Bagi sahabat yang dah lama mengikuti corak perjalanan hidup RTK... kunjungan ke Pasar Tani setiap Khamis dan Sabtu memang adalah satu rutin yang paling RTK suka... Jika dahulu setiap petang Khamis RTK akan ke Pasar Tani seksyen 16 berdekatan dengan Maybank dan Shell. Memang nikmat betul berbelanja di situ.
Kerana RTK dialysis setiap Isnin, Rabu dan Jumaat... teman2 mengaji sepakat mengadakan waktu mengaji pada hari RTK tidak dialysis. Hari Selasa untuk tuition mengaji dan hari Khamis untuk mengaji berkumpulan. Oleh kerana itu telah berbulan-bulan RTK tidak dapat menjejakkan kaki ke Pasar Tani hari Khamis...
Tapi .. entah macamana petang ni, RTK yg memang sedang dengan niat asalnya hendak ke Maybank... teringat ada pasar tani di situ. Heeeeee tak terkata gumbiranya... bagai nak jumpa kekaseh lama...
Gerai pertama yang akak kunjung ialah gerai daging... dapat tulang dan daging pejal. Rasa macam dah lama tak makan sup tulang... ekekekekeke...
Lepas tu pergi gerai buah2an... dapat mangga harum manis ...
Lepas tu teringat Aisyah minta nak pisang berangan.... dapat jugak..
Lepas tu teringat pulak nak beli Udang laut segar.... Dapat.... Banyak cerita pasal udang laut segar ni. Kata Qeeb " Udang Pandang Pertama"... kihkihkihkihkkkk nak dengar kisahnya tak? Nanti request..OK???
Lepas tu suka kat gerai jual bawang-bawang disini...
dahlah gerai milik bumiputera... bawangnya bersih dan cantik2...
puas hati...
Jangan heran kenapa RTK sangat teruja petang ini...
balik rumah senyum riang....
( berangan nak ponteng dan datang sini Khamis depan.... )
akak..
ReplyDeleteida pun suka pegi pasar tani kt seroja ni..ikan dia fresh walaupun mahal sikit...tp tk terasa sgt sebab beli pun sikit2 je...
Ida..
Deletememang best berbelanja di Pasar Tani...
ikan2, sayur2an, ayam daging dan buah2an semuanya fresh2...