Wednesday, July 29, 2015

778 ~ Kisah penyewa bilik.


Meh akak cerita ttg kisah akak masa kecil sekitar tahun 70an.

Rumah akak di Kg Baru, Kuala Lumpur. Jika dulu nama jalan besar depan rumah akak ialah Jalan Raja Muda.

Jalan ini menghubungkan antara chow kita dan jalan gurney. Bas utama ke Kg Datuk Keramat memang akan lalu depan rumah akak untuk ke Klang Bus Station ataupun Chow Kit.

Rumah akak betul2 depan dengan Sek Ren Jalan Raja Muda. Dahulunya ianya Princess Road School dan Maktab Perguruan... ( nanti akak pelan2 ingatkan nama Maktab Perguruan ini ).

Jalan ini juga yang digunakan untuk perarakan Kecil2. Akak lupa sempena apa tapi kerap juga perarakan di adakan dan melalui Jalan Raja Muda ini. Rasa untung  sangat bila tiba hari perarakan kerana ianya depan rumah akak dan penonton2 yg datang dari Jalan Watson, Jalan Hamzah, Jalan Raja Uda... Berkumpul tepi jalan depan rumah akak.

Tapi bila berlaku kemalangan jalan raya depan rumah akak... Akak orang yang pertama sekali tiba tapi sebabkan takut melihat darah... Akak menanti org dah ramai baru akak menyebok sama. Akak lemah semangat kalau tengok darah banyak2... Takut pitam. Kalau akak pi dekat pun, akak akan intai dari celah2.

Perhentian bas juga berdekatan dengn rumah akak. Jadinya rumah akak ni kiranya jadi tempat yg paling strategik untuk  penyewa2 yg ingin menyewa.
Kadang2 sebab mereka tak mampu hendak menyewa sebuah rumah, mereka akan menyewa bilik di rumah akak. 
Arwah mak dilihat sebagai pelaris bagi ibu bapa yg dari kampung tumpang menyewa di rumah akak.

Kebetulan kami punya dua bilik kosong yg agak besar, maka sering sahaja ada  org yg hendak menumpangkan anak mereka.

Mula2 mmg akak tak faham kenapa ada org yg datang kerumah tapi tinggal lama sangat tak balik2... Walhalnya kami mmg tiada pertalian saudara... Lama2 baru akak faham yakni mereka ini datang menyewa.

Yang akak masih ingat ialah:-

Mereka ini ada yang terdiri dari ibu tunggal. Bawa anak kecil duduk sekali dengan kami.
Ada juga isteri yg suaminya kerja drebar teksi.. Sesekali suaminya balik... 
Ada juga ibu dan anak gadisnya yg dah bekerja. Apabila mereka punya rezeki lebih, mereka pindah menyewa sebuah rumah.
Ada yang memang mencari bilik untuk si sewa kerana mereka pelajar maktab perguruan depan rumah akak tu. Sekali sekala ibubapa mereka datang menjenguk dan berkenalan dgn arwah mak.
Ada yg datang dari Kuala Kangsar.. Bidor.. Perlis... Kedah.. Langkawi.. Ng Sembilan ... Kelantan... Johor.

Arwah mak selalu cuba menolak mereka yg ingin menyewa tapi mereka atau ibu bapa mereka merayu demi keselamatan anak mereka. Mereka rasa keselamatan anak mereka terjamin kerana adanya seorg tua mengawasi anak mereka. Bukan senang2 mereka boleh balik lewat kerana pintu rumah akak jenis 'kunci selak' dari dalam. Hanya apabila betul2 tiada rumah kami akan menggunakan mangga. Tapi jarang sangat rumah kami tiada orang kerana arwah mak ada adik perempuan yg tinggal bersama kami dan beliau tidak gemar meninggalkan rumah. Keluar jika terpaksa seperti ada kematian saudara mara...

Ada yang tinggal sehingga mereka berkahwin. Akak teringat arwah kak mastura yg mengetahui rumah kami apabila tunangnya membawanya kerumah kami. 

Arwah mak punya 5 pintu rumah sewa. Ada satu rumah tu disewakan pada org bujang. Salah seorg org bujang tu adalah tunang kak Mas. Bila kak Mas habis sekolah, dia datang bekerja di Kuala Lumpur. Tunangnya yg mengatur agar kak Mas tinggal dengan kami. Kak Mas ni asalnya dari Tengkerah, Melaka. Kalau cari sekarang mmg takkan jumpalah rumah keluarga kak Mas sebab tiapkali kak Mas balik kg.. Mmg dia ada mengajak tapi dahulu kalau nak ke Melaka mmg rasa jauh. Dengan naik bas turun bas... Akak tak pernah teringin nak ikut.

Nyesal jugak rasanya sekarang bila pikir pikirkan. Jika tidak boleh sambung Silaturrahim.

3 comments:

  1. Dah buleh bukak "homestay" tu dari pengalaman yang ada!!!

    ReplyDelete
  2. Sesekali seronok mengenang pengalaman yang pernah kita ada, kan? :)

    ReplyDelete
  3. best kak rekod memori silam begini. i pun suka rumah berselak hingga kini, anak2 tau guna selak, bukan y disebut say-lak :D
    satu lagi yg saya suka, kuala kangsar !
    Alhamdulillah akak dah bertambah sehat.

    madora

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata