Saturday, August 01, 2015

779 ~ Status akak kini...



Khamis baru ni akak kena sesak nafas yg amat sangat.
Pukul 12tghmalam terjaga terus rasa sangat penat dan mencungap2.
Nak kejutkan suami mmg tak sampaj hati.

Berulang kali masuk tandas
Sesak makin terasa
Akak ambil wuduq terus buat solat
Entah macamana rasa lega pula
Dapat tidur sampai subuh

Lepas solat subuh rasa sesak semula
Akak mandi sebab sedia nak pi dialysis.
Tp rasa funny sangat2 dengan sesak nafasnya
Mmg terasa ajal dah sampai

Menangis2 salam suami.
Suami suruh bertenang.
Periksa jantung, oksigen, pulse dan suruh rehat.
Bgtau petugas dialysis akak datang lewat sedikit tak macam biasa.
Suami bgtau petugas cardio sedia dgn mesin ECO dan ECG di dialysis.

Tiba hospital, suami terus beli kerusi roda. Tinggal yg akhir sekali. Tak boleh pilih corak kerusi yg menarik.

Sampai di dialysis, petugas kardio dan nephro dah tiba.
Terus buat ECO dan ECG sebelum dialysis. Masa tu mmg masih mencungap2.

Petugas dialysis pasangkan oksigen.
Taklama lepas tu rasa sangat lega.

Balik tu suami belikan mesin oksigen portable yg boleh digunakan dalam kereta.



Balik rumah terus tinggal di bilik bawah. Diperintah tak boleh lagi naik bilik akak kat atas.

Makanya officially akak ni pesakit Jantung selepas pesakit Nephro.