Pagi ni sewaktu baru satu jam pertama dialysis akak dah terasa sangat 'funny'. Rasa kurang udara.. Rasa seisi badan sakit sakit dan sejuk menggigil. Ada juga rasa nak bangun dan buat regangan otot jugak. Rasa sangat penat... Asyik menguap setiap 10 minit.
Dalam pada rasa 'funny' tu akak minta Muiz ambilkan BP set dan panggilkan petugas... Muiz pakaikan BP set di lengan akak bila akak minta dia bantu sebab dgn tangan sebelah di mesin mmg tak dapat nak gerak sangat. Muiz segera membantu dan BP akak mmg rendah.
Rasa kurang oksigen pun ada juga. Segera akak mesej suami yg sedang bertugas. Alhamdulillah beliau mmg ada dan dengan kadar segera beliau turun.
Petugas sudah melihatkan BP akak terlalu rendah segera matikan mesin dan masukkan air. Segera dipakaikannya oksigen dan sebaik suami akak turun, dipakaikannya oxy meter utk mengetahui kadar oksigen dalam badan.
Setelah beberapa lama rasa 'funny' pun hilang. Cuma keletihan yg amat sangat.
Rehat sehingga habis pusingan 4 jam dialysis.
Jadinya hari ini akak dialysis tp tidak dapat tarik air dari badan sebab kuatir akak akan rasa nak pengsan lagi. Sekadar membersihkan dan mencuci sahaja.
Nak ceritanya di sini....
Waktu sedang dialysis mmg perlu ada petugas membantu pesakit yg mengalami simptom seperti yg akak alami.
Dan untuk Muiz... Mmg banyak pertolongan beliau buat akak sejak muiz ada di sini.
Bila kita baca akhbar berapa ramai anak muda yg salahlaku ygmana lahir mereka sempurna tapi mereka memilih jalan yg salah, umpama meragut, bergaduh, ambil dadah dan jenayah yg lain. Tapi melihatkan Muiz.. Seorang anak istimewa... Berjasa pada jirannya En Salleh dan sekaligus berjasa buat kami semua di dialysis ini... Sebak rasanya melihatkan dalam kepayahan Muiz memahami sesuatu.... Dia berjaya menambat hati kami pesakit di dialysis.
Allah menjadikan sesuatu itu ada sebabnya.
Semuga ALLAH sahaja yg membalas segala jasa baik Muiz buat kami semua....
Aamiin....semoga amal kebajikan muiz diberkati Allah.
ReplyDeleteAamiin
DeleteYa Rabbal Al'aamin
Saya bangga dengan MUIZ....kirim salam saya pada beliau!
ReplyDeleteIn syaa ALLAH
DeleteAkan akak sampaikan
Tentu dia menjawap dengan tersipu2 malu.. Dan senyum yg paling manis
Bertuah Akak ada pembantu prihatin mcm Muiz. Dan lebih beruntung lagi ibubapa Muiz tu ada anak sepertinya...Moga baik baik saja, Akak.
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteALLAH hantar Muiz utk kami. Besar jasa dan pertolongan dia.
Terima kaseh Azie.
Alhamdulillah akak dapat bantuan Muiz yang istimewa, semuga berlipat ganda ganjaran bagi Muiz yang berbakti dengan pesakit2 dan berkhidmat dengan tulus. Boleh terbayang betapa akak dan pesakit lain syukur dapat rawatan dialysis yang superb! take care kak! lama dah tak jumpa tapi syukur terus terikat hubungan di sini.
ReplyDeletemadora
Madora
ReplyDeleteMmg kami bersyukur sangat2 bila dihantar Muiz pada kami.., Alhamdulillah.
Mmg lama juga kita tak bertemu... Tapi byk cara kita masih boleh berhubung..
Sekali lagi
ALHAMDULILLAH
Punya teman jauh disana❤️
Alahai Muiz... mulia sungguh insan istimewa ni.. :)
ReplyDeleteakak...ai baca entry akak ni, ai yg rasa mcm tak cukup oksigen. camno tu? huhu....take care akak. lebiuuu!
Sungguh AI
DeleteMmg mulia hati muiz ni.. Tiada memilih kaum pun. Baik dgn india dan cina juga.
AI juga kena jaga kesihatan tu
Lap u too