dirimu yang kusayangi... oh kasih...


LUEM

Saturday, August 13, 2011

1123 ~ Pandai Nak Hidup....






Budak ini memang pandai mengampu.... Cukup lunak ayatnya mengampu abah dan ibunya apabila mendapat apa yang dihajati..
Contoh ayat mengampunya...

Aisyah : Saya sayang sangat dengan ibu.. Ibu paling best dalam dunia... Ibu masak paling sedap... Ibu nombor satu paling sedap masak... Opah nombor dua... Qeeb nombor tiga...

Bila semalam abahnya memberi 'muka' dengan mengikut kehendaknya..

Aisyah : Siapa orang lelaki yang paling baik dan selalu bawak kita pergi hotel, belikan kita barang-barang sebab orang itu baik sangat. Orang lelaki itu paling best dalam dunia.... Saya sayang sangat Abah....

Bila dengar dia memuji-muji orang lain macam tu selepas dia memuji kita.... Hmmmmmm memang boleh cair taik telinga.....



Aku berjanji aku akan tetap mencintai kamu


LUEM

Friday, August 12, 2011

1122 ~ Sajalah nak kongsi gambar....


Petang semalam kami sekeluarga berbuka di Shangrila Putrajaya... Memang akak suka kesana untuk berbuka kerana ketenangan suasana di situ. Yang pentingnya.. tempat untuk solat maghrib sangat selesa dan berdekatan..... (tak sempat ambil gambar sebab terkejar2 sebaik jamah sikit makanan terus pergi solat).

Ruang lobby mmg menjadi tumpuan kami bila kesini untuk bergambar....




4 beradik ... boleh buat profile picture....
tahun lepas punya profile picture nak akak gantikan...




Dapat bilik yang lapang dan selesa....




Ain tak dapat sembunyikan kegembiraannya bila dibawa berbuka diluar...
Budak2 ni... belum sehari pun ponteng puasa...
sajalah 'reward' depa......




Inilah idaman abahnya dan Aisyah....




Belum berbunyi azan, Aisya dah mengadap sepinggan...




Ibu depa biasalah.... tekak minang.. mana boleh jumpa masak lomak....
Ada masak lomak siput sedut tu...
Ada sambal udang dan petai lagi....




Ingatkan nak ambil ABC... tp dah nampak ini dulu...




Lihatlah ' Muslimah Haloba..'.... ooopppppssss finJAm ayat kak Som...



Ibunya yg berhajat nak makan mee goreng dan roti canai mengambil kway teow dan roti boom...




Dihiburkan dengan lagu-lagu asli....
best....



Ambil Ais sagat dan letak sirap sahaja....
teringat ais kepal masa kecik2 dulu selalu beli...




Anak2 gumbira kerana dapat berbuka di luar...




Balik dari sana... kami kesini pula....
Tutti Fruitti...
Aisyah sampai dah tak termakan sebab kekenyangan....






Kuberjanji karna cinta
Kuberharap karna kasihmu





LUEM