Friday, June 11, 2010

606~JJCM...



Sebaik habis dialysis, kami berkejar ke Masjid Mardi di Serdang Lama. Suami menunaikan solat jumaat dan akak menanti di dalam kereta. Hari ini kami lewat tiba di hospital kerana tiada terkejar-kejar nak hantar anak2 ke sekolah. Bila dapat berlenggang-lenggang kangkung sekali-sekala... rasa selesa sesangat. Bayangkan suami turut ke tempat kerja menghantar akak walaupun pada hari cuti umum ataupun cuti bertugas. Inilah masanya sekali sekala dapatlah suami berlenggang kangkung tidak tergesa-gesa seperti waktu-waktu sekolah.

Selesai solat, kami terus ke Cyberjaya. Hajat pertamanya nak makan tengahari di Saba Restaurant makanan arab. Tetapi sewaktu kami sampai di Saba Restaurant, restaurant masih belum dibuka dan terdapat ramai pelanggan yang sedang menanti. Lebihkurang 10 minit kemudian, datanglah taukeh dan pekerja restoran membuka pintu restoren dan mula mengatur kerusi dan meja.

Akak yang pada kebiasaannya sudah rasa terlalu lapar setiapkali selepas dialysis terus bersetuju apabila suami mencadangkan kami ke Restoren Ariana ( Masakan Iran ) di bangunan berdekatan. Melihatkan restoren Saba baru sangat dibuka, dan masa menunggu yang mungkin agak lama sebelum dapat menikmati makanan, akak pun bersetuju dengan saranan suami agar kami mencuba di Restoren Ariana.

Melihatkan pinggan-pinggan pelanggan yang menjamu selera di Ariana Restaurant, kiranya bolehlah. Nampak pilihan nasi beriyani yang disediakan, sungguh membuka selera.



Suami memilih beriyani yang bersama ayam kebab.


Akak memilih briyani udang dan ayam.


Sebaik memasukkan suapan yang pertama, hmmmmmmm.... tidak salah kami mencuba makanan di Restoren Ariana. Sedapppp... lainkali tidaklah kami susah hati jika sekiranya Restoren Saba tutup dan kami boleh menjamu selera di sini.

Pulang dari lunch, akak menemani suami di opisnya sehingga waktu habis pejabat. Suami terpaksa menghabiskan kerja-kerjanya dan akak merihat-rihatkan diri di kerusi panjang yang disediakan. Hmmm.... memang selesa. Perut dah kenyang... mata pun menjadi berat. Dapatlah pejamkan mata sebentar tanpa memikirkan yang lain-lain.

Gambar pasu dan dua pokok di 'dusun' akak.

Suami pula mengatakan mungkin pokok laici...
Kita tunggulah 2/3 bulan lagi...
buah apa sebenarnya...
akak dan kak som meneka buah pulasan...
si bangla (dah tak mau sebut namanya sebab ja suka kaitkan dgn nama akak...) pulak mengatakan longan....
Hmmmm..... apakah sebenarnya pokok ini......????????????



11 comments:

  1. DM... sedapnya lunch...adventurous ... berani mencuba. KZ orthodox sikit... kalau dh tau satu kedai tu... yg itu jugak diulang.. takut tak sedap nak cuba tempat baru.

    Dusun tu.. tak kisahlah... laici ke... pulasan ke.... longan ke... nnt dh berbuah jgn lupa beri tau kita org datang petik tolong makan kalau tak ter habis!

    ReplyDelete
  2. kak zah..
    saya memang asalnya memang tak suka mencuba.. tp bila suami rajin mengajak mencuba tempat baru, dalam 10kali cuba 8kali sedap.. saya jadi tak serik nak mencuba.. nasib2 jugak.. kalau yg sedap, kita seronok.. kena yg tak sedap.. hmmm tak datang lagi.
    Kali ini yg kami cuba memang sedap. Kak zah balik nanti, boleh kami bawa ke kedai ini... sure kak zah pun akan setuju...
    Betullah kak zah. Banyak betul tekaan mengenai pokok yg se'hektar' tu. Nanti bila dia berbuah, tentunya akan ada entry mengenainya dan kawan2 bolehlah turut merasakannya...

    ReplyDelete
  3. Alaaaa... kalu teka nama pokok tak pandai.. kalu teka buah, mungkin senangggg...:)

    ReplyDelete
  4. Azie....
    jomlah kita main teka-teki pokok...
    rasanya seronok juga sambil menanti dia berbuah, kita boleh meneka-neka....

    ReplyDelete
  5. amah...teman rasa tu buah longan/mata kucing..pokok pulasan na mungkin...
    nanti teman upload pic buat mata kuncing yg sedang berbuah lebat didusun teman..
    engko jangan dengki ekk...

    ReplyDelete
  6. bila makan sedap mst rasa puas hatikan...bolehlah dicanangkan pd kwn2..kt tmpat ida ada satu restoran Asam pedas namanya..hari khamis baru ni try lah asam pedas daging tetel..mak oi...sedapnya..mng puas hati...balik opis bgtahu kengkawan suh diaorg cuba lak...akak dtg sini bolehlah tyr..

    ReplyDelete
  7. yani...
    tunjuk pokok anggur pun teman tak dengki...

    ida...
    insya'allah..bila lapang2 nanti saya cuba daging tetel di tempat ida... nanti saya bgtau sebelum kesana.

    ReplyDelete
  8. pokok munge melur tanam tepi pagar....
    heheheeheee....

    ReplyDelete
  9. nak sambung....
    itik bertelur...
    ayam menetas....

    ReplyDelete
  10. Akak, jgnlah segan2.. sebut je lah nama Mujibur Rahmahn tu.. ekekek...

    Akak jgn heran kalau tetiba keluaq buah petai kat pokok yg disangka pulasan longan tu..

    ReplyDelete
  11. sya...
    banyaklah tanam bunge melur...
    (tanam bunga kertas pun asyik mati jer...)

    Doktor...
    akak sambung...
    cik baba jatuh dalam parit..
    cik aminah ketawa jerit..jerit...

    ja...
    memang akak takkan heran kalau akak membeli dari dari mujibur rahman tu.... (akak tak seganlah... seronok lagi...)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata