Tetiba satu pertanyaan keluar kat wall Fb akak. Yang menanya tu kawan karib sejak tingkatan 4 dan 5. Dua tahun kami duduk bersama. Gaduh baik semula tu biasalah... Waktu gaduh meja tu kami renggangkan sikit. Bila baik rapatkan semula.....
Ekekekekekek
Mmg kenangan manis bila diingat semula.
Kami berdua geng depan.
Duduk meja paling hadapan. Bukan sebab tak nampak papan hitam kena duduk depan, tapi mmg cari nak duduk depan. Bukan sebab geng belajar jugak... Akak ni mmg antara yang menakal dalam kelas. Kalau tak buat homework akak suka merayau waktu pelajaran tersebut. Selalu jadi mangsa ialah matapelajaran Mathematik.
Namun begitu, tak lupa akak nak ucapkan ribuan terima kaseh buat junior akak Rafiah yang selalu meneman akak mengajar akak mathematik selepas waktu tamat sekolah. Mungkin cara dia ajar lebih berkesan dari cara cikgu ajar, makanya akak lebih suka belajar dengan beliau. Beliau rajin pula meneman akak balik lambat utk bagi tutorial mathematik. Akak kenang itu... Sis.
Pagi ni akak perasan akak termasuk kategori mana waktu sekolah dahulu.
Akak adalah yang ber No 9, 8, 6, 4 dan 2.
Kalau merayau tu akak rajin keluar kelas waktu belajar. Akak sebagai Ketua PBSM rajin pergi sickbay lihat student yg tak sihat dan bg laporan pada guru. Pernah student yang kena gastrik kami kena hantar ke Kecemasan Hospital Kuala Lumpur. Dengan senang hati akak menemankan cikgu uruskan student yang sakit.
Bahagian membuli tu, akak sebenarnya kurang sedar tapi setelah bertemu semula rakan sekelas, beliau mengatakan akak mmg suka membuli beliau. Antaranya... Akak suka pergi sekolah dengan beg yang kecil dan sedikit buku. Maknanya buku teks memanglah akan akak tinggalkan. Akak hanya bawa buku rampaian.
Tapi waktu belajar, akak akan menumpang baca buku kawan sebelah tapi.... Akak buat macam hak sendiri. Buku tersebut terletak di atas meja akak dan beliau pula kena tumpang baca. Ekekekekekekekek
Nak katakan pembising dalam kelas...
Akak bising bukan sendirian...
Bila kawan mula buka cerita lawak.. Akak sampuk... Barulah bising... Sensorang akak tak bising pun... Ahaks.
Part budak Hot...
Akak selalu dapat perhatian dari yang tua dan yang muda.
Biasalah sekolah2 waktu zaman akak dulu...
Kakak angkat dan adik angkat tu.. Biasa sangatlah....
Bila masuk tahun baru, banyak dapat permintaan nak jadi adik angkat dan kakak angkat. Tapi paling top nak jadi adik angkat. Nak tahu hot tak hotnya bila waktu harijadi. Sebelum akak sampai krlas, bawah meja dah ada berbagai-bagai kad ucapan dan hadiah. Ada yg sempat beli bunga... Memang hot masa tu...
Hrmmmm yani...
Bila jawap kuiz2 kat Fb.. Memang mengimbau zaman sekolah. Banyak kenangan manis.
Thank you laling Yani....
Part saya saya paling suka tu bila bergaduh, meja renggangkan sikit...hahahahahahahaha.....ada...ada...
ReplyDeleteHeheheheehhe
DeleteNak lari, mana nak lari?
Semua kawan ada partner masing2.. Takkan nak dok sensorang kat belakang sekali...
Jawapnya.. Renggangkan jer meja tu....