Thursday, February 28, 2013

515 ~ Bersungguh dia...






Tiba-tiba ada soalan cepumas dari budak ni..

Aisyah : Ibu, bagitaulah saya Passcode ibu.. (password untuk buka hp ibu)

Ibu : Nak buat apa?

Aisyah : Alaaaa.... ibu bgtau saya sorang jer... saya tak akan bagitau sesiapa...

Ibu : Mana boleh... Hp ibu.. hak ibu..

Aisyah : Saya janji.. saya takkan bagitau sesiapa pun juga... ( Kukuhnya janji.. )

Ibu : Tak Boleh!!!!!

Aisyah : Tapi... ibu tahu password saya.. kenapa saya tak boleh tahu password ibu...

Hahahahahahaha

Abah pegang hp ibu jer pun jantung ibu dah ..........................
.
.
.
.
.


Monday, February 25, 2013

514 ~ Entry Khas Buat yang tertanya-tanya...



Sebagai menjawap kemusykilan Kak Nanie dan Makchaq... Akak mahu ceritakan di sini  bagaimana caranya ceramah yang disampaikan dapat di fahami oleh warga kurang pendengaran...

Bertempat di Auditorium Perpustakaan Kuala Lumpur,Jalan Raja... Malaysian Federation of the Deaf telah menganjurkan ceramah kesihatan khas buat warga orang pekak/deaf...( Jika boleh akak mahu guna ayat yang lebih lembut dari ini...)




Doktor Pakar jemputan terdiri dari pakar perubatan dari berbagai disiplin/bidang dari Hospital Serdang.
Setakat ini suami akak yang memenuhi jemputan. In Syaa ALLAH mulai bulan depan akan ada doktor pakar yang lain turut sama meluangkan masa memberi ceramah.

Kita sudah tentu tidak pernah menyedari betapa payahnya seseorang warga orang deaf jika hendak mendapatkan rawatan di hospital. Kadang-kadang jika tanpa jurubahasa yang bertauliah, keadaan pesakit boleh menjadi lebih teruk. Doktor tak akan dapat tahu apa masalahnya dan pernah terjadi kes di sebuah hospital, seorang warga orang deaf meninggal sebelum sempat mendapatkan rawatan yang patut dia dapatkan. Untuk itu, Malaysian Federation of the Deaf telah menyediakan khidmat jurubahasa buat ahli mereka yang memerlukan khidmat jurubahasa untuk dibawa ke hospital... Jurubahasa juga diperlukan untuk temuduga, perbicaraan di Mahkamah dan lain-lain yang berkaitan.

Suami akak bersama  beberapa orang teman sekerjanya meluangkan masa untuk memberi ceramah kesihatan dan memberi peluang buat warga deaf bersoal jawap mengenai masalah kesihatan mereka juga disamping mendengar info mengenai berbagai penyakit. Ceramah yang telah diadakan sebelum ini adalah

Yang pertama sekali bulan Disember  - Sakit Jantung
Yang kedua bulan Januari  - Darah Tinggi
Yang ketiga bulan Febuari - Diabetes




Cara ceramah disampaikan..
Suami akak akan menyampaikan ceramahnya...
Seorang jurubahasa yang turut berada di atas pentas akan menerangkan satu persatu  dengan menggunakan bahasa Isyarat.

Bantuan dari maklumat bertulis di projektor juga membantu...




Dalam sessi soal jawap pula..
Peserta bertanyakan soalan dan di sampaikan oleh jurubahasa di bawah pentas...
manakala jurubahasa di atas pentas menyampaikan jawapan doktor.




Info bertulis memang banyak membantu..




Sambutan yang diterima memang sangat menggalakkan. ALHAMDULILLAH..






Sunday, February 24, 2013

513 ~ Melerai Rindu....






Sudah hampr 4 bulan kami tidak balik ke Melaka... Punyalah rindu...
Bila ada jemputan kenduri sepupu di Wangsa Maju.. sebolehnya kami penuhi walaupun keadaan kesihatan tidak begitu mengizinkan.
Alhamdulillah...
Bertemu dengan saudara mara dari Melaka benar-benar meleraikan rasa rindu pada ibu saudara.. sepupu dan sanak saudara..

Ada beberapa majlis jemputan yang tak dapat kami penuhi sebelum ini kerana kesibukan suami makanya agak lama juga tidak bertemu dengan mereka.

Sebaik terlihat wajah mereka.. terus dapatkan mereka dan memang terasa sangat rindu...
Alhamdulillah...
Kami dipertemukan melalui perkahwinan tapi rasa kasih itu makin mendalam. Ianya lebih terasa waktu akak warded di CCU selama dekat sebulan. Merekalah yang sentiasa berkunjung tak kira masa... Memang sangat menghargai itu.

Selepas makan kenduri akak menemankan suami yang akan memberi ceramah kesihatan untuk warga MFD (Persatuan Org Pekak) di Perpustakaan Kuala Lumpur.





Bertemu dengan saudara kembar sejak tingkatan 4...
Kesibukan dengan tugas dan menyambung belajar membuatkan kami jarang dapat bertemu...
Alhamdulillah...
Terlerai rindu padanya...





Alhamdulillah.....

Saturday, February 23, 2013

512 ~ ALHAMDULILLAH



Jika panjang umur sampai minggu depan, dapatlah akak masak gulai udang dengan belimbing dari pokok sendiri... Kenapa minggu depan? Sebab buahnya minggu ni kecik sangat lagi.... belum sekata besar buahnya...
Mungkin minggu depan atau mungkin minggu satu lagi...

Ini waktu berbunga...



