Sunday, July 27, 2014

648 ~ ALHAMDULILLAH- Anak dara 4 orang...

ALHAMDULILLAH

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 
MAAF ZAHIR DAN BATHIN
Kepada rakan blogger yang sangat akak kasihi. Jua buat silent readers....

ALHAMDULILLAH sekali lagi.

Kita semua dah tiba dihujung Ramadhan. 
Semuga kita semua berjaya mengaut semua pahala dan rahmat ALLAH berikan buat hamba-hambanya yang beriman.

Akak tidak balik menyiapkan persiapan raya pada tahun ini kerana akak memilih untuk menjalani rawatan dialysis di Hospital Serdang. Sebelum ini akak menumpang dialysis di Hospital Melaka tetapi memandangkan pesakit dialysis makin bertambah, untuk menumpang di Hospital Melaka agak mengambil masa. Lebih mudah jika akak ambil shift seawal 4pagi di Hospital Serdang dan habis pada pukul 8pagi. Lepas solat raya kami dah boleh balik ke Melaka.

Persiapan memasak juadah raya tetap ada. Anak2 meminta rendang dan kuah kacang. Seawal hari Khamis akak dah beli bahan2 untuk membuat kedua juadah tersebut. Cuma ayam sahaja akak tempah dan ambil pada awal pagi tadi.

Akak tiba pasar, lihat dah ramai pelanggan menanti di gerai ayam dab gerai santan. Di gerai santan memang panjang barisan orang yg menanti...
Alhamdulillah.. Akak dah membeli santan sejak pagi Khamis dan menyimpan di freezer. Daging juga dah beli sejak Khamis.

Sebaik terlihat wajah akak, penjual ayam segera mengambil ayam yang akak tempah. Lega... Alhamdulillah. Tak perlu beratur panjang.

Balik rumah akak terus bersihkan ayam. 
Kejut anak2 dan beri arahan satu persatu.
Anak yg cekap membuat sesuatu diberikan tugas yg bersesuaian dgn mereka.

Zahrah - sediakan bahan2 nak
Masak
Qeeb - mengemas dalam rumah 
Ain - mengemas luar rumah dan kandang kucing
Aisyah - membantu Qeeb menjemur baju.

Kakak zahrah seorg yang teliti dalam kerja2 mmembersihkan udang, sotong dan ayam. Jika ditugaskan untuk membersihkan semua itummg kepakarannya. Tambah pula dia mengambil bidang kulinari maka setelah siap dibersihkan dia akan menyusun sotong dan udang dan ayam dgn sangat teratur.



Manakala Qeeb minatnya mengemas.
Akak mmg tak begitu meminati kerja2 mengemas rumah. Buat kalau dah terpaksa sangat...

Ain pula kerana kasihkan kucing2 peliharaannya selalu membantu urusan mengemas luar rumah. Menyapu sampah2.. Membersihkan lantai bahagian dapur luar... 

Aisyah selalu meminta kerja khusus. Tapi akak belum nampak kecenderungannya. Dia akak berikan kerja membantu kakak2nya yg mana dia terdaya.

ALHAMDULILLAH. 
Sebaik azan zohor semua juadah sudah diatas dapur. 

Memang nikmat mempunyai anak perempuan ramai. Banyak yang dapat dibantu.

Terima kaseh anak2 dara kesayangan ibu.

8 comments:

  1. bertuahnya punya anakdara ramai2....nnti ada menantu lagi best....hi2..salam aidilfitri mkcik,,,:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil
      Fitri buat Dil sekeluarga.
      Maaf zahir dan Bathin.
      Raya di mesir ya?

      Delete
  2. Ramai tentera akak.cpt kje siap ye.haha.untung ada anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidil Fitri... Chot

      ALHAMDULILLAH...mmg segera semuanya sbb ibunya nanti marah. Ibunya garang...

      Delete
  3. Bertuah punyai anak dara ramai yang RAJIN. Kalau ada ramao anak dara tapi PEMALAS, tak ada untungnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pB
      ALHAMDULILLAH
      Atas kita juga anak2 dara kita tu jd pemalas ke rajin.
      Mak sedara saya beruntung.. Kedua2 anak daranya mmg dah dilatih sejak kecil membantu mengemas, memasak dan kerja2 rumah.. Sekarang nampak hasilnya....

      Delete
  4. alhamdulillah...senanglah sikit maknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle
      ALHAMDULILLAH
      Benar uncle.
      Pepatah lama
      "Masa kecil mmg susah menjaganya.. Tapi dah besar memudahkan kita pula..."
      Syukur pada ALLAH

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata