Friday, December 11, 2015

780 ~ Assalamualaikum buat yg menghantar mesej bertanya kabar



Alhamdulillah
Diberi kesihatan yang baik setelah sekian lama berehat dari blogging.

Alhamdulillah
Keputusan akak menurunkan berat badan dari 70kg turun kepada 62kg banyak membantu kesihatan akak. Kesesakan nafas bila minum lebih sudah berkurangan. Tidak lagi bergantung pada Portable Oxygen dan Air Purifer Machine. Jika tidak tu memang selalu menggunakan oksigen apabila sesak nafas. Kerusi roda pun dahlama berehat.
Alhamdulillah.

Terharunnya akak dapat mesej dari teman blogger yg bertanyakan kabar dan bertanya mengapa lama sudah tidak menulis blog.

Memang pada awalnya (awal september) akak sering sesak nafas dan banyak masa berehat dan bergantung pada oksigen.

Alhamdulillah, atas nasihat Sister Diana dan staff nurse dialysis... Akak berjaya menurunkan berat badan sebanyak 8kilo dan ianya sekaligus membantu proses penyembuhan akak. Berkat doa sahabat2 yg tak putus2 dtg berziarah mahupun yg  jauh tak dapat dtg ziarah... Penyembuhan akak boleh dikatakan dipermudahlan ALLAH.
ALHAMDULILLAH.









ALHAMDULILLAH
Teman2 datang bersilih ganti. Terasa amat membahagiakan. Mereka datang berziarah sambil mendoakan kesejahteraan orang yg sakit dan kerana itu akak fikir menziarahi orang sakit menjadi salah satu ibadah dan dapat pahala.
ALHAMDULILLAH.


Ada yang bertanya harga portable oxygen concentrator ini.

Suami akak order melalui Lazada.


Okay.

Buat teman blogger dan silent reader akak yg bertanya kabar.. Ianya amat membuatkan akak terharu dan lantas akak membalas pertanyaan anda semua dgn entry ini.

Akak sayang anda semua.

13 comments:

  1. Syukur Alhamdulillah. Akhirnya blog ini bernafas semula dan semoga akan terus ceria seceria pemiliknya yang semakin sihat...

    Semoga kita akan dapat berjumpa lagi suatu hari nanti. InsyaAllah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kaseh kakcik.
      Kita pasti jumpa bila2 kakcik ada dirumah bgtau tau...

      Delete
  2. Alhamdulillah...semoga bertambah sihat....keep on blogging!

    ReplyDelete
  3. semoga Allah sentiasa melindungimu makcik..takecare...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakillahu khaira Dil...
      Doa yg sama buat Dil.

      Delete
  4. Alhamdulillah... Penjagaan kesihatan itu amat penting. Semuga bertambah sihat dan sejahtera.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah kak..
    maaf tak sempat melawat..
    take care kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kaseh Doc
      Ingatan pun akak dah sangat hargai.

      Delete
  6. Alhamdullilah...take care kak, lebiu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ai
      Jaga kesihatan
      Jgn tiru macam akak
      Lebiu too...

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata