Wednesday, July 29, 2015

778 ~ Kisah penyewa bilik.


Meh akak cerita ttg kisah akak masa kecil sekitar tahun 70an.

Rumah akak di Kg Baru, Kuala Lumpur. Jika dulu nama jalan besar depan rumah akak ialah Jalan Raja Muda.

Jalan ini menghubungkan antara chow kita dan jalan gurney. Bas utama ke Kg Datuk Keramat memang akan lalu depan rumah akak untuk ke Klang Bus Station ataupun Chow Kit.

Rumah akak betul2 depan dengan Sek Ren Jalan Raja Muda. Dahulunya ianya Princess Road School dan Maktab Perguruan... ( nanti akak pelan2 ingatkan nama Maktab Perguruan ini ).

Jalan ini juga yang digunakan untuk perarakan Kecil2. Akak lupa sempena apa tapi kerap juga perarakan di adakan dan melalui Jalan Raja Muda ini. Rasa untung  sangat bila tiba hari perarakan kerana ianya depan rumah akak dan penonton2 yg datang dari Jalan Watson, Jalan Hamzah, Jalan Raja Uda... Berkumpul tepi jalan depan rumah akak.

Tapi bila berlaku kemalangan jalan raya depan rumah akak... Akak orang yang pertama sekali tiba tapi sebabkan takut melihat darah... Akak menanti org dah ramai baru akak menyebok sama. Akak lemah semangat kalau tengok darah banyak2... Takut pitam. Kalau akak pi dekat pun, akak akan intai dari celah2.

Perhentian bas juga berdekatan dengn rumah akak. Jadinya rumah akak ni kiranya jadi tempat yg paling strategik untuk  penyewa2 yg ingin menyewa.
Kadang2 sebab mereka tak mampu hendak menyewa sebuah rumah, mereka akan menyewa bilik di rumah akak. 
Arwah mak dilihat sebagai pelaris bagi ibu bapa yg dari kampung tumpang menyewa di rumah akak.

Kebetulan kami punya dua bilik kosong yg agak besar, maka sering sahaja ada  org yg hendak menumpangkan anak mereka.

Mula2 mmg akak tak faham kenapa ada org yg datang kerumah tapi tinggal lama sangat tak balik2... Walhalnya kami mmg tiada pertalian saudara... Lama2 baru akak faham yakni mereka ini datang menyewa.

Yang akak masih ingat ialah:-

Mereka ini ada yang terdiri dari ibu tunggal. Bawa anak kecil duduk sekali dengan kami.
Ada juga isteri yg suaminya kerja drebar teksi.. Sesekali suaminya balik... 
Ada juga ibu dan anak gadisnya yg dah bekerja. Apabila mereka punya rezeki lebih, mereka pindah menyewa sebuah rumah.
Ada yang memang mencari bilik untuk si sewa kerana mereka pelajar maktab perguruan depan rumah akak tu. Sekali sekala ibubapa mereka datang menjenguk dan berkenalan dgn arwah mak.
Ada yg datang dari Kuala Kangsar.. Bidor.. Perlis... Kedah.. Langkawi.. Ng Sembilan ... Kelantan... Johor.

Arwah mak selalu cuba menolak mereka yg ingin menyewa tapi mereka atau ibu bapa mereka merayu demi keselamatan anak mereka. Mereka rasa keselamatan anak mereka terjamin kerana adanya seorg tua mengawasi anak mereka. Bukan senang2 mereka boleh balik lewat kerana pintu rumah akak jenis 'kunci selak' dari dalam. Hanya apabila betul2 tiada rumah kami akan menggunakan mangga. Tapi jarang sangat rumah kami tiada orang kerana arwah mak ada adik perempuan yg tinggal bersama kami dan beliau tidak gemar meninggalkan rumah. Keluar jika terpaksa seperti ada kematian saudara mara...

Ada yang tinggal sehingga mereka berkahwin. Akak teringat arwah kak mastura yg mengetahui rumah kami apabila tunangnya membawanya kerumah kami. 

Arwah mak punya 5 pintu rumah sewa. Ada satu rumah tu disewakan pada org bujang. Salah seorg org bujang tu adalah tunang kak Mas. Bila kak Mas habis sekolah, dia datang bekerja di Kuala Lumpur. Tunangnya yg mengatur agar kak Mas tinggal dengan kami. Kak Mas ni asalnya dari Tengkerah, Melaka. Kalau cari sekarang mmg takkan jumpalah rumah keluarga kak Mas sebab tiapkali kak Mas balik kg.. Mmg dia ada mengajak tapi dahulu kalau nak ke Melaka mmg rasa jauh. Dengan naik bas turun bas... Akak tak pernah teringin nak ikut.

Nyesal jugak rasanya sekarang bila pikir pikirkan. Jika tidak boleh sambung Silaturrahim.

Thursday, July 23, 2015

777 ~ Seronoknya Beraya di Desa...


Akak ni dah 50 tahun beraya. Maybe waktu kecik2 tu taklah ingat sangat suasana raya tapi seawal usia 6/7 tahun akak ingat lagi...

Akak tinggal di Kg Baru, Kuala Lumpur. Tahun 60an dan 70an masih terasa suasana kampong di Kg Baru tu. Kebanyakan penduduk asal adalah org Melayu. ( tidaklah akak menafikan asal usul mereka juga dari tanah seberang tp dah generasi kedua dan ketiga waktu itu.. Ada dari Minangkabau, Sumatera, Jawa, Mandailing dan Bawean namun bahasa pertuturannya tetaplah bahasa Melayu ).

Malam raya dah meriah. Sebaik dengar pengumuman di telivisyen.. Ada surirumah yang baru mula nak masak rendang dan rebus ketupat. Riuh rendah setiap rumah. Anak2 dah bergembira berkumpul bersama kawan2 bermain bunga api.

Raya baru ni akak balik kampung selepas solat Jumaat kerana paginya akak dialysis. Hari sabtu baru kami beraya adik beradik kerana lengkap semua berkumpul pagi itu.

Selesai bermaaf maafan dan bergambar ramai2... Kami pergi beraya kerumah  bapa saudara dan mak saudara. Cari yang tertua dan kemudian baru kerumah sepupu.

Rumah pertama rumah sepupu yg bapa saudara menetap dengannya. Dapat 2 dalam 1. 
Kami dihidangkan mee hoon sup dan juadah biasa hari raya seperti ketupat dan rendang.
Sakan bergambar tepi sawah.


Grup ini mmg sporting habis. Selalu hari raya grup ni tak lepaskan peluang bergambar bersama. Kebetulan kali ini kami beraya waktu siang, mmg samgat sesuai bergambar tepi sawah.

Kemudian kami kerumah mak saudara pula. Dihidangkan mangga jeruk dan mee rebus...

Rumah ketiga juga rumah mak saudara. Nak keluar bergambar dah terasa letih dan keluar ke belakang rumah dengan pemandangan laut. Kalau tidak mmg lengkap ada gambar sawah dan laut.
Masing2 dah keletihan kerana sewaktu di sawah kami banyak habiskan masa di luar. Di rumah ketiga ni mmg dah tak larat apa. Sekedar minum sahaja akibat dah kenyang.

Sempat bergambar dgn sepupu yg sangat pemalu. Akak mengenalinya sewaktu mula2 sekali dtg bertemu mak sedara yg akak kenal di Mekah tu. 
Orgnya mmg sangat pemalu.
Baru pertama kali berjaya memujuknya bergambar bersama.


Terasa sungguh meriah raya tahun ni.

Malangnya rancangan hendak beraya ke rumah kakak sepupu tergendala kerana akak mengalami sesak nafas malam ahad tu. 


Monday, July 13, 2015

776 ~ Sister Rodiana...


Akak mula kenal beliau waktu mula2 buat rawatan dialysis 2008. Beliaulah staff nurse pertama yg telah merawat akak waktu akak buat rawatan di unit dialysis.
Beliau dedikasi pada tugas. Sering menasihati akak tentang pengambilan air yg sering banyak sebab langgar pantang.

Pesakit di unit dialysis ada berbagai2 ragam. Beliau menangani masalah itu dgn sungguh berhemah. Ada pesakit yg tidak memberi kerjasama yg baik dgn petugas lain.... tapi dgn Sister Diana, perangainya berubah. Sister Diana sangat bijak menangani masalah pesakit yg begitu.

Seperkara lagi... Andai pesakit mengalami masalah kesihatan seperti luka yg berpunca dari masalah diebetes dan perlu buat 'dressing' atau cuci luka.. Sister Diana akan dengan sukarela membantu mencuci luka tersebut tanpa perlu pesakit tersebut pergi ke unit lain untuk mencuci luka.

Beliau juga berjaya memujuk seorang pesakit yg enggan masuk wad untuk dapatkan rawatan lanjut akibat diabetes.

Kemudian beliau menyambung pelajaran di OUM. Beliau dah ditempatkan di unit lain. Jarang dpt bertemu selepas itu.

Setelah beliau berjaya mendapat ijazah.. Beliau dinaikkan pangkat 'Sister'. Akak sangat gembira kerana beliau mmg layak  mendapat kenaikan tersebut.


Sekarang beliau menjadi ketua unit Dialysis. Gembira akak dgn perlantikan tersebut kerana dapat bersua kembali dgn beliau. Akak doakan agar beliau terus dinaikkan pangkat hingga Matron atau tutor. Memgenali peribadi beliau... Akak tahu beliau mmg sangat layak sbb berkebolehan dan layak.

Friday, July 10, 2015

775 ~ Nak raya mana tahun ni?


Banyak kisah teman2 ttg penggiliran raya dimana tahun ni. Ada yg puashati dan ada yg kurang puashati. Begitulaa setiap kali raya.

Tapi ada yg dah punya anak menantu dan tak punya kedua ibubapa di kampung akan berhariraya dirumah sendiri dan menjadi rumah induk untuk anak-anak menantu dan cucu berkumpul... ( merasakah akak nanti..)

Akak pula mmg tak pernah berbincang mengenai raya dimana dgn suami. Pada hari kami diijabkabulkan akak pun dah turut sign mati setem.. Akak akan beraya dirumah mertua. Kecuali hariraya haji pernah kami beraya sendiri di Penang lantaran bapa mertua ingin beraya dengan kami di Penang. Dan akak pernah beraya sendirian dgn anak2 du Penang sewaktu suami dan bapa mertua menunaikan Ibadah Haji pd tahun 2003.

Meriah juga walau tanpa suami kerana akak punya beberapa orang ibu angkat dan maktok angkat disana. 

Tahun ni.. Hari raya jatuh pada hari Jumaat iaitu hari dialysis juga. Akak akan dialysis dahulu dan lepas jumaat baru balik kampung beraya. Dah tidak lagi macam dahulu boleh balik kampung sebelum raya dan berbuka puasa hari 
terakhir bersama mertua.

Keseronokan pergi membeli bahan2 untuk memasak pd hari sebelum raya pun dah jarang dpt dirasai. Sikit demi sedikit jadual raya itu berubah.

Budak2 ni tetaplah beraya dirumah kami.
Pernah bawa balik kampung utk beraya tapi Aisyah terpaksa kami bawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Melaka sebab diserang asthma yg teruk akibat terhidu bulu kucing sepanjang perjalanan Kuala Lumpur ke Melaka. Setengah hari juga kami beraya di bahagian kecemasan hospital melaka.

Tuesday, July 07, 2015

774 ~ Keletah cucu-cucuku..


Raya tahun ni keluarga akak meriah dgn kehadiran cucu-cucu yg bertambah. Mika melahirkan 3 ekor anak dan Bagira melahirkan 4 ekor anak.
Anak Mika yg terdahulu ada 2 ekor iaitu Abang dan adik.

Abang mmg terkenal dgn sifat manjanya yang masih mahu menyusu walaupun dah besar panjang. Dah bujang pun. Tapi masih tidak melepaskan peluang untuk menyusu bilasaja berpeluang.


Abang yang berbulu hitam seluruh badannya dan adik tompok putih. Abang segera tak melepaskan peluang menyusu.


Kelihatan adik2nya yg  paling kecik memanggil2 ibu mereka Mika agar tidak membenarkan Abang menyusu. Kecoh depa mengiau seakan merayu pada Mika.... ' mummy... Jangan beri abanng habiskan susu milik kami...'


Serbasalah si ibu membuat keputusan.
Yg ini anak... Yang sana pun anak....
Kacau.. Kacau..

Monday, July 06, 2015

773 ~ Bila remaja 'berborak'...


Anak akak yg ketiga amat meminati seni lukis. Sejak dari usia 3 tahun dia sudah berminat melakarkan sesuatu dan ajaibnya lakaran itu walau tidak sempurna tp kita boleh meneka siapakah yg dilukiskannya.

Contoh:
Waktu Ain berusia 3 tahun, sahabat abahnya datang berkunjung dirumah. Sedang beliau berbual dengan suami akak.. Ain turut duduk berhampiran sambil melakarkan sesuatu...

Setelah sahabat abahnya pulang, kami melihat lakaran yang dilukiskannya. Terus kami boleh meneka Ain melukis sahabat abahnya yg baru beredar. Tepat sungguh lakaran tersebut dengan kopiahnya... Janggutnya... Cerminmatanya... Kain pelikatnya.. Baju melayunya.
Kemudian semakin kerap Ain melukis watak kartun disney seperti Disney iaitu Stich dalam cerita Lilo n Stich.

Baru ni kami ke Disneyland Ain tidak melepaskan peluang membeli patung Stich...



Baru ni akak terbaca sesuatu yg paling menggelikan hati.

Pada komen di gambar ini ada komen yg tertulis..





Budak remaja punya bicara..
" Berapa awak bayar Jin utk lukisan yg hebat ini... "
Hahahahahahahahahahahaha
Main jin2 pulak ek?



Wednesday, July 01, 2015

772 ~ Surprised....


Pagi isnin  5hari selepas pemergian Hj Salleh.. Akak terserempak dgn Muiz di pintu masuk dialysis.

Memang akak sangat terkejut...

Rupanya ada pesakit yg sangar memerlukan khidmat Muiz di opis kami.
Beliau mengalami kesukaran utk berjalan dan memerlukan kerusi roda dan byk bantuan.

Beliau mengambil inisiatif menjemput Muiz dirumahnya dan bawa ke opis. Mmg kehadiran Muiz banyak meringankan bebas kami semua.

Cerita Muiz..
Petang rabu sebelum beliau menghembuskan nafas... Haji Salleh ada berpesan pd Muiz andai beliau tiada, eloklah Muiz teruskan membantu kami yg masih mendapatkan rawatan.
Terharu sungguh rasanya atas ingatan itu.
Semuga Haji Salleh ditempatkan bersama para Solih solihin.

Alhamdulillah.
Niat suci Muiz utk berbakti buat kami masih ALLAH  penuhi.

Semuga segala bantuan beliau diberi ganjaran ALLAH snw.