Saturday, August 20, 2016

743 ~ Bezanya Ibu dan Anak

Sekitar tahun 70-an

Emak : Nanti emak nak masak sambal ikan bilis dengan goreng taugeh. Nanti tolong emak kopek ikan bilis ya.

Sebaik buka bungkusan ikan bilis.
Macam nak menangis anaknya melihat ikan bilis yang beribu2 ekor tu.
Dan beribu2 ekor... Kecik kecik halus pulak tu.

Anak : Mak... asal mak beli ikan bilis kecik-kecik? Susah nak kopek....
Orang susah nak pilih kopek.

Sekarang

Ibu : Kakak, Ain dan Aisyah..
Tolong ibu kopek ikan bilis...

Semua turun dan menurut perintah.
Senyap jer. Lansung tak protes.

ALHAMDULILLAH.


Akak dahlama membeli ikan bilis dah siap kopek. Tapi kali ini rasanya harga ikan bilis dah kopek terlalu 'tak munasabah' harganya.


Ikan bilis mata biru yang dah siap kopek sekarang harganya rm100.00.
Seingat akak mula2 akak membeli ikan bilis dah siap kopek hanyalah sekitar rm35.00. Kemudian awal tahun ni naik dari rm58.00 kepada rm68.00 (di pasar Bandar Baru Bangi).
Tetiba baru2 ini sahabat akak pergi ke Lumut dan beli ikan bilis dah kopek harganya dah naik sehingga rm100.00 sekilo.

Jadinya akak beli ikan bilis tak berkopek. 
Akak panggil semua anak2 akak membantu. Alhamdulillah. Setakat akak menaip entri ini dah dapat setengah kilo...

Maknanya selepas ini akak dah tak perlu beli ikan bilis yang dah berkopek. Pekerja tetap dah ada menanti kerja mengopek ikan bilis.

Seronok juga bula kami berempat mengopek ikan bilis ramai-ramai. Akak ajarkan semasa mengopek boleh jadikan ianya kerja yang amat menguntungkan dengan sambil mengopek boleh berzikir.
Ikan bilis dapat makan..
Pahala menanti di sana....
Alhamdulillah.



Monday, August 15, 2016

742 ~ Keletah anak-anak


Jarak umur 6 tahun antara Ain dan Aisyah membuatkan hubungan mereka amat rapat dan akrab. Aisyah amat menyayangi kakak Ainnya. Aisyah sangat menghormati kakak Ainnya. Tidak seperti adik2 lain yangmana jarak usia setahun dua.

Ada ketikanya terasa lucu melihatkan kerenah mereka.

Antaranya.

Aisyah : Ain, nanti minta sikit air Pepsi u.

Ain : Jangan ambil banyak ya Aisyah.
Jika u ambil banyak, i terpaksa Sip (sedut) darah u untuk dapatkan semula i pepsi i....

Selamba jer bunyinya tapi sangat kelakar.




Tuesday, August 09, 2016

BANTUAN DIPOHON


Akak lama jugak tak berblog.
Sekarang dtg mood kerajinan nak berblog.
Tp masalah betul bila nak jawap komen tak mudah pula nak dapat publish.
Kadang2 dah berjela2 akak balas komen.. Bila nak publish... Kena tekan berpuluh kali.... Akhirnya terpadam pula...
Dimana silapnya.
Jika ada sesiapa sahabat boleh bgtau bagaimana nak setting yg baru.

Bukan Akak tak menjawap komen tapi itulaaaa tak mudah pula nak masuk ruangan komen dan jawap komen. Even nak jawap kat blog sahabat lain pun tak mudah. Rasa macam tak bestlah pulak.... Ini yg jadi mood nak buat entry terencat sikit.

Tolong ya ajarkan.
Walau bukan buah cempedak luar pagar tapi nangka dalam pagar

Buah nangka dalam pagar
Ambil tangga tolong petikkan
Akak org tua sedang belajar
Teknik baru bidang kemahiran

Monday, August 08, 2016

741 ~ Birthday Dak Korea


Qeeb menyambut hari lahir yang ke 20 pada 3hb Ogos. Permintaan khas dari Qeeb tentulah makanan Korea. ( iyer... Masih sangat2 sukakan Makanan Korea.. Penyanyi dan pelakon Korea.. Drama Korea.... Harapnya menantu bukan menantu Korea...)

Pilihan restorennya ialah


Nak menyebut pun tak pandai..
Tp maknanya Picnic.
Di IOI Mall.


Sebenarnya akak lebihnya nak cerita ttg penyediaan makanannya. Ada satu makanan ni, diletakkan dalam tin seakan tin biskut mahal. Macam gambar kat atas tu...
Kan ada penutup bawah hidangan tu.
Cara nak makannya..
Gaulkan daging dan telor dan nasi tu.
Kemudian ambil penutup tin, tutup tin tersebut... Kemudian tekan penutup dapat2...
Kemudian... Ini yg paling ohsem...
Goncang2 kan tin tersebut.
Mmg betul2 punya goncang seolah nak bagi semua makanan dalam tu bercampur semua.....

Kemudian dah selesai buka penutup dan bolehlah makan.


Tuanpunya restoren mmg orang Korea.
Makanya Qeeb bertutur dengan beliau menggunakan bahasa Korea. Maka abah dan ibu Qeeb pun kejap2 tertanya2.. Apa yg tuanpunya restoren tanya dan apa yg dibualkan. Kadang2 terasa juga rugi kerana tak mempelajari bahasa asing.
Alangkan akak ni Minang pun tahu nak berbahasa dan bertutur dengan dialek Minangkabau.


Alhamdulillah.

Seorang lahir di Kuala Lumpur.
Seorang lahir di Pulau Pinang.
Dua orang lagi lahir di Melaka.
Semuga semuanya menjadi anak anak yang Solehah dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Friday, August 05, 2016

740 ~ Belum habis beraya.....


Khamis baru ni akak ada temujanji dengan sahabat yang tinggal di Paroi, Ampangan, Ng Sembilan.

Bersama seorang lagi sahabat kami keluar awal pagi. Hajatnya nak bersarapan di suatu restoren yang cantik hiasannya.


Menariknya bunga unggu ini. Suka sangat melihatnya.



Mee Kari Udang yang sangatlah superb... Udang goreng tepungnya sangatlah lembut dan sedap. 




Heheheheheh
Sempat beli baju terus pakai jugak tu....


Makan tengahari kami menjamu selera di Leha World. Lauknya yang sangat banyak jenis dari depan kedai hingga ke belakang kedai. Sampai tak tahu nak pilih makan apa.


Datang lagi 3 orang sahabat menyertai kami.


Lepas lunch kami dijamu durian pula.
Durian kampong yang sangat sedap.


Sesekali bertemu sahabat ramai2 begitu mmg sangatlah menghiburkan. 

🌾الحمدلله ... شکور🌾

Tuesday, August 02, 2016

739 ~ Beraya Sakan...

Hari ahad baru ni suami ajak bersiap ke Kuala Selangor.

Semua siap maka bertolak lah kami semua. Sarapan pun dalam kereta.

Ikut jalan Duta kemudian ke Latar.
Then masuk Kuala Selangor.

Beraya dengan Unta dan Llama.



Unta jelita..
Lihat bulu matanya yg lentik..


Llama pula.
Sewaktu di Adelaide.. Akak pernah nampak Llama dalam kandang. Tapi tak minat nak bergambar.
Ini puas bergambar.


Aisyah dan Qeeb dapat memegang Llama.


Hahahahahahaha
Tinggi Ain dari Llama.....

Sesekali keluar daerah mmg seronok.
Dah terlanjor kesana, kami sempat ke Tanjong  Karang. Sarapan Soto dan Pecal. Kemudian pekena Cendol Durian.

Nanti nak tengok kelip2 di Kampong Kuantan....
( Raya tahun depan kot)