Yang ini ambil pagi tadi waktu menyiram pokok..
Cukuplah seperiuk kan?
Ada jugak yang sages masak dengan telor itik..
Itu pun kalau itik tu bertelor...
Jika udang yang akak dapat.. maka udanglah akak gunakan...



Pokok yang ini ( Sambil juihkan bibir...)
Masa berbunga terasa macam nak menempah lori nengokkan banyaknya bunga...
Tunggu dekat 3 bulan...
Tinggal tangkai jer...
baiklah pi Cho Kit beli sekilo..
takpun buat muka tak malu minta kat Puan Aryani di Ipoh...
pokok mata kucing kat rumahnya berbuah memang lebat dan memang sangat manis...
^-^



Satu hari nanti memang ghaib jugak pokok mata kucing tepi rumah ni...
pasunya boleh guna tanam pokok lain yang lagi mendatangkan hasil...
( Nada Marah )
Tapiiii....
renungkan dalam-dalam...
bila waktu berbunga lebat...
janganlah berangan nak merasa buahnya...
Berbunga belum tentu rezeki kita..
Alangkan dah berbuah di ambil burung dan tupai....
( Bila dah Insaf )
Bukan rezeki kita....

Thursday, February 21, 2013

511 ~ Cuba tak salah kan?






Percubaan pertama: ( Hari Selasa)

Aisyah : Ibu, bukanker hari Khamis ini sekolah cuti?

Ibu : Kenapa cuti? Maulud Nabi dan CNY dah habis.. mana ada cuti lagi?

Aisyah : Birthday kakak...

Hahahahahahahah

Kakakmu anak Agung ke apa? (Dalam Liver Ibu jer...)

Percubaan kedua: ( Malam Rabu )

Aisyah : Ibu, cuba rasa dahi saya...

Ibu pun rasalah dahi anaknya...

Aisyah : Ibu rasa panas tak?

Hahahahahahahaha

Biasa jer.. lagipun baru lepas melompat2.. peluh keluar memanglah suam2sejuk sikit...


Macam-macamlah tu nak ponteng sekolah sebab dah kesedapan minggu lepas cuti lama....


Tuesday, February 19, 2013

510 ~ Bilik Orang...



Haahahaha
hampir sikit tadi akak nak mulakan entry dengan 'sejak ketiadaan bibik'....
Apa? macam lah besar sangat bibik tu ek? asyik tulis entry mulakan dengan dia...
ekekekekeke

Okay...
Ulang semula...
Sejak dua menjak ni...
Akak mengemas bilik bawah tu hingga dah takda rupa bilik lama...(tetap bertahan ni.. takmo tulis bilik b*b*k)
Dah beli perabut baru... makanya akak pun pindahkan badan akak ke bilik bawah tu...

Yang paling best bila cerita dengan suami...

Bila sedap citer2.. pastu keluar dari mulut ayat ni... " Bilik Orang.." HAH!!!! terkejutlah si suami...

Tanyanya... bilik atas tu bilik siapa pula? " Bilik Yang lah...."..

Memang haruuuuu...

Umur belum 50 dah ada bilik sendiri... ekekekekekekekeke

Sunday, February 17, 2013

509 ~ Anak dara sekarang....



Sekarang sejak ketiadaan bibik, balik pasar terus simpan ikan, ayam dan daging sendiri..
Memanglah penat sebab kita yang gi beli, kita juga yang nak susun masuk Fridge..
Semalam, balik pasar terus minta anak dara yang tak pernah menyiang ikan tolong bersihkan ikan..
Selepas beri tunjuk ajar sedikit, terus tinggalkan padanya untuk buat...

Tahu apa katanya sebaik selesai siang ikan?

" Ibu... Qeeb dah jadi anak dara (sebab siang ikan)
Qeeb dah boleh kawin... "

Mudahnya budak sekarang nak kawin...
ekekekekekeke


## Bestnya anak dara ni cuti sekolah seminggu masa CNY..
Banyak yang dibantunya..
bangun pagi buat sarapan adik2nya..
kemas rumah dan sapu dari tingkat atas sampai dapur...
Esok bermulalah kelas tambahan dan tuition....

Thursday, February 14, 2013

508 ~ I WILL SURVIVE?



At first, I was afraid, I was petrifiedKept thinking, I could never live without BIBIK by my side


Lagu tu kerap berkumandang di pita ingatan...


Tapi selepas 2/3 minggu... dah jadi I survive

Cumanya masa makin bizilah.. nak update blog pun tak sempat-sempat... ekekekekekeke

Kain baju memang culprit nombor satu

Dah basuh, nak kena jemur... dah jemur nak kena angkat.. kalau hujan tiba-tiba baju belum sempat kering dah hujan pun turun...
bergegas kena angkat... then matahari keluar sekejap.. bergegas pergi jemur.. pastu tu gelap balik...
(memang kain baju tulah culprit paling besar...)
then citer tak habis kat situ saja..
baju yang dah masam tu kenalah basuh semula....
 then dah kering...
kena ambil dari penyidai.. then kena lipat..
mana yang kena gosok, kena gosok.. 
yang nak kena lipat.. kenalah lipat..

Sekarang kerjanya asyik kena beli bakul jer..
baju banyak masuk bakul jer dulu.. hahahahahaha

Kiranya bibik ni memang banyak membantu dari segi baju.. sampaikan akak tak nampak berapa bakul dia jemur, berapa bakul dia lipat.. berapa bakul dia gosok...

Yang pastinya kat umah akak dah berbakul2 baju yang dah basuh tapi belum gosok...

MASIH nak mengaku I WILL SURVIVE?