Friday, August 29, 2014

658 ~ Gelak Mlm Jemahat

Saja bg tajuk gempaq

Mlm td akak pi airport antar suami yg ke London-Barcelona-London..
Kami otw balik mmg akan singgah di stesen Petronas tepi highway selepas KLIA2. Jika mlm tak sekolah boleh juga merayap ke KLIA2.. Kesian anak2 byk homework nak selesaikan.

Di stesen Petronas tu ada 2 restoren.
Dunkin Donut dan Mekdi...

Kami anak beranak nak dinner di dunkin donut...

Tetiba dengar perbualan seorg anak dan emaknya.

Anak : Mekdi kat sebelah jer ni.. Saya mahu..

Emak : Tak boleh... Org beratur ramai...

Kami...
Automatically menoleh arah Mekdi.



LENGANG JER.....

Akak dan Qeeb serta merta ketawa.
Geli betul hati kami bila dengar jawapan alasan si emak.....


Si Anak mmg baik. Dengar cakap.
Tak argue pun...
Baguslaa budak tu....

Monday, August 25, 2014

657 ~ Muiz yg taat


Pagi isnin...
Akak makan nasilemak bekal dan ayam hospital...
Habis makan baru teringat tangan kotor dan nak kena basuh..
Minta Muiz ambilkan air putih... Untuk digunakan basuh tangan yg melekit..

Tetiba baru teringat..
Mesin belum pasang lagi
Ekekekekekek
Sakit perut geng dialysis ketawakan sebab mmg mengada2 laaa sebab minta tolong muiz ambil air walhal akak masih boleh bergerak ke sink.




Sebabnya mesin akak rosak pagi ni.. Akak kena tunggu Haji betulkan mesin.. Sebab perut lapar akak makan dahulu. Selalunya akak hanya akan makan sewaktu mesin dah sambung pada tangan. Mmg patut minta tolong muiz ambilkan air basuh tangan...

Muiz pun mmg sangat taat.. Sikit puntak 
Berbunyi.. Kalau org lain akak suruh mesti jawap
" makcik belum dialysis pun, kan boleh bangun pergi sink..."
Muiz tidak begitu..
Dia ikut arahan dan ambil cawan kosong utk diisi dgn air...

Muiz..
Terima kaseh....

Wednesday, August 20, 2014

656 ~ Kesian anak aku....


Ain masuk pasukan beruniform Pengakap sejak tingkatan 1.
Tetiba hari ini dia bertanya..

Ain : Ibu, masa ibu sekolah ibu masuk pakaian beragam?

Ibu : Mestilaaaa... Ibu dulu masuk Persatuan Bulan Sabit Merah..

Ain : Yang macam nurse tu?

Ibu : iyer... Sebab itu ibu kawin dgn doktor...

Ain : ( lama dia termenung ) habistu saya nanti kawin dengan pengakap?

Hahahahhahahahahaha
Kesian anak aku..
Lurus benar...


Tuesday, August 19, 2014

655 ~ Kisah Jambu ....


Mengingatkan kembali waktu kecil2 dan remaja dulu.. Betapa turun naik pokok dengan sangat mudahnya.
Alhamdulillah
Sekeliling rumah akak penuh dengan berbagai2 jenis pokok.. Ada pokok Kuini, Rambutan, cermai, langsat, jambu batu dan jambu air. Pokok pisang nangka oun banyak cuma taklaa akak panjat.. Ekekekek

Kalau musim Kuini, jambu batu dan rambutan.. Memang menjadi hak akak utk memanjatnya. Ada 2 batang pokok kuini yg arwah emak tanam khas utk akak manakala yang 2 pokok yg besar2 tu khas utk penyewa rumah kami. Bila musim buah mmg seronok macam pesta setiapkali angin bertiup lalu buahnya yg dah masa akan jatuh ke tanah. Siapa yg kebetulan terdengar bunyi buah jatuh, dialah punya rezeki.

Sebab itulaaa arwah emak akak menanam 2 batang pokok kuini khas buat anaknya agar anaknya tidak berebutkan buah kuini di pokok yg berdekatan rumah sewa arwah mak.

Selain dari buah kuini, akak punya 2 pohon buah jambu batu. Satu jenis jambu batu yg saiz sangat kecil dan satu lagi saiz biasa.



Setiapkali akak ternampak buah jambu batu yg sudah besar.. Pasti akak terus memanjat dan mengambilnya. Tapi... Kehadiran anak2 penyewa rumah arwah mak, memang menggugat ketenangan akak.
Depa juga turut suka mengambil jambu batu tersebut. Kadang2 depa saja suka mengusik akak. Depa akan nyanyi di bawah pokok
"Pet.. Pet nyor
Siapa dapat dia punya..."

Sebaik mendengar dendangan lagu keramat itu, kelam kabut akak memanjat pokok jambu tu.. Risau takut depa yg dapat buah jambu batu tu. Tapi... Dah namanya kena sakat... Memang hampalaaaa..

Jika pokok di rumah jiran pun berbuah, kami rakan sebaya akan sama2 kerumah Makji Enon meminta kebenaran mengambil jambu batunya pula. Beliau mmg tak pernah mengambil buah jambu batunya tapi beliau sekali sekali minta dalam sebiji dua utk disimpan waktu cucunya datang melawat. Selebihnya memang utk kami. Pokok jambunya sangat besar dan rendang dan selesa dipanjat. 

Lain macam enaknya jambu batu yg kita petik sendiri dan makan di atas pokok daripada jambu batu yg kita mampu beli sekarang ini... Sangat berbeza...

Monday, August 18, 2014

654 ~ Bila Guna Khidmat Pakar


Qeeb ada assignment.
Ada dua gambar dia tak pandai lukis.
Harapkan Ain melukis.

Sudahnya assingment Sains jd lukisan yg sangat cantik.




Hasilnya jd mcm projek Arts...

Dahla kakaknya jd risau nak submit pd pensyarah sbb mmg sah2 cantik dan bukan hasil kerjanya...


Friday, August 15, 2014

653 ~ Terkejut akak...


Akak nak guna kain lap utk lap sesuatu.
Nampak ada atas raga plastik ni.
Akak pegang keras..
Buka kain tu...
.
.
.
.
.





Mmg budak bertuah betul..
Terkejut dibuatnya.
Anak buaya jadi pet dia.....

Aisyahhhhhhhhhhh
Siap balik sekolah nanti!!!!!!!



Wednesday, August 13, 2014

652 ~ Keluarga Besar Kami...





Rasanya baru lagi akak menerima cucu dari anak Kitam.. 
Minggu lepas akak menerima cucu lagi sebanyak 4 ekor dari Mica.

Mica ni kucing muda yg datang mencuba nasib dirumah akak. Dia datang dan pergi pada asalnya sewaktu Kitam masih baru bersalin. Setelah Kitam keluar merantau membawa anaknya keluar dari rumah akak tak balik2... Mica pula datang tinggal terus dengan kami. Layanan Ain terhadapnya dengan membelai dan memberi makan padanya membuatkan dia tinggal terus dan melahirkan babynya dirumah kami.

Anaknya yang sebanyak 4ekor membuatkan kami sangat menyayangi kesemuanya.... Anak kucing yg sangat comel..



Pakai mask macam zorro



Siap berjanggut



Bulu warna macam dalmation pun ada...

Kalau diikutkan memang dah malas nak membela kucing ni tapi dah depa datang nak menumpang.... Iyerkan jer laaaaa.

Saturday, August 09, 2014

651 ~ Ibu... Lazimnya


Kalau para ibu2 borak dengan kenkawan sesama mereka.. Mesti akan bersetuju dengan yang ini..

Anak dan ibu

Ibu : Ain.. Kenapa Ain masih suka sepah-sepahkan baju? Kalau baju dah pakai, masukkan dalam bakul.. Dah penuh bakul.. Basuh baju tu..
Masukkan dalam dryer.. Then ambil lipat.. Pastu masukkan kemas2 dalam Almari...
Umur Ain bukan kecik lagi tau!! makin lama makin besar.

Ain : Baik ibu, saya akan kemaskan.

Pastu minggu depan lihat lagi masih tak berubah. Ibunya akan bebel lagi ayat yg sama tapi ada tambahan...

Ibu : Kenapalah Ain tak berubah? Masih sepah2kan baju? Dah berbuih mulut ibu bgtau.. (Bla.. Bla.. Bla..)
Dekat bertahun ibu dok ulang-ulang.. Ain tak ambil peduli.

Ain : Baik ibu... Saya akan kemas.

Bulan hadapannya perkara yg sama juga.

Ibu masih bebelkan isu yang sama dengan topik yg serupa. Dengan tambahan...

Ibu : Tak kuasa lagi ibu nak bgtau. Ain bukan kecik lagi. Dekat 40 tahun ibu ulang-ulang.. Tak ambil kesah jer...

Ain : Tapi.. Umur saya baru 14 tahun...

Ibu : Diam.. Jangan tetiba nak buat mathematik dengan ibu sekarang......!!!!!!

Ibu dah sah salah. Tapi dah typical ibu....

Rata2 bila bual2 dengan kenkawan pasal anak... Anak kita yg sedang kita bebelkan tu bukan tak dengar apa kata kita cuma saja bukan tak perasan. Tapi.. Kalau kita silap fakta.... Laju jer dia nak betulkan. Maknanya depa faham, depa dengar cuma.. Depa malas. Typical
budak remaja....



Si adik yg sangat menyayangi si kakak.
Itulaaa nyawanya.
Aisyah tak bergantung kasih dengan orang gaji.. Kasihnya pada kakak Ainnya. Bertukar 4 org gaji sejak dia lahir, sedikitpun dia tak terjejas kerana yang penting kakak Ainnya.

Semuga kasih mereka hingga ke akhir hayat.

Monday, August 04, 2014

650 ~ Ustazah Aisyah


Smlm dua ekor ikan peliharaan kami mati.
Ain dan Aisyah menanam kedua ikan tersebut. Selesai acara pengebumian, Aisyah naik ke bilik bgtau Ain menanam ikan tersebut.

Aisyah : Ibu... Td Ain tanam ikan.
Dia suruh saya baca Al Fatihah.

Ibu : Ain pun baca juga ke?

Aisyah : Saya baca kuat2. Saya tanya Ain kenapa tak baca... Ain kata dia baca dalam hati.

Takpalaa Aisyah...
Ain baca dlm hati....