Monday, September 29, 2014

666 ~ Insaflaaa sementara.


Jumaat last dialysis.
Balik dialysis ada pertemuan dgn kawan2 yg meraikan sahabat kami Marina hendak ke Mekkah.

Kami dijamu dengan makanan dan minuman.
Minum tapi hanya secawan.

Malam ada dinner utk para jururawat Hospital Serdang. 
Sebelum masuk dewan kami menanti di sebuah bilik. Dijamukan air buah.. Minum juga.

Dalam dewan masa persembahan di sediakan air panas dan air sejuk.. 
Dua2 pun minum.
Sebaik nak minum air yg ditambah pelayan, dapat mesej 
" kak, jangan terlebih minum "
Pandang kiri kanan.. Ternampak Sister Diana. Sewaktu beliau hanya seorg jururawat biasa, beliaulah yg mula2 merawat awak. Beliau yg sambungkan cathether akak dengan mesin dialysis.
Sewaktu akak SOB - Short of Breath, dia lah yg kena dtg pukul 2pg kerana sedang oncall waktu itu.
Terus berhenti tak sambung minum.

Esoknya ingat nak puasa tapi sebab malam sebelumnya tak makan makanan yg berat, awal pagi akak kelaparan.
Tahankan juga sampai zohor. Selepas zohor mmg tak boleh tahan lagi. Terus berbuka. Pergi lunch dgn qeeb. Habis segelas air teh o ais limau.

Malamnya dinner, akak minum lagi. Sebab mmg yakin akan berpuasa esok hari.

Pagi2 suami ajak pi makan nasi lemak kak sham di Kg baru. Olehkerana kami pun dahlama tak keluar sarapan sama2, akak ikutkan juga. Suka mmglaa suka sbb nasi lemak kak sham is the best.

Balik dari kg baru, singgah pasar di seksyen 1, BBBangi. Adapula org jual cendol dan rojak. Sambil menunggu akak, suami pergi menjamu selera di situ.
Selesai beli barang, akak pun apalagi joinlaa minum cendol.

Banyak kali jugalaa akak minum sebelum dinner.

Akhirnya...
Malam tadi adalah malam yg paling menyeksakan. Nak bgtau suami, takut kena leter. Tahankan jer laaa.

Setiapkali baring dah rasa sesak nafas. Nafas siap berbunyi. Memang tak selesa.
Duduk dan baring semula. Tak tahan baring, duduk semula. Akak pasang nebulizer. Rasa lega hanya sebentar. 
Dapat tidur dalam sejam, akak terjaga semula. Dalam mimpi pun mimpi sdg sesak nafas.

Terjaga dlm pukul 1pg. Lepas tu mmg tak lena sampai pukul 5 pagi.
Terus bangun dan mandi.
Lepas solat.. Buat air utk bekal ke ofis.
Then keluar awal ke opis. Mmg terasa takut kalau2 tak sempat sampai ofis.
Tp redah jer.

Alhamdulillah. Sehingga selesai dialysis akak bertahan. Walau masih berhutang, ada kesyukuran kerana masih ada sampai saat ini.

- ( catatan ini catatan utk akak agar tidak degil lagi..)
In syaa ALLAH.


Friday, September 26, 2014

665 ~ Lauk depan lauk belakang...



Petang smlm akak berbuka dgn lauk depan belakang.
Nak tau kenapa??????

Belimbing dari pokok depan rumah




Pucuk ubi dari belakang rumah



Rasa dah mcm arwah makcik akak waktu akak kecik2 dulu
Bila dia muak mkn ayam atau ikan, dia buat sambal sardin sardin dan rebus pucuk ubi...

Itu la sebabnya akak gelar lauk depan lauk belakang.

Kiranya beruntung berbakti dgn tanah...
Jika ada tanah lapang, sure akak dah punya lg byk pokok2....


Tuesday, September 23, 2014

664 ~ Aisyah


Anak dara sorang ni mmg lebih 'outspoken' daripada kakak2nya yg lain.

Sepanjang bulan September ini abahnya kerap keluar negeri untuk menghadiri Conference. 

Berikutan kemalangan yg menimpa kapalterbang MAS, Aisyah memberikan abahnya kad buatan sendiri dengan kata2 sendiri yg lahir dari hatinya.




Antara yg ditulisnya ialah:-

" Happy Travelling Abah. Harap Abah land safely. Please jangan passed out. Kalau abah passed out saya nangis setiap hari.
Happy Travelling." 

Sayu part Aisyah takut seandainya abahnya ditimpa kemalangan. Ayat yg keluar dari hati seorang anak berumur 9 tahun.

Ada juga pesanan yg menggelikan hati yang Aisyah berpesan pada abahnya.

" Jika abah pergi jalan jauh tak bawa kami, abah belikan something untuk gembirakan hati kami yang tinggal ni ya..."
Bagus pesanan begitu sebab kami semua dapat la something-something jugak......
Thank u Aisyah.

Jadi kelaziman kami sekarang mengikut arahan Aisyah. Setiap kali balik dari berjalan seperti keluar makan, membeli barang2, menonton wayang.. dan lain2..
Sebaik masuk kereta Aisyah akan bg arahan " And one and two and three...."
Mendengar arahan tersebut kakak2nya pun dah tahu apa yg harus diucapkan
..." Thank you... Abah......"

Thursday, September 18, 2014

663 ~ Bila Masa?


Suami akak mmg suka bergurau dgn Aisyah.
Kejadian suatu petang.

Sebaik balik kerja, suami akak hendak menunaikan solat Asar. Tidak mahu diganggu oleh anak2 beliau lantas mengunci pintu bilik sebaik masuk ke dalam bilik.

Taklama kemudian Aisyah mengetuk pintu bilik kerana hendak masuk.

Abah : Siapa diluar?

Aisyah : Saya...

Abah : Saya siapa?

Aisyah : Aisyah..

Abah : Aisyah siapa?

Aisyah : Aisyah Sakinah 

Abah : Aisyah Sakinah anak siapa?

Aisyah : Aisyah Sakinah anak Abdul Kahar.

Abah : Ada bawa surat 7 salinan nak masuk bilik tak?

Aisyah : Eh! Bila masa kena pakai surat nak masuk bilik ni?

Wah! Aisyah.. Memang pandai sekarang dia bila mempersoalkan sesuatu. Seronok pula mengusik dia....



Wednesday, September 10, 2014

662 ~ Reflek pd diri sendiri





Akak nampak ini dlm diri akak.
Sebenarnya anak kucing hitam itu adalah akak.

Anak2 kucing yg belang putih dan hitam itu adik beradik. Yg besar tu ibu depa..

Anak kucing hitam dtg rumah akak seorg diri dia. Takda adikberadik atau ibu.
Manakala ibu kucing itu dtg rumah akak ketika sedang mengandung. Melahirkan anak2nya di rumah akak.

Sekarang anak kucinghitam yg bernama baby bagera tumpang manja pd Mica ibu kucing tersebut. Bila kami kurung mereka dlm satu kandang, baby bagera turut menyusu dgn Mica. Belasnya hati akak. Kuasa ALLAH bagaimana baby bagera yg tak pernah punya ibu dan adikberadik sekarang dah punya ibu dan adik2 ygdia boleh bermain bersama. Sebelum Mica melahirkan anak, baby bagera selalu berbunyi seolah mahu di belai dan berteman. Sekarang baby bagera dah tak berbunyi sayu begitu.

Allahukbar..
Akak kenang pula kaitan baby bagera dgn kisah akak.
3 suku usia akak membesar dgn keluarga ini... Bermula perkenalan dgn teman ini... Hingga akak menjadi sebahagian keluarganya.




Along menerima akak menjadi ahli keluarga mereka tanpa banyak soal. Kami terus serasi.
Sehinggalah waktu akak akan bernikah pun merekalaa yg menguruskan hingga selesai. Allahukbar...




Baru ni akak menyambut hari lahir yg ke 50tahun. Akak diraikan oleh mereka jua..
ALLAHUKBAR dan ALHAMDULILLAH
Sebak rasanya dgn kurniaan ALLAH ini.
Akak sangat menyayangi mereka hingga akhir hayat akak....

Hanya ALLAH sahaja yg membalas budi mereka.



Sunday, September 07, 2014

661 ~ Pertama kali solat di Masjid


Ada satu kisah yang sangat lucu diceritakan oleh kakak sedara akak. Mmg sangat lucu.

Ada dua orang sahabat yg baru pertama
kali solat di Masjid. Waktu itu solat Zohor.

Sahabat 1 : Tadi kami solat berjemaah di masjid. Imamnya tak baca Fatihah. Sampai beri salam imannya tak baca Fatihah. Saya pun tak dapat baca Fatihah.

Sahabat 2 : Betul.. Saya pun lansung tak baca Fatihah sebab tak dengar imam baca Fatihah. Takpa.. Nanti kita tgk solat Asar, imamnya baca ke tidak.

Maka mereka pun menunggu solat Asar.

Sahabat 1 : Betullah.. Mmg sahlah masjid ini imamnya tak baca Fatihah. Sampai sudah saya tunggu tak baca fatihah.

Sahabat 2 : Agaknya mmg imam masjid ni tak baca Fatihah agaknya.

Jadinya sewaktu solat Maghrib mereka turut serta berjemaah dengan cara baru.

Sahabat 1 : Masya Allah..
Masa saya solat Maghrib tadi.. Saya cepat2 baca Fatihah sebab takmo sampai tak baca Fatihah seperti waktu solat Zohor dan Asar.. Aleh2.. Tetiba Imam pi baca Fatihah juga... Mmg tak sangka betul.


