Akak mengambil shift mencuci darah seawal 4pg. Staff HDU Hospital Serdang dgn initiatif sendiri telah membuka bilik rawatan dialysis seawal pukul 4pg.
Malam raya akak tidur awal. Tapi seawal 1pg akak dah terjaga. Xcited nak bangun awal nak pergi dialysis. Lihat jam baru jam 1pg.. Akak pun berniat nak lelap sebentar dan bangun pkl 3pg.
Sedar2 suami kejut pukul 5pg....
Padahal akak dah kunci jam pkl 3pg tapi sama2 tak sedar....
Apalagi bingkas akak bangun dan suami mendail no hospital. Bercakap dgn MA Azhar bertanya masih boleh datang tak walau lewat. Katanya mesin dah pasang, maka akak pun bergegas mandi dan siap ke hospital.
Selesai rawatan dan bersalam salaman bersama pesakit sesama islam, akak pun pulang. Bersiap2 pula hendak balik kg.
Ingatkan hari raya lebuhraya taklah sesak.. Tapi.. Sesak juga. Ada beberapa kemalangan yg berlaku dan membantu kesesakan.
Lambat juga perjalanan pulang ke kampong kami ari itu.
Tiba di rumah abah, ada tamu jauh datang beraya. Mak Andak Rahmah dari segamat. Beliau amat rajin bertemu sanak saudara.
Selesai melayan mak andak, kami pun keluar ziarah raya mak2 sedara. Rumah pertama rumah mak sedara Bik Azai yg tinggal di rumah anak perempuan keduanya.
Juadah yg paling kami menanti setiapkali raya ialah sambal sotong, sambal pucuk tahu dan belimbing, lodeh, rendang ayam cili api, rendang daging dan ketupat.
Dan satu lagi
Ada rawatan percuma oleh Dr Kahar
Rumah seterusnya rumah busu Zamrah. Arwah suaminya adalah adik bongsu bapa mertua akak.
Acara salam bersalaman kami lakukan pada awal pagi raya kedua kerana pada pagi ini semua adik beradik suami berkumpul.
Selesai acara bersalam salaman kami kerumah mak sedara Mak Melah dan Mak uda.
Setelah habis menziarahi emak2 saudara kami menziarahi sepupu2 yg baru kehilangan suami. Tahun ini sahaja seramai 3 org sepupu kami meninggal dunia. Semuanya sebaya suami.
Pulang ke Bangi juga mengalami sedikit kesesakan di Duyong, Melaka menuju ke Bukit Katil dan di Pedas. Suami ambil Highway LEKAS.
ALHAMDULILLAH.
Nasi lemak buah Bidara
Walaupun jem.. Ku tempuh jua....
kemeriahan beraya bersama keluarga besar. merapatkan silaturrahim, mengenalkan anak-anak kepada saudara dan merasa RahmahNYA.
ReplyDeleteAlhamdulillah. :)
madora
Madora
ReplyDeleteALHAMDULILLAH
Mmg saat yg menggembirakan beraya bersama seisi keluarga.
Benar tu madora... Waktu kita masih ada ni laa kita kenalkan anak2 kita dgnsaudaramara agar hubungan kekeluargaan tidak terputus.