Banyak kisah teman2 ttg penggiliran raya dimana tahun ni. Ada yg puashati dan ada yg kurang puashati. Begitulaa setiap kali raya.
Tapi ada yg dah punya anak menantu dan tak punya kedua ibubapa di kampung akan berhariraya dirumah sendiri dan menjadi rumah induk untuk anak-anak menantu dan cucu berkumpul... ( merasakah akak nanti..)
Akak pula mmg tak pernah berbincang mengenai raya dimana dgn suami. Pada hari kami diijabkabulkan akak pun dah turut sign mati setem.. Akak akan beraya dirumah mertua. Kecuali hariraya haji pernah kami beraya sendiri di Penang lantaran bapa mertua ingin beraya dengan kami di Penang. Dan akak pernah beraya sendirian dgn anak2 du Penang sewaktu suami dan bapa mertua menunaikan Ibadah Haji pd tahun 2003.
Meriah juga walau tanpa suami kerana akak punya beberapa orang ibu angkat dan maktok angkat disana.
Tahun ni.. Hari raya jatuh pada hari Jumaat iaitu hari dialysis juga. Akak akan dialysis dahulu dan lepas jumaat baru balik kampung beraya. Dah tidak lagi macam dahulu boleh balik kampung sebelum raya dan berbuka puasa hari
terakhir bersama mertua.
Keseronokan pergi membeli bahan2 untuk memasak pd hari sebelum raya pun dah jarang dpt dirasai. Sikit demi sedikit jadual raya itu berubah.
Budak2 ni tetaplah beraya dirumah kami.
Pernah bawa balik kampung utk beraya tapi Aisyah terpaksa kami bawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Melaka sebab diserang asthma yg teruk akibat terhidu bulu kucing sepanjang perjalanan Kuala Lumpur ke Melaka. Setengah hari juga kami beraya di bahagian kecemasan hospital melaka.
Raya saya tak pernah berubah.Tiap thn macam tu...
ReplyDeleteBagus begitu cikgu
DeleteTahu dah apa yg perlu dilakukan..
Kakcik pun tak tahu nak beraya ke mana. Tapi sebab tahun ni InsyaAllah raya jatuh hari Jumaat, mungkin kami tak ke mana-mana. Sabtu la baru jenjalan kot...
ReplyDeleteSelamat beraya kakcik..
DeleteLagipun kakcik dah punya menantu dan cucu..
Sedikit sebanyak berubah juga rutin yg biasa..
Insya-Allah, balik kota bharu
ReplyDeletepB
DeleteSelamat pulang ke kg halaman..
Semuga dipermudahkan perjalanannya
Kami beraya di Rawang tahun ni-giliran umah saya.Still stick pada sistem giliran.
ReplyDeleteSlmt hari raya kak
Wah!! Tak jauh kg nya
DeleteTak risau perjalanan yg jauh dengan anak2 masih kecil...
tahun ni raya balik mertua je.
ReplyDeleteSalam kenal Rika
DeleteSamalaa dengan makcik yg beraya dirumah mertua..
Kali ni khbarnya keluarga ibu_suri akan buat gathering pada akhir Ramadhan dan malam Raya.
ReplyDeleteNampaknya kena bersiap rumah sehari sebelum akhir puasa lah...
IM menantu mithali
DeleteMesti segala kerja2 IM yg handle...
Semuga ALLAH permudahkan segalanya.
Ai pulak mmg dari awal kawen dah setkan, ikut turn. kiranya mcm tahun lps dah blk melaka, tahun ni kelate pulak. gitu :)
ReplyDeletesi Toti nnt ai tinggalkan dengan mak,sbb tahun ni mak beraya kt rawang je. kalau usung toti naik kete lelama smp kelate nnt takut pening lak kepala dia..hihi
selamat beraya makcik..:-)
ReplyDelete