Friday, November 09, 2012

458 ~ Duduk diam2, jangan lasak-lasak...






Sewaktu sedang dialysis, hendaklah duduk diam-diam. Jangan banyak bergerak. Jika tidak jarum akan tercabut dengan mudahnya...

Mujur waktu jarum nak tercabut akak tak tertidur. Masih perasan lagi. Jika tidak... dengan kelajuan pam 350.. memanglah akan berlambak darah mengalir keluar dengan lajunya.... akan bermandikan darahlah akak gamaknya.

Sebelum memulakan dialysis, eloklah bacalah doa sikit agar dipermudahkan.
Adakalanya mesin meragam.
Adakalanya kita terlasak sedikit jarum tercabut dan darah berlambak keluar dengan lajunya.
Adakalanya kita terpengsan/terpenat semasa sedang dialysis....

Peringatan untuk akak saja, sebenarnya...

Thursday, November 08, 2012

457 ~ Pertama dan Terakhir...


Pertama kalinya dalam hidup akak yang sudah 48 tahun ini.. masak perut lembu muda masak lemak cili api. Memang tak tahu apa pun. Mujur Mak sedara dan SIL dah tolong bersihkan masa Hari Raya Qurban lepas... Tinggal nak masakkan jer.

Akak tak sempat rasa lagi. Nak rasa masa berbuka nanti.

Masak lomak cili api perut muda dan rebung.




SIL dan mak sedara sedang membersihkan perut muda.
Thank u, Aida....
(akak nak antar jauh bebenor...)




Buat kali terakhirnya pada tahun ini akak menghantar Aisyah dan Ain ke sekolah mereka.
Aisyah meminta sejak petang semalam.
Katanya tahun ini sahaja dia minta, tahun depan dia naik Van achik tu.
Tak sampai hati nak kata tidak.
Memang sedih kenangkan dia kecik2 dah kena naik Van sendiri dan sampai rumah pun pada hari dah gelap. Kadang-kadang hujan lebat. Dekat pukul 8malam baru tiba rumah. Dia berpeluh-peluh dan merah matanya sebab tertidur.
Dari anak pertama hinggalah akak kena dialysis, anak-anak memang akak hantar dan ambil sendiri. Tak pernah naik Van, Bas atau kereta orang perseorangan. Tapi masa akak habis dialysis selalu tak menentu, akak terpaksa lepaskan Aisyah nak bas sekolah dengan Ain.

Nampak seronoknya Aisyah bila dihantar tadi.
Balik nanti juga dijemput oleh abahnya.



456 ~ Pandainya Kaber...





Pada suatu malam, budak ini sudah mengeluarkan semua bajunya dari dalam laci pakaiannya untuk dibawa kebilik kakaknya.

Ibu : Aisyah... nak kemana dibawa semua baju2 tu?

Aisyah : Ibu... saya dah besar.. saya nak tidur dengan kakak pulak ya?

Ibu : Nak tidur.. tak payahlah bawa semua baju...

Terus saja keluar tanpa berkata apa-apa.

Tak sampai setengah jam kemudian... Aisyah masuk balik ke dalam bilik kami dan terus baring di katil.

Ibu : Hai??? Kata nak tidur dengan kakak?

Aisyah : Saya Sleep Walking.

Hahahahahahahaha....
ada lah yang terbenggot tu... datang balik tidur dengan ibu dan abah.

Wednesday, November 07, 2012

455 ~ ALHAMDULILLAH.. nak kena tempah lori ni...



ALHAMDULILLAH...

Pokok belimbing buluh yang akak bibik lama tanam (4tahun dah kotnya) dah mula berbunga...
Nampak macam hidup segan mati tak mahu dah... kurus meleding jer .. tapi bibik kata dan mula berbunga...
seronoknya...

Raya tahun depan dah mula boleh eksportlah nampaknya...
dah mula nak cari quotation lori... HAHAHHAHAHAHA..




Roselle pun dah berputik...
nak kena tempah lori jugak tu..
nak bawa ke kilang buat jus..
HAHAHAHAHHAA..




ALHAMDULILLAH
memang sangat teruja walaupun dapat nikmat yang kecik2 ni....

Tuesday, November 06, 2012

454 ~ Percubaan setelah beberapa lama teringin...



Kedai sarapan pagi yang terletak di lereng bukit tepi jalan besar ni, memang dah lama menarik minat akak untuk mencubanya. Pernah satu hari kami selesai berjogging ingin singgah di sini tetapi kedainya baru saja habis jualan sarapannya... Itu cerita 4 tahun lepas... Pagi ni barulah ada kesempatan nak mencuba.

Melihatkan kereta banyak yang turun dan naik lereng bukit tersebut... buatkan akak bernekad ingin mencuba juga. Kebetulan pagi ini akak menemankan suami yang megambil keretanya di Spanco, maka berdua-dualah kami bersarapan pagi ni.





