Thursday, October 30, 2014

677 ~ Banjir..


Sekaranh musim hujan
Mana2 kabarnya mengalami banjir

Jangan terkejut
Di dalam unit dialysis pun banjir


Puas juga depa membersihkan dan mengeringkan air yg bertakung dalam unit dialysis.



Dalam lebihkurang 2jam setelah itu, banjir dalam unit dialysia pun surut.

Puncanya ialah
Paip air RO water yg di sambung ke mesin dialysia telah tercabut.

Monday, October 27, 2014

676 ~ ALHAMDULILLAH


Nak jadikan catatan utk diri sendiri

Akak dah lebih sebulan mengalami BP yg sangat tinggi. Bila BP terlalu tinggi aliran darah dalam badan menjadi laju. Luka yg terjadi selepas dialysis menjadi deras darah yang keluar. Jika terbuka plaster penutup luka, mmg darahnya boleh memancut dan mengalir laju. Itu yg buatkan akak ambil masa juga nak ambil wuduq sebaik habis dialysis. Bagi rehat dulu, kalau boleh BP dah turun baru akak berani buka plaster. Pernah terjadi akak tertekan fistula dan bekas luka, darahnya sertamerta memancut kena dinding bilik air. Mmg penuh dinding kena darah.

Ianya memancut macam pistol air jika tertekan fistula dan mengalir sendiri tanpa henti jika plaster dibuka.

Alhamdulillah
Balik td BP akak tidak tinggi spt selalu.
Masa ambil wuduq tiada darah yg mengalir laju. Mmg rasa syukur sangat. 
Sebab kami pesakit dialysis, buahpinggang dah tak berfungsi nak membuat darah semula, kami harapkan ubat membantu proses kekalkan darah agar tidak kurang. Jika kurang darah boleh jadi sesak nafas. 

Akak dah alami semua itu maka akak amat berhati2 agar tidak terkurang darah.

ALHAMDULILLAH

Sesuatu yg waktu akak sihat akak tak tahupun pentingnya Hb yg ideal iaitu 13/12/11.

Andai Hb rendah bawah 7... Mmg kena pantau.

Friday, October 24, 2014

675~ Zohor ke Isyak punya citer


Cuti Deepavali tu kami yg tak dpt jemputan rumah terbuka MIC pun pi beraya ke Mid Valley. Selesai dialysis, balik umah dulu sbb nak solat.. Kemudian ke Mid Valley.

Jln sesak juga arah nak ke Mid Valley. 
Dah tiba lagi sesak sbb nak tawaf bangunan MV utk pi parking. Kami selalu parking di Gardens. Kebetulan semua parking di katakan penuh.

Dekat 2jam juga dari Bangi nak sampai parking Premier tu. Sebab tu kalau akak sendirian tanpa suami ke MV mmg naik komuter jer.. Takmo pening2 cari parking.
- takmahir pun iyer juga.

Perut dah bergendang gendung.
Pi lunch di Dubu-dubu...

Ikut selera mcm nak mkn nasi kandar. Akak pilih seafood sunjue. Sedap juga.



Togeh ipoh tu mmg jd faveret akak. Akak sensorang hbskan set togeh org lain. Kenyang dpt 6 mangkuk kecil togeh. Makan dgn nasi pulut hitam dan sup seafood mmg membuka selera.
Kali ini selera nak mkn nasi yg campur daging dan telur tu takda yg berminat sbb mudah muak.

Kemudian kami pi solat.
Kemudian nonton " Ninja Turtle "
Arwah Iqbal minat dgn ninja turtle ni tp baru laa hari ini akak tahu kisah bagaimana mulanya ninja turtle.
Kalau dulu, dgr jer arwah Iqbal cerita tp sikitpun tak ambil kisah sbb mmg tak minat.  Tgk hanya sbg menemankan arwah menonton...
Tp skrh bila dah faham... Terus minat.
Nak nanti episode seterusnya.

Lps solat maghrib dan isyak, kami pergi dinner di Coliseum Cafe...
Dulu CC ni ada di Jln TAR. Selesai nonton wayang di Coliseum, singgah makan di CC. Signature dishnya steak yg pelbagai dan sizzling waktu tiba di meja. 
Air yg terkenal dulu ialah Fresh Orange. 
Mengimbaukan kenangan betul laaa.


Thursday, October 23, 2014

674 ~ Jom citer pasal makan


Dahlama tak citer pasal makan.

Citer mudah jer ni.

Pasal makan maggi ketam kat Bangi gateaway.



Pergi ke tingkat satu..
( bahagian Food Court )

Nanti nampak kiosk Maggie Ketam.
Ada maggi ketam, maggi udang, maghi kepala ikan merah.. Laksa penang.. Dll.
Memang akak puji maggie ketamnya sebab rasanya sangat puas dimakan.

Dengan serai ketuk, daun limau purut .. Terasa ala-ala tomyam pula.
Kalau nak bandingkan dengan mee yg akak suka sangat di Secret Recipe tu 'Tomyum Kung'.. Mmg boleh sangat. 
Dengan ketam yg sangat fresh... Alhamdulillah. Kadang2 kita terkena ketam yg dah agak lama dan kurang manis.. Tp yg ini mmg ketam yg segar macam baru dia tangkap dari laut....
Mushkil juga sebab Bangi kan jauh dari laut....
Fikir yg baik2 jer:
Ketam ni dari Morib. Lalu ikut jalan dalam ke Bangi.. Dekat jer kan?

Apa2 pun selamat mencuba.
Akak rekomen sangat 👍

Tuesday, October 21, 2014

673 ~ Hobi


Ingat masa kecik2 dulu akak suka kumpul setem, kumpul tiket bas, kumpul
Spider dan kumpul duit lima sen.

Setem boleh di dapati dari sampul surat yg akak terima atau mak akak terima. Akak mmg seorg yang suka menulis surat. Paling kerap akak menulis surat kepada sahabat akak yg berada di Air Hitam, Johor. 

Akak juga suka mencari pen pal melalui sahabat pena. Akak mempunyai teman yg akak kenali melalui persatuan muslim convert yg berada di Fiji. 

Melalui majalah akak mendapat teman dari Mukah, Serawak. Ada juga teman melalui majalah yg akak kenali secara peribadi akhirnya apabila mereka datang ke Kuala Lumpur. Antaranya dari Gemas, Ng Sembilan.

Bila musim mengumpul spider pula.. Akak mengikut teman2 yg lebih berusia masuk ke dalam belukar ygmana sekarang ni adalah Institut Jantung Negara, Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. Hobi mengumpul spider ni hanya sebentar memandangkan akak sering kena marah dengan arwah emak akak kerana selalu tiada ketika beliau memanggil pulang ke rumah bila tiba waktu makan atau waktu kena suruh ke kedai.

Hobi mengumpul tiket bas pula ialah sewaktu abang sepupu akak datang kerumah. Kami akan merayap ke setiap bas stesen untuk mencari tiket2 bas yg di buang oleh pengguna2 bas.
Tiket bas yg berwarna warni dengan cetakan harga tiket yg berbeza memjadikannya sangat cantik dan menarik hati. Nama syarikat bas yg sering berulang alik di hadapan rumah akak ialah
Syarikat Bas Seri Jaya.

Sekarang anak2 akak dah tak tahu dan tak merasa segala yg pernah akak alami waktu kecil2 dulu. Apa yg pasti hobi anak sulung akak sekarang ialah membuat gelang getah.




Thursday, October 16, 2014

672 ~ Habit Lama


Lama tak cerita mengenai geng dialysis.
Ini nyonya dia shift kedua lepas shift akak.
Mula2 dia dtg dialysis akak pandang2 sahaja sekarang akak dah tegur. 

Suaminya yg menemankan dia waktu dialysis. Kebetulan ada kawannya yg sama2 dari tempat dialysisnya yg lama turut mencuci di tempat akak.



Jika dahulu akak ada uncle yg suka melihat akak makan, kali ini akak pula yg suka melihat nyonya ni makan. Suka tengok cara dia menyuap nasi dan lauknya.. Suka tanya apa lauk dia masak hari tu... Cara dia mengunyah pun akak suka perhatikan. Kiranya waktu dia sampai mmg akan jadi tontonan akak hingga selesai acara dia makan.



Bukan setakat tanya lauk apa, siap dtg dekat ambil gambar. Jika menyelerakan akak balik akak tiru atau tanyakan resepinya. Mmg habit lama sukar bak dibuang.

671 ~ GST


Rupanya dimana-mana juga ada GST

Ibu : Yang, Aisyah ni kan kita dah bagi duit belanja sekolah tapi bila Orang antar dia pi sekolah, Orang kena cukai lagi. Mesti singgah 7 Eleven nak beli air dan roti. Mesti Orang kena lagi.

Abah : Aisyah pun ada GST..
Gemuk Sales Tax


Wednesday, October 15, 2014

670 ~ Ingat masa dolu2....





Pemandangan Jalan Tuanku Abdul Rahman suatu ketika dulu. Sekitar tahun 70an....

Pemandangan ini mesti dirakam dari atas jejantas antara Bata dan kedai kayu yg menempatkan peniaga melayu menjual kitab2.. Songkok... Barangan kulit... Dll.

Di hujung deretan kedai Bata ada uncle jual Tau Fu Fah. Mmg sangat sedap...
Dlm perjalanan menuju Hankyu Jaya atau Plaza Selangor.. Mesti singgah minum.

Depan Plaza Selangor tempat tunggu Bas Leng Seng ke Selayang Baru. Bas no 71. Bas mini no 10. Itu destinasi wajib akak dan arwah mak akak menziarahi ibu saudara yg di panggil Mak tua beserta anaknya Abg Mat dan Kak Timah. Mereka mempunyai anak seramai 7 org dan merekalah adik beradik segera akak.

Depan Plaza Selangor ada shopping center yg bernama Batu Road Supermarket. Pada kami yg masih sekolah menengah ketika itu dah terasa gah sangat. Depan Batu Road Supermarket juga tempat menunggu bas dan tempat sesuai dating....
- kalau tanya teman sekelas... Boleh dikatakan hampir semua jadikan depan Batu Road Supermarket tempat janji temu. Mudah... Bas berhenti di situ dan jika hendak teruskan perjalanan pun ambil bas disitu.

Lihat gambar lama ini mmg membuat akak mengenang kembali zaman sekolah dan zaman kanak2....

Sekarang kawasan tersebut berubah sangat kerana pendatang dan peniaga Indon, Bangla, Nepal dan lain2....

Rindu....

Tuesday, October 14, 2014

669~ Reaksi anak kita bila periksa


Ibu : kakak, cammana periksa tadi?

Kakak: kacang jer ibu..

Ibu lega sangat.

Ibu : qeeby, amacam?

Qeeb : Alaaa ibu, ada satu tu qeeb tak
boleh nak jawap..

Ibu : Itulaaaa.. Bila ibu suruh belajar asyiklaaa dengar lagu.. Tengok tv...


Ibu : Ain, cammana periksa?

Ain : Entahlaaa ibu... Saya rasa macam saya boleh jawap..

Ibu : hrmmmmmmm.. (Nada macam tak tahu nak kata apa)

Ibu : Aisyah... U periksa macammana?

Aisyah : Ini cikgu ada bg surat. Tangguh 27hb oktober... Yeay... Saya tak periksa...

Bila dah ada anak 4 org..kita dah patut tahu macamana tahap anak kita.

Pengajarannya:-

Yang kata - kacang jer tu...
Sebagai mak mmg kita kena hati2. Mmg anak kita tak kisah laaaa apa hasilnya. Sebab semua dia nampak kacang.

Yang kata - ada silap satu dua soalan..
Yang ini ada harapan. Dia mmg tak selindung2....
Mmg ada harapan nampaknya

Yang kata - rasa boleh jawap ..
Yang ini mmg kena antar tiusyen..

Yang kata - nak tunda periksa dan sangat gumbira macam nak raya....
Yang ini mmg kena antar kaunseling..
Ekekkekekeke
Bukan anaknya yg nak kena kaunseling tp emaknya.....


Tapi
Lain org lain tau....

Monday, October 13, 2014

668 ~ Takdir dia...


Mmg hiba juga lihatkan nasib dia.
Anak 4 org.. Boleh pulak hilang 4/4 tu.
Mujur ada anak angkat yg dia bela sebaik dia bersalin.

Itulaaa
Asyiklaaa pindah randah rumah. Kalau duduk dendiam kan tak jd cenggini.

Sekarang,
Dgn anak yg awalnya dia buat musuh yg jd anak susuannya pula.






Dptlah Bagera dan Mica menumpang kasih.

Kakak zahrah pernah bercadang nak pi rumah jiran2 bertanya kot2 ada nampak anak Mica tp anak jiran bgtau Aisyah.. anak kucing mati dirumahnya... Mereka dah tanam.

Rezeki takda nampaknya.

Thursday, October 02, 2014

667 ~ Akibat org degil





Satu lagi catatan utk org degil tak dengar kata.
Biar dia beringat sikit bila2 dia ada rasa insaf...



Sudah dekat 2 minggu BP akak mencanak naik begini. Ingatkan bila makan ubat akan turun. Kebetulan pula bila suami tak ada lagila akak berharap dengan ubat. Buat puasa Selasa, Khamis dan Sabtu dan kadang2 Ahad tapi mmg tak turun2 BP.

Suami pula dalam masa 3 minggu dia keluar negeri hadiri conference makan peluang nak berundinh dgnnya agak terhad. Masih berharap boleh selesaikan sendiri.

Pernah akak datang dialysis pg jumaat dengan berat tak sampai 1kg. Jadinya tarik air hanyalah 1.5kg. Itulaa rekod akak yg terbaek....



Tapi bila check BP masih 200+ / 100+.
Pakar nephro pernah menyarankan akak agar pantau BP setiap masa.

Sehinggalah suami akak pulang dan akak hadapi masalah sesak nafas dan susah nak tidur.

Sebaik bgtau suami, dia terus pantau ubat akak.
Beliau ambil cuti sehari walaupun dalam keadaan maha sibuk.

Pagi akak makan ubat lain. Tengahari ubat lain dan malam ubat lain. Kombinasi ubat2 tersebut dan doa dari sahabat yg dikasihi telah membantu menurunkan BP akak dari yg di atas hingga yang ini..



Walau agak tinggi ianya baguslaaa sikit dari yg akak tanggung selama 2 minggu sebelum ini.

Lama akak mengenang kembali kesalahan yg dah akak lakukan. Nasihat dari suami dan teman2 sedang mula akak hadamkan pelan2.

In syaa ALLAH
In syaa ALLAH akak akan mengubah habit akak.
Amalkan puasa ganti setiap minggu sekurang2nya 2kali seminggu. Kalau daya buat 4kali seminggu.