Ptg sabtu berkumpul dgn kawan2 suami bekas pelajar MRSM di Dewan CAC di UIA. Dapat bertemu dgn isteri mereka dan berbual dgn riuh sekali sebab salah seorang dari mereka mmg sangat mesra orangnya... Bila beliau kerap buat jenaka, kami semua kurang rasa segan walau ini pertemuan akak yg kedua atau ketiga dgn mereka. Faktor tiada geng buatkan akak rasa malas nak mengikut suami setiap kalau ada majlis. Maknanya lepas ni mmg akan cari peluang laaa nak bertemu sebab dah kenal mesra.... Sempat buat grup WA utk bertanya kabar sesama kami.
Balik dari majlis di UIA.. Tetiba teringat nak pi Temerloh. Gugel internet dpt baca blog kak jee mengenai satu kedai ni.. Ada nombor talipon... Terus call tanya kot2 ianya buka sampai mlm...
Alhamdulillah... Ianya berniaga dari pkl 12 tghari hingga 12mlm... Ikan dimasak sebaik di minta pelanggan. Jadinya suami pun terbuka hati nak memandu ke Temerloh.
Hp akak dah hbs bateri laaa pulak. Power bank dan car charger tak pula dibawa. Rasanya awal td mcm tak perlu...tp desakan nak ke Temerloh dah meminta... Pejamkan mata saja.
Suami berhenti di stesen minyak petronas dan shell sebelum masuk Karak.. Tiada pula dijual kabel hp dan car charger.. So akak awal2 minta hp suami utk ambil gambar nanti...
Bekalan makanan n minuman juga dibeli sebab mengikut waze.. Perjalanan memakan masa 1jam setengah.. Gitu gini.. 2 jam juga nak sampai.
Mujurlaaa ada Waze... Cari lokasi Esso Temerloh.. Terus Waze tunjuk jln... Jika kena cari sendiri mmg laaaaaa tak jumpa. Nak2 sat lg dah gelap. Waktu decide nak pi dah pkl 645ptg... Mmg dah nak gelap.
Keluar dari tol temerloh ikut panduan waze ke bandar temerloh... Ikut akal mmg mcm tak logik kena keluar dari jalan besar masuk ikut jln kampung... Tp dah waze cakap kena masuk so masuk juga.
Agak dlm 30minit lalu jln kg.... Jumpa laaa pekan temerloh...
Waze arahkan terus ke depan lg....
Kami ikut.... Akhirnya jumpa
Nampak ramai org sedang menjamu selera. Waktu diambil pesanan.. Pelayan beritahu hanya tinggal kepala patin sahaja. Suami bgtau pelayan.. Waktu kami called pkl 6 ptg tadi.. Katanya ikan banyak lg. Pelayan panggil boss. Boss dtg bersalam suami dan meneka kami yg called dari UIA... Suami kata iya...
Dengan lembut beliau bgtau bahagian badan dan ekor masih ada. Cuma beliau nak habiskan stok kepala patin. Maka kami dpt bahagian badan dan ekor ikab patin.
Rupanya satu portion ikan itu cukup besar utk 2 org... Kami order 2 masak tempoyak dan satu patin goreng.
Mmg berbaloi..
Sedap.. Berasa masakannya...
Kena rasa masam, pedas dan manis tempoyak....
Set nasi yg diberi beserta ulam raja, sambal belacan yg sgt ummmmmppphhh dan papadom. Mmg sedapppp...
Perjalanan 2jam pergi dan 2jam balik sgtlaaa berbaloi rasanya. Tercapailaaaaa hajat nak makan ikan patin tempoyak temerloh......
ALHAMDULILLAH...
Syukur diberi rezeki dan nikmat selera...