Friday, March 16, 2012

306 ~ Ubat yang sama.. tapi berbeza...



Masalah besar akak ialah nak makan ubat ini. Namanya Calcium Carbonate... Kena makan semasa makan nasi ataupun makan utama. Ada 2 cara nak makan.. samaada tumbuk halus jadi tepung dan tabur di nasi... ataupun makan sewaktu kunyah makanan. Macam ulam... rasanya macam kapur.. itu yang jadi berat nak makan.

Sejak 3 tahun akak dialysis, selalu doktor merungut kerana phosphate akak tinggi akibat selalu sengaja  lupa nak makan ubat ni... Dah banyak kali akak dinasihatkan supaya mengambilnya bersama-sama dengan nasi tapi dah 3 tahun akak berdegil. Macam2 dah diberitahu oleh teman sebilik bahaya tak makan calcium carbonate tapi masih buat degil.




Hanya baru-baru ni akak diberi oleh pihak pharmasi ubat Calcium Carbonate yang berbentuk kapsul. Makan 3 kali sehari... 3 biji setiap kali makan. Maka barulah dengan mudah akak makan. Alhamdulillah...
Sekejap jer akak tengok ubat ni dah nak habis sebab akak makan ikut yang ditetapkan. Jika yang jenis ubat lama memang berlebih2 dalam simpanan sebab lansung tak makan dan seumpama doktor bagi ubat lebih.
Amazing yang ini akak pula yang tak sabar nak menanti supply baru...






Ubat yang baru ini cara makannya sangat mudah. Makan 3 kali sehari dan bukan makan bersama makanan yg hendak dimakan. Lebih mudah cara ini dan teratur.


13 comments:

  1. Assalam,

    Alhamdulillah..Rahmah dah makan ubat ni.
    Moga kesihatan lebih baik..
    Kalau akak pun memang tak lalu nak makan dengan nasi, pahit tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam kak Nani...
      Terima kaseh atas doa kak nani.
      Rasa ubat tu macam kapor... bayangkan macam kapor tulis di papan hitam tu.. kalau makan semasa makan nasi memang jadi putus selera...

      Delete
  2. hoh?? tabur atas nasik? huhuhu..mmg tak lalu le. rela telan aje ubat2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Ai..
      ubat tu jenis kena tabur atas nasi atau mee.. memang akan jadi rasa pelek... itu yg akak buat macam ulam jer...
      sekarang jenis kapsul memang telan jer... mudah.. akak suka dan tak pernah tinggal dah...

      Delete
  3. Alhamdulillah. Diberi kemudahan. Ubat kapsul ni baru invented ke? next time, we give suggestions bila ada ubat yang kita tak tertelan :)

    (: madora :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madora...
      Memang ubat ni ubat baru. Memang rata2 patient tak akan makan ubat yg kena tumbuk dan tabur atas nasi tu... agaknya bila dah ramai sangat patient buat degil tak makan, depa invent cara nak bg patient makan. Kali ni nampak baik sikit... akak ikut peraturan. makan 3x 3biji setiap kali makan pun sanggup... sebab mudah dah aturkan....

      Delete
    2. alhamdulillah..
      skrng kena disiplin dgn kurangkan minum saja..kan..?


      -sara-

      Delete
  4. ermm..boleh buka farmasi sendiri nampaknya..boleh bekal kat kaw2..nasib baik i tak ada ubat cam ni..fuhh selamat..
    itu pun bekalan ubat i dah macam farmasi jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani...
      pasal 'farmasi' ni... macam2 dah teman org menggelarkan farmasi bergeraklah... ekekekekeke.....
      mike pun panggei teman farmasi???
      ekekekekeke....

      Delete
  5. pes taim dengo mkn obat kasi hancor dah tu tabor atas nasik...????..nk pitam rasanyer...ekekekee

    ReplyDelete
    Replies
    1. RAA...
      u nak pitam... akak ni lansung tak lalu nak makan....
      memang rasanya memelikkan makanan yg kiter makan...

      Delete
  6. Errrmmm...doc prescribe ubt ni kt sy.. farmasi bg tau.. mmg kne crush n tabur atas nasi.. huhuhu..xlalu nk mkn..pelik.. oo..ade ye yg capsul.. kne g bli ni.. kne mkn 3x sehari pulak tu..

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata