Saturday, March 31, 2012

317 ~ Ke Kg Baru...



Dah bertahun-tahun makan nasi lemak ni... hinggakan pagi tadi dapat sms dari seorang kekanda yang menghantar sms " Salam dinda pencinta Nasi Lemak ".... hahahahahaha..... heh heh heh... sehingga dapat gelaran Pencinta Nasi Lemak....
Mungkin kerana sejak sekolah rendah dah kenal dengan Nasi Lemak yang sangat sedap. Dan sehingga kini dok makan Nasi Lemak kerana nak cari rasa yang serupa. Tapi masih belum bertemu.

Nasi Lemak yang tersedap sekali dalam 'donia akak' adalah Nasi Lemak Makcik Som yang berniaga di premis persatuan Eurosian Jalan Raja Muda. Depan Sekolah akak Sekolah Rendah Jalan Raja Muda. Makcik Som berniaga setiap pagi. Nasi Lemak kukusnya yang tersangatlah harum... beserta dengan sambal sotong dan sambal nasi lemaknya.... Kangkong dan ikan bilisnya.... memang tak akan jumpa rasa dan bau yang serupa. Enaknya tidak terhingga.

Baru ni, selain dari Nasi Lemak Kak Sham.. akak mencuba pula Nasi Lemak Mak Wanjor... Premis jualannya di Pasar Minggu Kg Baharu. Pertama cuba rasanya okay juga. Akak terlupa nak minta sambal lebih... jadinya nasinya sedikit kering nak menghabiskannya. Tak apa... lainkali boleh cuba lagi.



Nampak sambal sotongnya pucat sahaja...
Sambal sotong yang selalu bantu bagi rasa Nasi Lemak tu jadi Ummmmmmpppppppp..
Di sini ada bergedil... Hmmmmm.... sedappppp puas rasanya makan...
lainkali nak cuba banyak lauk....
nampak ada macam-macam
ada rendang...
ADUH!!!!
Lapar tak tahan bila sendiri menggoda...




6 comments:

  1. nasi lemak buah bidara...saya tak nak buang emak, buang saudara...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Hani....
      Nasi Lemak buah bidara
      hanya kerana ikutkan tekak..
      tak tergamak buang emak dan buang saudara

      Delete
  2. makan .. makan juga .Pantang jgn lupa yer ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon...
      Tenkiu...
      Memang sangat mengikut pantang
      sebab jika nasi lemak memang PANTANG jumpa.... ^_^

      Delete
  3. Harus cari! Harus cari! Harus cari!

    Tak jumpa kalu, siap Akak! hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azie...
      mesti jumpa punya...
      pergi pasar minggu kg baru...
      mesti nampak dekat flat UTM....

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata