Baru2 ni kami sekeluarga pergi makan angin di Bukit Frasier, Pahang.
Asalnya niat hendak pergi balik hari sahaja. Baju dan lain2 tidak dibawa.
Perjalanan bermula Bangi kemudian ambil lebuhraya Utara Selatan. Masuk ikut Rawang utk ke Kuala Kubu. Sangat teruja kerana seingat akak kami belum pernah bawa anak2 bercuti di sini.
Laluan melalui jalan kampung mmg seronok. Nampak kg Rasa... Klumpang...
Jumpa Empangan Sungai Selangor... Sempat turun bergambar.
Lihat hero Malaya.. Pakai t-shirt lengan pendek jer... Akak pun tak bawa baju panas. Hanya Qeeb beringat bawa baju panas.
(Tunggu nanti bila sampai atas)...
Dari Empangan ke Gap ambil masa sejam setengah juga nak mendaki. Jalan 2 lorong. Tp berpusing2 jugak lah. Aisyah pecah rekod org pertama muntah.
Laluan tersebut terdapat tempat berkelah Sungai Chiling. Nampak menarik. Parking di atas... Kawasan berkelah bawah bukit.
Akak siap bg saranan pd suami nanti kita jadikan Bukit Frasier lokasi percutian tiga bulan sekali wajib pergi. Suami okaykan jer. Mmg teruja bila rasai kedinginan bukit dan pemandangan pokok2 hutan.
Tp.. Tak berapa lama menyusuri tepu bukit dan lihat gaung disebelah kiri akak... Teringat kenangan menyusuri lereng bukit waktu akak mahu ke ladang cherry di Adelaide. Lebih kurang serupa kena melalui lereng bukit yg ditepinya gaung yg jauh kebawah. Mengerunkan juga. Terus akak ubah statement...
' Yang... Org takjadilah nak kesini lg... Cukuplah rasa sekali seumur hidup'... Segera sangat berubah fikiran. Mmg akak ni bukan suka adventure begitu...
Dah sampai Gap rasa lega. Tp... Kena naik atas pula dlm beberapa km melalui jalan lg sempit. Cuma lepas satu kereta sahaja... Jika sebelum ini kena ikut jadual utk naik dan turun bukit tp sekarang laluan naik dan turun dah berasingan. Tak perlu tunggu dan ikut jadual mcm dulu.
Sebaik tiba di Landmark Bukit Frasier dah terasa lega sangat. Bersyukur kerana aral utk tiba di atas. ALHAMDULILLAH.
Terasa kedinginan bila angin sepoi2 bahasa bertiup.
Ambil gambar di landmark wajib..
Perut dah berbunyi masing2...
Terus masuk restoren yg disediakan.
Keluar rumah pukul 9pg.. Tiba BF dekat pukul 1tghari. Mmg sgt lapar.
Makanan mmg sedap2...
Aisyah dan Ain memilih burger. Sedapnya lah pulak. Kami dah makan nasi goreng pun ambil sorang satu burger tambahan.
Cara penyediaannya yg buat sedap.
Simple jer..
Penting bila rotinya bermutu dan sos yg diadun sendiri... Roti dan dagingnya garing.... Mmg 'perfect'.
Sewaktu sdg menjamu selera, hujan pun turun... Hadoiii... Terasa lah sejuknya bila beserta dgn angin. Boleh gigil. Suhu mcm 16darjah. Segar tp org pakai baju nipis dan tshirt tanpa lengan mmg terasa.
Sebab perjalanan naik agar mencabar, akak suges kat suami kita bermalam di sini... Dah terlanjur naik... Alang2 tu baik tidur... Suami terus pergi daftar di Bahagian Pelancongan di BF dan ada kekosongan di Silverpark Apartment walhalnya sebelum ini mmg kami bercadang nak bermlm tp tiada hotel yg kosong waktu itu.
Olehkerana satu apapun tak bawa... Kami beli t-shirt lengan panjang dan keperluan asas lain.
Kebanyakan hotel dan apartment mmg nampak uzur sikit. Tp restoren di food court kesemuanya dpt gred A. Makanan mmg sedap2.
Cuaca waktu subuh boleh hingga 15darjah dan waktu pg jika tak hujan 18darjah. Mmg selesa.
Waktu ni selepas solat subuh.
Suka lihat pemandangan awan dan kabus begini.
Tp olehkerana ianya terletak ditempat tinggi.. Sering hujan. Tetiba jer boleh hujan. Mcm hari pertama tu.. Jika kami tak bermalam, byk xtvt kami tak dpt lakukan pd waktu yg singkat.
Esok paginya baru selesa nak bawa anak main sampan, tunggang kuda dan bergambar2.
Naik kuda.
Bg makan ikan.
Mmg terhibur bila ada ikan keli dan koi yg sebesar lengan abang sado.. Hanya buka mulutnya yg besar apabila kita tabur makanan ikan kedalam kolam...
Ain dan Aisyah mcm dua org kawan baik berbual2 sambal mengayuh pedal sampan tersebut. Banyak sungguh yg depa bualkan... Suka lihat gelagat depa.
Nursery ini dlm pamplet ada bgtau ada strawberry. Waktu kami pergi katanya pokok2 strawberry sdg ditanam senula.. Apapun takda.. Teringin juga nak petik2 strawberry...
Selesai lawat2 kawasan menarik di BF, kami pun turun. Balik kami pulang ke Bangi melalui Hulu Yam. Menarik juga pemandangan sepanjang perjalanan.
ALHAMDULILLAH.
Walaupun dah bertahun2 duduk di KL Aina tak pernah sampai ke Fraser hill...
ReplyDeleteJun
DeleteSesekali kena gagah naik jugak
Sejuknya yg buat berbaloi memanjat ke ataih nun...
banyak bukit dah saya pergi tapi tidaak Bukit Frasier, rasanya...
ReplyDeleteNanti IM bawa ibu suri naik ataih tu...
DeleteSeronok juga rasai udara segar dan sejuk...
Saya pun baru sekali sampai situ.....err, masa naik keatas ada sikit terasa loya! Hahahahaha...
ReplyDeleteHihihihu
DeleteUncle ni tak tahan jugak ya....
Akak ni payah juga nak mual..
Cuba la naik Bukit Larut pulak...
ReplyDeleteOkeh
DeleteMmg ada sebut2 juga nak try bukit larut... Gunung jerai pun nak cuba gak...
best juga ye makcik...
ReplyDeleteBest.. Dil
DeleteAlhamdulillah
Rasai udara segar dan sejuk kat situ...
Balik nanti... Bila2 boleh pi....
Kakcik pun rasanya cukuplah sekali naik ke FH ni. Sewaktu mendaki nampak ada yang muntah di tepi jalan dan ada yang terbaring hampir pengsan mungkin kemabukan...
ReplyDeleteBetul kakcik
DeleteRasai pengalami sekali seumur hidup
Saya pun nekad takyah gi lagi....
pokok bunga biru kundang tu pokok lavender eh kak?
ReplyDelete'Pokok lavender' bukan cenggitu
ReplyDeleteYg ni bunga tmpt sejuk kot....