Thursday, April 10, 2014

6278 ~ Terkenang semasa dulu..




Aisyah sangat suka makan maruku yang halus dan bercampur kacang ni. Memang selalu belikan untuk dia.
Sekarang kita dah tak jumpa penjual maruku berbasikal.

Terkenang pula akak pada seorang penjual maruku waktu sekolah dulu. Dia berniaga depan sekolah akak. Sejak akak sekolah rendah di Sek Ren Jalan Raja Muda... Akak dah beli maruku darinya. Kemudian akak sekolah menengah di Sej Men Kg Baru... Dia menjual depan sekolah menengah pula. Baru terpikir saat ni.... ' dia ikut aku ke?' Sorrylaaaa uncle.. Lama baru faham.

Uncle ni selalu berbaju kemeja bersih dan kemas bergosok. Then pakai kain sarung warna putih yg biasa lelaki india pakai. Sebab dia kayuh basikal, kain tu dia angkat  separuh paras lutut dan ikat di pinggang.
Rambut dan misainya putih...
Senyum meleret jer menanti budak sekolah berhenti depannya dan beli.

Basikal jenis basikal besar yang lama tu.
Belakang tempat duduk ada satu kotak kayu besar dan siap partition. Satu tempat kacang, satu tempat maruku dan tiap satu tempat segala macam jenis maruku....

Yang paling akak ingat tiap kali akak sampai... Dia pandang senyum dan sebut ... ' itu budak benggali sudah datang'
Siapa yang ada di situ akan dengar kata2 uncle itu.

Mula2 akak marah juga.
Akak pegang kotak isi maruku, akak goyang2kan basikal dia. Taklaa jatuh kotak tu... Sekadar gertak jer..

' apa sal u suka panggil saya anak benggali? Saya anak melayu laaaaa '

Then uncle jawap
' anak benggali laaa suka kasi goyang basikal saya'

jawap lagi..
' eleh.. Kalau u tak panggil benggali saya tak goyang ini basikal '

Konon gaduh2...
Akak ambil setiap satu maruku dan makan.... 

Uncle senyum jer.

Mmg masih ingat jelas wajahnya....

Suka2 jer gurau2....

Tuesday, April 08, 2014

627 ~ Termasuk dalam jadual catuan rupanya....




Sejak hari ahad lepas, kawasan rumah kami termasuk dalam plan catuan air setelah beberapa lama tidak dicatu. 

Walaupun ada menyediakan air tadahan tapi rasanya masih tidaklaa mencukupi. Perlu ditambahkan tong lagi rasanya...

Bila tiada air, makanya tukang masak tak perlu masak... 

Boss awal2 dah bagi idea untuk keluar makan malam di luar. Seronoklaaaa rasanya.


Kami pergi ke satu kawasan baru di cyberjaya. Nampak mmg menarik dengan berbagai2 restoren dab kedai2...
Cari punya cari kami memilih untuk mencuba makanan disini.


Warna dan tulisan sign board ni terus mengingatkan akak kartun kegemaran anak akak Ain iaitu Lilo & Stitch.. Ala-ala Hawaiian... Menarik hiasan deconya..


Antara hidangan yg ada di sini...

Kami memilih yang ini...







Portionnya banyak juga sehinggakan kami terpaksa membungkus satu hidangan kerana kekenyangan.

Verdict:

Rasa makanannya agak kemasinan...
Sedap bila makan daging BBQ dengan nasi. Ada rasa cara marinate daging, ayam dan ribs seakan2 di seoul garden. 
Cuba sekali dan rasanya taklah akan datang lagi.....



Ucapan " terima kaseh... abah " tetap berkumandang sebaik kesemuannya masuk ke dalam kereta. Malam ni ada termasuk " terima kaseh abah dan ibu...."
Heh heh heh......

Monday, April 07, 2014

626 ~ Kerana ini gadai puasaku...


Semalam hari ahad. Selalunya hari ahad samada berada di Melaka atau suami keluar daerah. Kebetulan pula dua2nya tidak maka akak mencadangkan kami brunch di Dubu-dubu, Mid Valley...

Boss dan rakyat dirumah sangatla bersetuju...
Sanggup bangun awal sbb nak siap ke Mid Valley yg terkenal dgn payah nak parkingnya....

Seawal pukul 1030pg dah tiba di parking Mid Valley. Memang penuh parking yg berdekatan Centre Court.... Cari bahagian North Court... Alhamdulillah.. Ada.

Datang awal tidaklah sesak sangat hingga kena beratur waktu nak masuk Dubu-dubu.







Akak teringin sangat nak makan Beef Bibimbap .. Tempuhari pesan pada Qeeb yg ke sini bersama sahabatnya, kata pelayan  situ, tak boleh 'tapau' sbb Bibimbap di hidangkan dlm mangkuk panas nanti kuatir rasanya terjejas jija di tapau....


Pilihan Qeeb..
Rice Cake
Sewaktu di Korea mmg ada dijual di kiosk tepi jln tp diragui Halalnya...
Hanya di sini makan puas-puas.


Dol Sot Beef
Supnya mmg ummpppphhh
Ada tauhu lembut..


Aisyah pun enjoy makan guna chopstick....


Licin mangkuk panas akak.
Suami pun tak larat nak habiskan. 
Aisyah kena kongsi dgn Ain sbb portionnya besar...


Mmg terbaeklaaa.


Seperti biasa
Sebaik masuk kereta
Aisyah akan bg Que...
" And One .... And two .... And three
Ramai2 akan menjerit
" terimmmmma kaaaaaaseh Abah......"

Thursday, April 03, 2014

625 ~ Blood Loss


Malam selasa baru ni, Aisyah terlepaskan jug sewaktu mengambil air minuman dari fridge. Jug kaca yg penuh dan berat.. Tangan pula belum basuh sebab masih makan nasi..... Apalagi berderailaa kaca sebaik terhempas ke kaki... Banyaklaaa kaca2 halus yg melukakan kakinya...
Kami semuanya sedang solat bergegas turun... Melihatkan keadaan kaca yang bertaburan dan kakinya yang luka memang rasa amat kasihan dan belas. Aisyah terus meraung kesakitan.

Mujurlaaa waktu ini abahnya ada dirumah. Memang panik melihatkan kaki yang luka dan kaca yg masih melekat di kaki. Abahnya dan qeeb bawa Aisyah ke meja makan, dudukkan dia... Terus buang kaca satu persatu yang mencucuk kaki dan tapak kaki Aisyah...

Kerja2 dibuat dgn sangat teliti sebab jika disapu dengan tisu akan mengakibatkan kakinya lebih cedera. Satu persatu kaca dicabut dari kakinya.

Proses membersihkan kakinya dengan berhati2 memakan masa juga. Kesian dan belas melihat Aisyah meraung kesakitan.

Alhamdulillah. Kecederaannya walau beberapa tempat tapi tidaklaa sehingga perlu dibawa ke hospital. Cukup sekadar di berikan ubat dan di tutup dgn plaster.
Alhamdulillah.

Nak citernya..

Akak selalu pantau BP akak dan sewaktu akak menggunakan BP set, Aisyah selalu minta akak ambil BPnya sekali. Tetiba petang semalam Aisyah minta akak periksakan BPnya.

Aisyah : Ibu.. Saya nak check
BLOOD LOSS saya... Semalam saya luka..  Saya nak tau berapa BLOOD LOSS saya...

Ibu : ekkekekeekekeke...blood loss...macam kemalangan besar pulak....



Alat ini jer pun Aisyah...


Tuesday, April 01, 2014

624 ~ Sesedap mulut jer


Hari ahad lepas kami sekeluarga tak kemana-mana.
Hari jumaat malam sabtu dah balik melaka jumpa kakak. Sabtu bawa kakak menonton Captain Amerika... Jadual menonton sekarang dah bertukar di Melaka. Kalau dulu menonton di Mid Valley dan Alamanda sahaja... Sebab kakak dah jauh dari kami (sob sob sob) masih sedeh ni.... Kami bertukar pula menonton di Dataran Pahlawan. Taklama lagi memang kenallah floor plan Dataran Pahlawan pula...

Citer hari ahad..
Akak puasa. Ingatnya nak buat nasi lemak untuk berbuka. Maka perlulah sehelai dua daun pandan..

Akak minta anak dara nombor
3 naik ke kebun (kebun akak special dik...- cakap style org melaka.... Akak adik jer.....) kebun akak atas bukit.... Sebab tu guna ayat 'naik atas'... Kot2 laaa adik2 tertanya2...
Dalam pada dia mengambil sehelai dua daun pandan akak nampak semak sangat atas tu dengan pokok ubinya dan pokok bunga kantan..... Jadinya akak
minta Ain patah2kan batang pokok ubi dan potong batang bunga kantan kasi kemas dan bersih kebun tu...

