Saturday, August 09, 2014

651 ~ Ibu... Lazimnya


Kalau para ibu2 borak dengan kenkawan sesama mereka.. Mesti akan bersetuju dengan yang ini..

Anak dan ibu

Ibu : Ain.. Kenapa Ain masih suka sepah-sepahkan baju? Kalau baju dah pakai, masukkan dalam bakul.. Dah penuh bakul.. Basuh baju tu..
Masukkan dalam dryer.. Then ambil lipat.. Pastu masukkan kemas2 dalam Almari...
Umur Ain bukan kecik lagi tau!! makin lama makin besar.

Ain : Baik ibu, saya akan kemaskan.

Pastu minggu depan lihat lagi masih tak berubah. Ibunya akan bebel lagi ayat yg sama tapi ada tambahan...

Ibu : Kenapalah Ain tak berubah? Masih sepah2kan baju? Dah berbuih mulut ibu bgtau.. (Bla.. Bla.. Bla..)
Dekat bertahun ibu dok ulang-ulang.. Ain tak ambil peduli.

Ain : Baik ibu... Saya akan kemas.

Bulan hadapannya perkara yg sama juga.

Ibu masih bebelkan isu yang sama dengan topik yg serupa. Dengan tambahan...

Ibu : Tak kuasa lagi ibu nak bgtau. Ain bukan kecik lagi. Dekat 40 tahun ibu ulang-ulang.. Tak ambil kesah jer...

Ain : Tapi.. Umur saya baru 14 tahun...

Ibu : Diam.. Jangan tetiba nak buat mathematik dengan ibu sekarang......!!!!!!

Ibu dah sah salah. Tapi dah typical ibu....

Rata2 bila bual2 dengan kenkawan pasal anak... Anak kita yg sedang kita bebelkan tu bukan tak dengar apa kata kita cuma saja bukan tak perasan. Tapi.. Kalau kita silap fakta.... Laju jer dia nak betulkan. Maknanya depa faham, depa dengar cuma.. Depa malas. Typical
budak remaja....



Si adik yg sangat menyayangi si kakak.
Itulaaa nyawanya.
Aisyah tak bergantung kasih dengan orang gaji.. Kasihnya pada kakak Ainnya. Bertukar 4 org gaji sejak dia lahir, sedikitpun dia tak terjejas kerana yang penting kakak Ainnya.

Semuga kasih mereka hingga ke akhir hayat.

6 comments:

  1. dari mana ya kita semua dapat ilmu membebel serupa
    mesti sama berguru :)
    suka tengok adek beradek berbaik.

    madora

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekekekkeeke
      Memanglaaa
      Bukanker kita dulu sama2 graduated dari
      Universiti of mainmasakmasak

      Delete
  2. kalau anak anak berkasih sayang
    ibu dan ayah tak berhati walang
    semoga semuanya berkekalan
    selagi hayat dikandung badan......comei tgk dua beradik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu
      Alhamdulillah
      Memang anak perempuan mudah nak dinasihat agar saling menyayangi sesama adik beradik..

      Delete
  3. akakkkkkk.....
    maid saya dah balik !!
    * kesat peluh kat dahi sambil sidai baju penuh satu ampaian *

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc
      Welcome to the club
      Memang payah tapi lagi aman rasanya tanpa risaukan bibik

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata