Tuesday, June 17, 2014

642 ~ Lama tak dengar dah


Sewaktu akak kecik2 dulu kan... Akak ni boleh dikirakan 'cik tinam' laaa jugak. Maksud akak, kalau arwah mak akak berbual dengan kenkawannya.. Akak pun ada duduk dengar sama... So bila orang2 tua bercerita banyaklaaa kata kias dan pepatah yg depa gunakan..
Antaranya :-

1 - " Aku dengar ni pun dari si polan... Kalau bohong dia maka bohonglaaa aku"

2 - " Lillah kak.... Depan api ni saya janji..." Sambil tunjuk tangan pada mentol lampu

3 - " Haaaaaaa ... Betul kata cicak " kebetulan masa polan tu bercerita cicak pun berdecet....

4 - " Betul kak..... Ini api ni jadi saksi "
Sekali lagi tangan tunjuk ke mentol lampu....


Itu antara yg akak masih ingat. Memang seronok dengar depa bercerita. Tapi mmg tak boleh nak nyampuk. Memang kena jegil. 

Akak juga suka  jika arwah mak dihidangkan sireh, akak pun menumpang makan sireh juga. Siap dengan pinang, gambir.. ( rasa sekali terus tak suka sebab rasa pelek) secalit kapur juga...
Suka kalau dah kunyah, mulut jadi merah juga.....



Anak2 sekarang mmg dah faham sangat. Datang jer tamu.. Depa mmg kena duduk atas. Kadang2 disuruh turun salam dengan tetamu dan sekelip mata mereka dah hilang.

Itulaaa beza sungguh dahulu dan sekarang.

14 comments:

  1. Itulah dia nona-nona zaman sekarang hihihi...tentang tanaman herba seadanya di laman saya, ia membesar, terbiar begitu sahaja, Bila perlu baru guna. Daun kunyit tu hampir kering tetapi dia tumbuh semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak hajah nora
      Beza sungguh kan budak dulu dan budak sekarang....
      Rindu waktu dulu...

      Delete
  2. Aina dedulu kalau tetamu mai rumah semua dok main diluaq kalau dok nganga situ mau kena jegeel mata atau kena kutey...eheheee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul aina
      Kena jegeel dan kutey mmg asam garam kita keck2 dulu...
      Budak sekarang, jegeel dah tak jadi apa... Dia pandang kita balik...

      Delete
  3. Saya bawak anak-anak balik kampong di Penang dulu. Pagi2 ayam jantan berkokok kuat kat belakang dapoq. Anak sulung saya masa tu baru 3 tahun berlari takut. Katanya ada anjing besar kat belakang rumah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha
      Betul uncle
      Anak2 saya pun jakun tgk ayam, itik angsa, kambing dan lembu....

      Delete
  4. cik tinam sama tak dengan kak nam?

    ReplyDelete
  5. Sekarang sembang kat wassap atau chat di laman sosial. Masih tajuk2 yg serupa cuma era yg berbeza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ni mmg boleh guna ayat
      Been there
      Done that....
      Alhamdulillah
      Dari zaman 70 hingga kini macam2 perubahan kita rasai..

      Delete
  6. kawan Aisyah kat sini, adalah abang nam juga, banyak lah cerita yang dia nak dengar lepas tu diikuti dengan banyak soalan selepas kawan maknya dah balek,

    madora

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madora
      Plisss
      Ambilkan gambar abg nam dan adik nam tu...
      Rindu kat depa
      Mesti dah besar sekarang...

      Delete
  7. Sis...masa sy kekecik lak...mmg pantang mak sy kalaudia bersembang dgn kawan2 kita dok sama2. Mmg kena halau ler lah dari kelab sembang tu...hahahah. Katanya..."ada jer org tua berborak..kau dok melopong kat sini".. Sinis sekali tegurannya...hambik kau! Hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekekekekkekee
      Bisa jugak tu!
      Akak selalu dapat pelepasan kalau masa mak atau makcik berborak dgn kawan depa, akak dah siap landing kepala kat riba mak atau makcik..
      Mata kuyu2 jer masa tu.. Siapa sampai hati nak halau???

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata