Saturday, October 22, 2016

752 ~ Kita satu keluarga.........

Akak dah hampir 10 tahun menoreh kat Unit Dialysis Hospital Serdang. Rakan sebelah akak dah bertukar ganti. Rakan depan kiri kanan... Hujung sana... Belah sana.. Belah sini... Ada yg masih ada dan ada yang dah pergi.

Kami masih begini.
Ada yang ramah tamah bantu membantu sesama kami dan ada yang sebaliknya.
Petugas pun begitu. Ada yang masih ada dan ada yang dah bertukar unit sebab kenaikan pangkat.


Nak cerita mengenai uncle ni.

Beliau bekas pesakit kanser usus dan kabarnya dah bebas kanser. Menemani isterinya yang menoreh sama shift dab hari dengan akak.

Tiap2 pagi uncle datang awal ambilkan buku rekod akak dan ada masanya uncle pasangkan mesin akak. Selalu menyapa akak dan kawan2 yang lain dengan senyum. Rajin membantu pesakit2 yang lain. Tolong ambilkan ubat... Belikan makanan dan lain-lain.

Semuga ALLAH berikan hidayah buat uncle ini atas segala kebaikan yang beliau tunjukkan. 

Kami dah bagai satu keluarga besar. Saling bertanya kabar, bantu membantu sesama kami. Bayangkanlah jika kami lebih kerap bertemu daripada adik beradik kami yang lain.... Tentunya perasaan ambil berat tertanam dalam hati kami.

ALHAMDULILLAH...

Thursday, October 13, 2016

751 ~ Andai begini dahulu...


Tetiba terkenang waktu kecil dahulu..
Arwah mak minta bantuan bersihkan taugeh.. 
Nak meraung rasanya...
Tetiba terasa dalam dunia ni akak sorang jer kena dera bersihkan taugeh..
Kanak2 lain senang lenang bermain dengan teman-teman mereka.
Terasa akaklah yang paling malang dalam donia ini apabila kena bersihkan taugeh.

Nak mengelak memang tak boleh.
Mahu atau tak mahu tetap kena bersihkan jugak.

Makanya dengan hati yang amat berat.. Akak buat juga.

Bila dah siap arwah mak akan selalu terkejut...
Taugeh yang dibelinya setengah kilo akhirnya hanya tinggal beberapa ratus gram.
Bila ditanya, akak akan jawap..
' Alaaaa .. Mak beli taugeh banyak tak elok.. Terpaksa buang... Tinggal banyak tu jer..'
Mahu tak mahu arwah mak terpaksa menerima alasan yang tak masuk akal sebab masa dia beli tadi mmg sudah pasti taugeh tersebut cantik putih dan segar.


Petang td..
Dengan hati yang lapang dan gumbira akak melakukannya tanpa dipaksa dan disuruh sesiapa. Malah akak tak kerahkan askar akak membantu.
Sambil akak membersihkan taugeh tersebut.. Akak mengenang kembali kenangan waktu kecil dahulu..
Andai akak berlapang dada membersihkan taugeh.. Tentu arwah mak seorang ibu yang paling bahagia dalam donia....

Rindu arwah mak..
Al - Fatihah mak......

Sunday, October 09, 2016

750 ~ Walau payah tetap bertemu

8hb Oktober 2016
Ampang Bowl

Akak patutnya masuk perlawanan persahabatan geng sekolah. Tapi kaki dan tangan tidak begitu bekerjasama. Akak tarik diri sebelum hari pertandingan.

Tp akak tetap datang utk bertemu cikgu dan kenkawan dan juniors yang amat dekat dihati.



Puan Suhaibah yang paling sporting.
Katanya waktu kami form 5, usia beliau baru 28tahun. Makanya sekarang kami bagai rakan sebaya.


Masa sekolah tak tahupun Radziah sama birth date. Kalau tidak, mmg gamat...


Nisha Nani menggantikan akak dalam kumpulan teratai.


Ketua Pelajar (baju hitam) tahun 1981 yang amat popular dan sangat disenangi... Masih anggun hingga sekarang.

Kawan sejak sekolah rendah.


Cikgu Aida yang masih anggun dan tak pernah berubah wajahnya. Masih mudah dikenali.


Selesai mengebol kami mengeteh dengan Rasilah yg tak dapat join waktu awal2 td.

Pergi ke kedai membeli lilin
Singgah ke bazar membeli jamu
Demi persahabatan puluhan tahun terjalin
Terdencot dencot masih bertemu..

Demi kasih yang pernah tersimpul..
Ku gagahi jua....


Sunday, October 02, 2016

749 ~ Makanan Halal di Beijing...


Sangat mudah untuk mencari makanan halal di Beijing. Dalam deretan kedai kedai akan terselit di situ restoren makanan halal. الحمد لله شکور.

 Hari pertama tiba dah nampak restoren ini di belakang hotel penginapan kami.


Antara lauk yang kami pesan..


Lamb goreng dengan daun bawang




Malamnya kami keluar di restoren ini pula








Buah buahan sangat mudah di dapati juga. 






Dan di Airport juga terdapat restoren makanan halal. Tapi olehkerana kami tiba lewat di Airport, restoren tersebut dah tutup.




Sambil menunggu pesawat kami masuk ke business lounge untuk berehat...hanya berani menyentuh ini. Sebagai lapik perut..



Jadilah..
Balik malaysia.. Qadha dengan Nadi lemak kak sham.....