Inilah kisahnya 2 sahabat yg baru nak solat berjemaah di Masjid tanpa mengetahui solat Zohor dan Asar... Imam tidak membaca Al Fatihah dan surah lazim dgn kuat.....
Ekekkekeekekke





Thursday, September 04, 2014

660 ~ Mak sedara kita masak


Itulah perumpamaan yg akak berikan kalau pi makan ke satu tempat yang sangat sedap..
Umpama :
Mak sedara kita yg sangat sayang pada kita masakkan bila kita datang rumah dia.... Sangat sedap dan berasa rasa lauk2nya....

Sempena hari lahir akak, Ustazah Aslina membawa akak dan teman iaitu Marina ke Nilai.. Dekat dgn Aunty Aini's. Tapi yg ini lagi dekat dengan pekan Nilai lama.
Taman Desa Cempaka, Nilai.
Guna Waze dah ada nama kedai
Watie Corner.

Alhamdulillah.
Mewah rezeki hari ni.
Dapat bunga...


Dapat makan....



Masakannya memang sangatlaaaaaaaaaa sedap. Ada sambal sotong.. Gulai tempoyak udang.... Goreng ikan tenggiri dgn bawang besar hiris dan yang paling sedapppppppppp sambal belacan dan ulam.

Kalau banding dengan ayam kampung bakar di Batang Benar.... Macam langit dgn bumi....

Kedai ni konsep warung bunian yg akak terkena kat pinggir putrajaya tu.
Tak boleh datang terjah...
Kena called order lauk. Bezanya warung ini jawap kita called. Warung bunian tu tak jawap called. Suruh WA... 
Mana akak nak tahu depa ada WA dan terima tempahan hanya dgn WA dan lansung tak layan call.

Alhamdulillah
Akak rekemen sangat.....
Lynn dah ada alamat... Cari menerusi Waze.



Kedai ni tepi jalan besar dan mengadap kubur.. Mudah nak cari....


Wednesday, September 03, 2014

659 ~ Ayam dulu.. Ayam sekarang


Semalam akak bersama jiran dan teman pergi makan Ayam Panggang di Batang Benar, Ng Sembilan.

Jika ikut highway LEKAS kita keluar tol Pajam dan lepas tol ada traffic light. Kita belok ke Kiri. Kemudian lepas traffic light kita terus dan tak jauh lepas tu nampak beberapa buah gerai Ayam panggang di sebelah kanan jalan.



Banyak gerai ayam panggang tapi sebab jiran akak selalu berkunjung di gerai no 1... Kami pun terus menuju kesini.

Pilihan lauk masakan kampong.
Ayam masak lemak 
Keli masak lemak
Pucuk ubi masak lemak dengan daging salai.
Keli dan ayam salai pun ada.







Pilihan lauk taklah banyak tapi mudah nak makan. Ada sambal belacan dan ulam sebagai pembuka selera.


Teringat akak waktu akak kecil2 dulu arwah mak akak ada membela ayam kampung. Selalunya kalau kami nak makan ayam, rumit sungguh kerjanya.
Arwah mak kena tangkap ayam tersebut. Ikat dan bawa pergi ke rumah arwah pakcik Shahar. Beliau akan membantu menyembelih ayam kami.
Ambil masa juga menanti ayam tersebut yg setelah disembelih betul2 mati.
Teringat lagi bagaimana selepas ayam tu disembelih, arwah pakcik Shahar akan melepaskan ayam tersebut meronta2 seketika dan akhirnya ayam tersebut pun mati.
Ada cerita ayam disembelih tak mati hari tu... Dia ambil masa sehari dua juga nak mati. Rasanya ayam begitu dah tak sampai hati nak dimakan dan bila dia mati terus tanam.

Berbalik kisah payahnya masa dulu nak makan ayam:-

Bawa balik rumah, masak air panas.
Celup ayam dah disembelih tersebut dan 
Taklama lepas tu cuba tarik2 bulu dia. Kalau mudah lerai, maknanya kerja mencabut seluruh bulu ayam bermula..
Azabnya rasa kena cabut bulu ayam.
Dalam hati akak sangat berkata2 kalau
Dapat peluang nak akak larikan diri dari buat kerja tersebut.

Dah selesai bulu2 yg kasar, kena cabut bulu2 halus pula. Then kena pasang api dapur untuk salai ayam tersebut.
Masih teringat2 akak bunyi bulu2 halus itu kena bakar dgn api...

Selesai semua baru akak serahkan pada arwah mak. Arwah mak akan potong ikut  saiz yg diperlukan then akan masak.
Masakan rendang dan masak lemak cili api jadi pilihan.

Ya Allah Ya Tuhan...
Lauk ayam yg diproses cara lama mmg sangatlah sedap.
Satu lagi sebab nak mendapatkannya payah...
Dan jarang2 dapat dimakan.

Sekarang nak makan, terus masak saja...
Takda kerja cabut bulu ayam.