Wednesday, September 21, 2016

747 ~ Citer biasa jer....


Bahaya buat tajuk cenggitu.
Nanti citernya meloncat loncat...
Kalau tak chaya... Cer baca...


Gambar ni ada dlm album.
Dekat 20 kali decide nak buang..
Tp kenangan dengan kerang ni masih terasa2...

Akak trauma dengan kerang ni.
Bukan kena ketip kerang masa mandi laut..
Kena bersihkan kerang masa nak buat lauk.

Akak ada kakak sepupu yg mana rumahnya sering mak akak dan akak pi bertandang kerana arwah mertuanya ada kakak pada arwah emak akak.
(Susah nak faham???)
Baca pelan pelan...

Bila waktu memasak utk makan tengahari.. Akak dan anak dara beliau kena membantu menyediakan bahan-bahan utk dijadikan lauk.
Jika ternampak kErAnG ni... Hati akak jadi paling ronsing....(rasa macam bala nak menimpa)

Akak kena bantu bersihkan kulit kerang tu hingga jadi putih. Putih seputih putih ya... Berusnya adalah berus besi dawai... Bayangkan kalau terberus jari-jari akak yg waktu tu cantik lembut mulus..... Maunyer luka... Dahla luka... Bila kena air... Azab..... Bukan satu tempat... Boleh sampai dua tiga tempat luka kena berus dawai besi tu......

Kalau akak berkeras takmo buat, akak kesian pulak kat anak sepupu akak tu... Kami hampir sebaya... Itulaaaa kawan akak bermain segala macam yg teragak.. Teragak nak naik basikal keliling Kampong Selayang Baru hingga ke Kampong  Nakhoda... Dialah sedia temankan. Sempat singgah Batu Caves tgk tah apa apa tah.....

Jadinya Mahu atau Tak Mahu.... Capai berus... Buat jugalah kerja membersihkan kulit kerang. Berus sampai putih. Bila buat lauk, supnya jernih sahaja dan sedap dihirup.

Anak akak suka makan kerang rebus. Akak macam fobia nak beli kerang.. Walhalnya takda 'pemantau' pun yg nak memeriksa akak basuh kulit kerang.. Tapi entah.... Dah jadi tak suka nak beli dan masak. Walhal.. Kalau masak mmg sedap... 
Ketukkan serai
Koyak koyakkan daun kunyit
Hiris bawang merah
Letak Air
Simple tapi sedap


Okaylah
Nak ke kedai/pasar cari Kerang......

2 comments:

  1. Dulu saya suka sangat kerang rebus/bakar dan cicah dengan air asam. Tapi agak kurang kini kerana takutkan hepatitis! Tapi Kueh teow kerang tu makan jugak! Hahahahahahahaha.....

    ReplyDelete
  2. Betul tu Uncle
    Kway teow kerang mmg tetap menyelak2 kwayteow mencari kerang2nya..

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata