Pagi sabtu kami balik ke kampung. Balik utk berbuka dengan keluarga mertua.
Perjalanan lancar kerana kami keluar dari rumah awal dan tiba Melaka juga awal.
Akak mengambil kesempatan bertemu dengan rakan sekolah yg relah hampir 33 tahun tidak bertemu. Dengan bantuan adiknya akak dapat menghubungi beliau semula. Memang seronok bertemu semula setelah sekian lama.
Sebagai bekalan pulang akak mendapat sebalang kuih semprit dan sebalang kuih coklat chip. Dan juga 2 potong kek tiramisu. Hmmm rezeki jangan di tolak dan musuh jangan dicari... Kan?
Untuk juadah berbuka akak singgah di Pasar Ramadhan Teluk Mas. Mesti dah tahu akak mencari apa dan siapa...
Betul..
Sambal sotong dan mee goreng dan tauhu bakar. The best!!!!!
Rasanya tidak berubah sejak hari pertama akak merasainya.
Hari esoknya pula akak mencari
Nasi Lemak kukus di Permatang Pasir. Alhamdulillah. Orgnya masih berniaga
Walaupun dah di usahakan oleh anak2nya pula.
Adik ipar sampai mengatakan.. "Kak Rahmah ni ada antenna ek mencari nasi lemak plg sedappp"
Hahahahahahha
Well... Akak mmg suka makan
Memilih yg terbaek.
ALHAMDULILLAH
Perjalanan balik ke Bangi selepas solat terawih juga lancar walau ada kesesakan di Seremban ke Nilai.
ALHAMDULILLAH
Balik kampung adalah kebahagiaan. Sangat setuju!
ReplyDeleteAzie
DeleteTak da tempat yg seselesa spt di kampong kita kan?
Balik kampung mesti dah ada senarai panjang menu ye kak?
ReplyDeleteWajib aina...
DeleteMmg selalu memikirkan mana tmpt nak pergi kalau balik melaka.
Telok Mas, Melaka? Saya pernah tinggal di Henry Gurney situ (arwah ayah kerja sana). Best friend saya Azli Omar (kini doktor) tinggal di klinik kampung tepi jalan mengadap sekolah rendah Telok Mas. Selalu main 'chaptey' dgn Bobok sewaktu menunggu bas nak ke sekolah naik bas Makcik Zaharah!
ReplyDeleteKeluarga mertua akak tinggal di pernu. Dekat sgt dgn telok emas.
DeleteTak banyak yg berubah di telok mas. Masih ada henry gurney dan pemandangan laut dari atas bukit.
Melaka..saya suka
ReplyDeleteOrang nya peramah lagi mesra
jumpa tgh jalan pun mcm dah kenal berzaman lamanya....pengalaman saya masa ulang alik kesana masa anak kolej matrik dan Kutm.
Alhamdulillah
DeleteSungguh bagai dikata
Memang mudah mesra...