Thursday, September 15, 2016

746 ~ Masih Mood Teringat...


Kali ini akak teringat satu hal lagi.
Agak 'gerooos' bak kata Ain.
Tapi akak melalui zaman ini.
Nak bercerita juga.

Arwah mak akak punya rumah sewa sebanyak 5 biji sewaktu akak membesar dulu.
Rumah sewa yang mempunyai bilik air dan tandas diluar rumah.

Bilik air berada betul-betul di belakang rumah sewa kami. Manakala tandas pula berada jauh sedikit dari rumah sewa.

Agak terbelakang dan terlindung.

Jika perlu menggunakannya pada waktu malam, memang agak menakutkan buat kami yang waktu itu masih anak2. Ibu kami harus menemankan kami. 

Arwah mak pula pernah bercerita tukang angkut **ji* bekerja waktu tengah malam dan awal  pagi. Sebuah lori besar akan berhenti di jalan besar manakala pekerja mengangkut **ji* masuk ke dalam kawasan rumah. Ianya satu kerja yang agak menjijikkan tetapi seseorang harus melakukannya. Jika tidak tentunya huruhara jadinya.

Tetapi kadang2 kisah tandas ini boleh dijadikan lawak pula.

Katakanlah ada orang tetiba datang mahu menyewa rumah. Orang itu bertanya pada salah orang. Orang tersebut akan mengatakan ada terdapat rumah sewa yang masih kosong. Bila diminta ditunjukkan rumah tersebut, orang yang nakal tersebut akan tunjukkan tandas tersebut.

Sesuatu yang agak mengejutkan akak ialah sewaktu akak berkunjung ke rumah sewa seorang pelajar kita di Adelaide, Australia... Terdapat tandas di luar rumah banglo yang mereka sewa. 


Ini lah rupanya tandas diluar rumah yang disewa oleh pelajar malaysia di Adelaide.

Manakala ini pula rupa tandas yang kita ada  sekitar tahun 60-70an dahulu...



8 comments:

  1. Saya pun kanak kanak zaman tandas angkut . Gelihati bila kenang kembali. ...macam2 terjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika nak dikesahkan cikgu..
      Mmg banyak lucunya...
      Salah satu..
      Dah sedap masuk tandas..
      Pandang bawah.. Tong takdak....
      Aiyoooooooooooo

      Delete
  2. Tandas seperti gambar di bawah itu masih ada di kampung kakcik... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya masih terdapat tandas begini tp kebanyakannya tuanrumah dah ada tandas moden....
      Incase... Emergency....

      Delete
  3. He he.. tahun 80 kat kg baru masih pakai tandas ni kan.. makchaq kat jln raja muda, dekat2 sekolah/stadium tu..
    Tandas kongsi beberapa rumah... kadang2 ada resa sikit2 sanggup jalan ke chow kit melabur kat supermarket..
    Segan nak ke rumah kecik sebab ada orang bujang kat tepi tu selalu bertebeng atas tangga isap rokok/main gitar..
    Klu hari kerja ok la.. boleh melabur kat ofis... he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebaik baca komen makchaq
      Terus saya confirmkan dgn makchaq..
      Berjiran rupanya kita....

      Delete
  4. Ditahun 70-an para petugas tersebut masih menjalankan pengumpulan najis dari satu rumah ke satu rumah di Penang. Saya dok nampak depa dok ronda kot Jelutong. Pakai topi labuh yang tutop muka. Waktu tu saya ikot arwah mama pi marrrket jelutong!

    ReplyDelete
  5. Maknanya tukang angkat ..jis kat jelutong kerja waktu siang...
    Kat kg baru.. Depa kerja tengah malam....
    (Mengelak dari jumpa orangramai dan tandas tidak sedang digunakan)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata