Hanya beberapa tahun kebelakangan ini akak tersedar bahawa akak lahir di Hospital ini.
Selalu lalu lalang depan hospital ni tp tak perasan di sinilah tempat lahir akak.
Nak tau kenapa jadi begitu?
Di surat beranak tercatat lahir di tempat lain. Asalnya sebab datuk akak berikan akak kepada seorang saudaranya di Ng Sembilan. Arwah makcik dan pakcik di sana mendaftar kelahiran akak di Ng Sembilan. Tak pasal2 akak jadi orang Ng Sembilan.
Tapi...
Seorang mak saudara yg lain pula mengambil akak dan membesarkan akak. Di bawanya ke Kg Baru, Kuala Lumpur. Dibesarkan dan disekolahkan di Kuala Lumpur.
Makanya terlupa bahawa Hospital Kajang adalah tempat kelahiran.
Dah hampir 10 tahun tinggal di Bandar Baru Bangi. Berdekatan dengan Hospital Kajang. Siapa sangka... Kan?
Kita tahu dimana tempat lahir kita
Tetapi......
Kita tidak akan tahu tempat berakhir hayat kita.
Setiap yang bernyawa pasti akan mati, tapi di mana dan bila, rahsiaNya juga...
ReplyDeleteKakcik tak tahu di mana tempat lahir kakcik - sama ada di rumah atau hospital, tapi hati kakcik kuat mengatakan kakcik lahir di rumah. :)
Alhamdulillah
DeleteMesti seronok dapat mengingati dimana tempat lahir.
ye tak ye jugak....saya lahir di kelantan tapi tak pasti kat mana....ikutkan pengkalan chepa...hahahahaha....thanks for this entry. At least saya mula curious dan ingin mencari!
ReplyDeleteUncle
DeleteDalam surat beranak mesti ada tulis lahir katmana.. Atau kes uncle sama kes akak. Lahir dan daftar tempat berbeza...
dil plak yag sayu makcik...yg last part tu..ajal maut di tgn Allah...Dia yang tau segalanya..
ReplyDeleteBenar Dil
DeleteHanya ALLAH mengetahui dimana berakhir hayat kita.
Doa makcik agar diberikan penyudah yang baik dan disempurnakan dengan sempurna.