Lama tak cerita mengenai geng dialysis.
Ini nyonya dia shift kedua lepas shift akak.
Mula2 dia dtg dialysis akak pandang2 sahaja sekarang akak dah tegur.
Suaminya yg menemankan dia waktu dialysis. Kebetulan ada kawannya yg sama2 dari tempat dialysisnya yg lama turut mencuci di tempat akak.
Jika dahulu akak ada uncle yg suka melihat akak makan, kali ini akak pula yg suka melihat nyonya ni makan. Suka tengok cara dia menyuap nasi dan lauknya.. Suka tanya apa lauk dia masak hari tu... Cara dia mengunyah pun akak suka perhatikan. Kiranya waktu dia sampai mmg akan jadi tontonan akak hingga selesai acara dia makan.
Bukan setakat tanya lauk apa, siap dtg dekat ambil gambar. Jika menyelerakan akak balik akak tiru atau tanyakan resepinya. Mmg habit lama sukar bak dibuang.
Takpa kak...jangan diambil semua makanan nyonya tu sudah lah!
ReplyDeleteHehehehehehhe
DeleteKalau dah lapar, mau jugak
Terung berlada ke tu?
ReplyDeleteBukan kakcik
DeleteTerung masak kicap dan oyster sos...
Sedapnya lauk nyonya tu. Nk tiru camni lah ari ni.
ReplyDeleteDah tiru?
DeleteSedap tak?
Ok la tu. Cara kita tu kadang-kadang membuatkan kita mesra dengan depa. Wahhh seronok dapat kawan baru.
ReplyDeleteMmg seronok
DeleteAzie
Dah jd rutin dia pulak tiapkali tiba tunjuk nasinya pada akak..
Kadang2 cara Cina masak ni menarik kan kak. Apa salahnya mencuba luar dari kebiasaan.
ReplyDeleteBetul tu Aina
DeleteSebab tu akak suka tanya resepinya sekali 😃
Nyonya ni makan sayur je ke kak
ReplyDelete