Ramai yang datang makan di sini melihatkan jumlah kereta yang parking di luar dan yang berada di dalam kedai. Yang bagusnya, service adalah tip top. Cepat ambil order dan cepat dapat makanan. Ada berbagai juada sarapan pagi. Ada roti canai, mee jawa, soto dan nasi lemak .




Akak cuba nasi lemak lauk sambal kerang.
Ada sambal sotong, sambal udang dan macam2 lagi..
Patutnya mintak nasi lemak sambal sotong dan kuah kari... memang sedapppp..




Cuba juga roti canainya...
sedappp.. lembut dan garing...
Kuah pilihan kuah kambing, kuah daging dan kuah Dhal.




Nampaknya boleh jadi port baru untuk sarapan...

Monday, November 05, 2012

453 ~ Lauk Musim Ujan....




Balik dialysis... dalam pukul 1 tengahari, hujan turun selebat-lebatnya... memanglah tak dapat nak singgah memana.... Nak kena ambil boss yang menghantar keretanya di Spanco (lagi sekali).. then ambil Qeeb... Hujan turun sangat lebat.

Hajat nak singgah makan memana bertambah tak dapat bila boss nak berkejar balik ke Hospital kerana ada mesyuarat. Jika tidak boleh jugak singgah di mana-mana yang ada tempat parking bertutup....

Akhirnya dengan berat hati sebab perut sangatlah lapar...(maklumlah lepas dialysis...) baliklah kerumah...

Tak buka kasut lagi dah minta bibik tolong tumbukkan ikan bilis, bawang dan cili api....

Nampak banyak sangat pulak yang bibik tumbuk tu.... dapat idea.... jadi 2 lauk...

Yang satu diperahkan dengan asam limau kasturi...




Yang lagi satu di goreng dengan telur...
Memang sedapppppp... even baunya saja pun dah mengalir air liur...




Makan pulak dengan nasi yang panas...




ALHAMDULILLAH..
Tak perlu ayam, daging, kambing ataupun apa ...
cukup lauk begini cukup menyelerakan...
(tapi teman makan lauk begini hanya anak yang nombor dua tu.... yang lain memang tak pandai...)






####

Pesanan dari pencerita..
Penggunaan cili api yang berlebihan akan menyebabkan ketidak selesaan pada usus anda.. Sejak maghrib tadi pencerita dok keluar masuk WC..
Harap kurangkan penggunaan cili api dalam lauk anda...

Thursday, November 01, 2012

452 ~ JPJ belanja tengok wayang.... 007 bawak kereta lagi dahsyat..


Malam semalam ada tayangan perdana SkyFall 007..  pegawai JPJ  yang garang tu  mengajak akak pergi menonton 007. Seawal pukul 630ptg kami sudah keluar rumah. 

Jalan yang sesak kerana waktu orang balik bekerja dan hujan yang sangat lebat membawa kami mengikut route baru untuk ke Garden, Mid Valley. Dari Lebuhraya Seremban, kami ambil NPE di Bukit Jalil dan kemudian ke Bangsar. Dari Bangsar buat U-Turn di persimpangan Jln Travers menuju Brickfields, then ambil  jejantas yang terus ke Garden. Lebih mudah cara ini.

(Landmark TNB di Jalan Travers menuju ke Brickfields... Sejak kecik2 dahulu akak dah cam kan apabila melalui Jalan Travers... Malam tadi bagai mengembalikan nostalgia )


Cerita 007 ini akan mula ditayangkan 1hb November. Tayangan perdananya malam tadi. Banyak jemputan yang akak kenali turut bersama-sama menonton.. Antaranya bekas guru kelas tingkatan 1/guru Bahasa Inggeris akak, Puan Salmah Ahmad yang kini Puan Sri Salmah yang dahulunya suaminya Tan Sri Dato Kamaruzzaman pernah menjadi Datok Bandar Kuala Lumpur. Dan rupanya Dato' Arumugam (Alleycats) duduk di kerusi hadapan akak...

Seperti biasa.... di pertengahan cerita akak akan tertidur. Hampir selesai cerita baharulah akak terjaga..
(Ada part yang akak ingat masa hero bawak kereta dan boss dia M duduk sebelah. M merungut jugak... Lepas tu hero hampir dah nak tekan satu butang merah kat gear kereta, yang boleh eject M keluar dari kereta... Yang bestnya masa tu M dah redho jer.... tapi hero tak tekan pun butang tu....)

(biasalah tu... kepenatan... dirumah pun serupa... buka tv tapi akhirnya tv pula yang menengok kita)





Sebelum tayangan bermula akak dijamu oleh pegawai JPJ yang garang tu Fried Fish Fillet. Baiknya pegawai JPJ tu kan?