Semalam akak bersama jiran dan teman pergi makan Ayam Panggang di Batang Benar, Ng Sembilan.
Jika ikut highway LEKAS kita keluar tol Pajam dan lepas tol ada traffic light. Kita belok ke Kiri. Kemudian lepas traffic light kita terus dan tak jauh lepas tu nampak beberapa buah gerai Ayam panggang di sebelah kanan jalan.
Banyak gerai ayam panggang tapi sebab jiran akak selalu berkunjung di gerai no 1... Kami pun terus menuju kesini.
Pilihan lauk masakan kampong.
Ayam masak lemak
Keli masak lemak
Pucuk ubi masak lemak dengan daging salai.
Keli dan ayam salai pun ada.
Pilihan lauk taklah banyak tapi mudah nak makan. Ada sambal belacan dan ulam sebagai pembuka selera.
Teringat akak waktu akak kecil2 dulu arwah mak akak ada membela ayam kampung. Selalunya kalau kami nak makan ayam, rumit sungguh kerjanya.
Arwah mak kena tangkap ayam tersebut. Ikat dan bawa pergi ke rumah arwah pakcik Shahar. Beliau akan membantu menyembelih ayam kami.
Ambil masa juga menanti ayam tersebut yg setelah disembelih betul2 mati.
Teringat lagi bagaimana selepas ayam tu disembelih, arwah pakcik Shahar akan melepaskan ayam tersebut meronta2 seketika dan akhirnya ayam tersebut pun mati.
Ada cerita ayam disembelih tak mati hari tu... Dia ambil masa sehari dua juga nak mati. Rasanya ayam begitu dah tak sampai hati nak dimakan dan bila dia mati terus tanam.
Berbalik kisah payahnya masa dulu nak makan ayam:-
Bawa balik rumah, masak air panas.
Celup ayam dah disembelih tersebut dan
Taklama lepas tu cuba tarik2 bulu dia. Kalau mudah lerai, maknanya kerja mencabut seluruh bulu ayam bermula..
Azabnya rasa kena cabut bulu ayam.
Dalam hati akak sangat berkata2 kalau
Dapat peluang nak akak larikan diri dari buat kerja tersebut.
Dah selesai bulu2 yg kasar, kena cabut bulu2 halus pula. Then kena pasang api dapur untuk salai ayam tersebut.
Masih teringat2 akak bunyi bulu2 halus itu kena bakar dgn api...
Selesai semua baru akak serahkan pada arwah mak. Arwah mak akan potong ikut saiz yg diperlukan then akan masak.
Masakan rendang dan masak lemak cili api jadi pilihan.
Ya Allah Ya Tuhan...
Lauk ayam yg diproses cara lama mmg sangatlah sedap.
Satu lagi sebab nak mendapatkannya payah...
Dan jarang2 dapat dimakan.
Sekarang nak makan, terus masak saja...
Takda kerja cabut bulu ayam.
MasyaAllah, sedapnya masakan kampung yang disediakan... :)
ReplyDeleteKakcik
DeleteYg ini kureng
Watie corner, nilai lg sedapppp
Teringat2 ni...
disini FIL bela ayam.Bila SIL masak gulai,amboi sedap nya...fresh and sweet.
ReplyDeleteSungguh cikgu
DeleteKesedapannya tak sama dgn ayam sekarang...
gestrik saya nengok.. :) perut saya nipis!
ReplyDeleteDoktor....
DeleteTmpt makan akak pi smlm lg power...
Lagi gastrik u.....
Saya kena tutup mata bila nampak gambar tu.....selera makan sentiasa ada bila2 masa saja!
ReplyDeleteSamalaaa dgn akak..uncle
DeleteSelera tak pernah takmo...
Macamano????
Itu cerita dulu2 kak tapi itulah yang kita kening-kenangkan, ayam satu makanan mewah dulu tapi budak2 sekarang tak heran pun.
ReplyDeleteBetul tu Aina
DeleteDulu ayam dpt sekali sekala
Skrg... Berlambak