Tetiba Qeeb bg cadangan agar Ain cabut isi ubi tu.. 



Banyak juga tu....
Qeeb bagi arahan lagi.. Suruh Ain cabut yang lain... Dapat yg ini pula...



Akhirnya asal nak mengambil daun pandan sehelai dua dah jadi upacara menggali ubi...



Selambak jugalaaa dapat.

Rezeki...

Abahnya dan Qeeb suges rebus dan buat sambal ikan sepat masin.... 
Alhamdulillah......
Selamat dah masuk perut.
Ubi banyak lagi...
Ada yg suges buat ubi ketuk, tapai ubi.. Kerepek ubi...
Bergantung pada tahap kerajinan ya....
Kalau rajin semua dapat.....

Tapi paling buat akak ketawa besar sewaktu beli barang di Jaya Groceries..
Ternampak ada di jual ubi kayu..
Cepat jer akak komen
" Kat rumah kita pun ada banyak ubi kayu kan? Kita cabut semalam"...
Qeeb cepat2 betulkan ayat..
" Kita? Ibu?......"
Akak terus faham maksudnya dan ketawa tak henti...
Cakap dan mengaku mmg mudah......
Kan?

Friday, March 28, 2014

623 - Banyaknya kisah nak di kesahkan...





Lama akak tak buat entry.
Macam2 yg berlaku dalam 20hari ni.
20 hari 3 minggu tu.

Minggu pertama.. Anak sulong masuk kolej. Habis semua jadual berubah. Yg dahulunya dia banyak membantu akak menjaga adik bongsunya.. Sekarang dah tiada lagi. Demi masa depannya akak terpaksa bagi laluan. Bukannya jauh pun... Sebab tinggal dengan atuknya.. Atuknya siap carikan pemandu khas untuk hantar dan ambil kakak ke kolej... Manja atuk tu.

Minggu kedua pula.. Dah bizi. Jadual tungganglanggang... Aisyah 2x ikut akak ke dialysis... Seronok sungguh Muiz.





Pastu minggu ketiga bizi dgn keputusan SPM. Alhamdulillah.. Syukur kepada ALLAH.

Pastu sejak kakak zahrah di melaka, kami boleh dikatakan tiap2 minggu akan balik melaka. Org yg tak biasa berenggang dgn anak daranya..
Malam mula2 berpisah dan bertemu, abahnya sampai ajak kami anak beranak tidur sekali di ruang tamu rumah abah. Bentang tilam besar 2.. Akhirnya abahnya tidur di sofa...

Malam ni nak balik lagi....
Anak dah duduk jauh.. Itu belum yg nombor dua pula berpisah.. Mau meraung ibunya siang dan malam....

Ibunya doakan biarlaaa qeeb dapat UPM sahaja. Takyah pi jauh2... Cukup laaa UPM. Mudah nak jumpa. Kalau internship pun kat hospital Serdang... Aamiin.. Ya Rabbal Alamin...

Saturday, March 08, 2014

622 ~ Ada pula begini... Baru akak tahu....



Pagi ni akak dan suami pergi menghantar kereta utk di servis. Puas memikirkan mana nak sarapan sambil menanti kereta siap di servis. Sana tidak.. Sini pun tidak.. Lelama kami ke sini....



Mudah nampak dari highway Silk ke tol anak bukit kajang...  Menarik jer menunya...

Masuk2 nampak mamat ni tebar roti canai.. Ambil roti canai.. Nampak pulak ada  pelanggan order tosei.. Ambil tose... Nampak kat sign board ada rojak penang.. Oder juga satu....

Sedang makan roti canai.. Terasa sedap sangat.. Garing dan nipis.... Dalam hati puji mamak tukang buat roti canai tu...

Makan tosei.. Sedap jugak...

Makan rojak penang.. Okay. Cuma kuah kureng pedas dan takdak sutun.. Foul rasanya rojak mamak tanpa sutun....

Tetiba nampak lori ni tiba.
Tunggu sampai dikeluarkan khazanah dari isi perut lori satu tan tu...

Ooooooooooooooo
Ada pembekal bebola roti
Canai rupanya
Baru ku tahu.........





Apapun puji juga roti dan kari dan dhal yg dihidangkan bersama roti. Berasaaaa....

Lainkali dah jumpa kedai yg tose dan roti canai sedappppp...

Pasal makan....
Sanggup...