Wednesday, May 28, 2014

637 ~ Baru akak tau....


Akak dah lama bawak kereta.
Tapi sejak qeeb dah ada lesen
Pssst
Jgn bgtau dia
Habis kat sini jer citer ni.....
Banyak akak belajar dari dia
Percaya tak?

Selalu akak konpius tiapkali nak isi minyak. Tank belah mana????
Kadang2 sampai salah parking kat pump.
Berhenti belah kiri.. Pump belah kanan.
Berhenti belah kanan... Pump belah kiri.

Psst
Tahun ni umur akak 50 tahun
Akak dah bawak kereta sejak umur 20 tahun.
Terang2 dah 30 tahun bawak kereta. 
Tapi.....
Tak pernah akak tgk gambar pump minyak yg ada dekat ruang speedo meter tu..

Sehinggalaaaaaa
Anak akak qeeb dapat lesen...

Bila akak bg dia bawak kereta.. Bila nak isi minyak akak kalut. Dia parking konfiden jer.

Akak boleh tanya dia semula...
Qeeb
Sure tangki belah sini?

Ibu....
Cuba ibu tengok kat gambar ni.
Arrow belah mana?
Kalau arrow belah kanan, pump belah kanan.
Kalau arrow belah kiri, pump belah kiri...

Eleh..
Ibu tau laaaaa
Saja nak uji qeeb
- tapi
Dalam hati....
Pandainya anak aku ni.



U all kalau tak tahu pun takpa
Akak dah bgtau
So u all tak laaa malu sgt bila tak tahu...
Kan???????

Wednesday, May 21, 2014

636 ~ Rindu pulak


Dulu kalau baru kenal dgn kawan dari sekolah berlainan, suka minta no talipon. Macamlaaa rumah akak ada talipon.

Tapi akak rajin pi talipon kawan. Bila teringat nak jumpa... Akak pun call depa. Buat date nak jumpa.

Jumpa di Jalan lebuh ampang. Sebab kawan akak dtg dari bukit damansara dan jalan cockrane... Bas berhenti di situ.

Lepas jumpa kami pi jalan kaki dari lebuh ampang ke bukit bintang. Jika ada movie yg best di panggung Rex... Kami singgah sana sebelum pergi makan2 di bukit bintang.

Kadang2 kami berjalan kaki ke british council library. Waktu tu kami nak hadapi periksa SPM. Balik dari library kami jalan kaki ke bukit bintang.

Masa dulu, muda lg... Tenaga banyak. Cer buat lg sekarang..... Mau masuk CCU akak....



Kerana talipon awam ni hubungan akak dan teman sejak bangku sekolah terjalin sampai hari ini. Walau terputus dgn seorang dari mereka, tp dgn teknologi hujung jari akak dapatkan beliau semula....

Saya sayang semua kawan2 saya...


Thursday, May 15, 2014

635 ~ Pindah di alamat yg sama


Alhamdulillah..
Akak tangguh cerita ni sebab nak pastikan kesahihan ttg ini.

Alhamdulillah..
Tak perlu minta hak penjagaan lagi sebab ibunya memindahkan anak2nya masih di premis yang sama...

Kami awalnya amat berdukacita bila ibunya membawa kesemua anak2nya berpindah dari tempat tinggal yg telah kami sediakan.
Keesokkannya qeeb dengan gembiranya memberitahu ibu dan anak2nya berada di tepi kotak belakang rumah kami.
Kami beri makan pada ibunya dan ibunya hanya berpindah2 dalam kawasan belakang rumah kami.
Mula2 luar kotak.. Kemudian dalam kotak.. Kemudian belakang washing machine.. Kemudian masuk semula dalam kotak... Keluar kotak semula dab akhirnya belakang washing machine semula....



Ke empat2 ekor anaknya sihat walafiat.
Gebu kerana cukup menyusu.
Dah bukak mata dan tergolek2 main sesama mereka.
Tunggu masa sahaja mereka semua besar.... 

Qeeb dan Ain sangat gembira memiliki anak kucing semula.

Thursday, May 08, 2014

634 ~ Ingat lagi tak?


Pagi tadi sedang rehat2 tetiba dapat WA dari suami...

Kita baca dulu...

Disebuah hospital sakit jiwa, ada seorang pesakit mental dikurung didalam sebuah bilik. 

Kerjanya tiap tiap hari menyanyi, pagi petang siang malam dia menyanyi, tak penat-penat, kalau dah betul betul penat, barulah dia tidur. 

Lagu yang paling dia suka lagu 60-an, semua lagu dia tahu, dari Jefridin, A halim, L ramlee...

Tapi yang peliknya, dia suka nyanyi sambil telentang, agak-agak lepas sejam, dia nyanyi sambil meniarap, selepas sejam telentang semula, begitulah cara dia nyanyi, kejap telentang kejap meniarap, berulang ulang sampailah malam. 

Si warden penjaga hospital ni, rasa heran jugak tapi malas nak tanya, tapi satu hari dia tanya jugak 

" Tanya sikit bang, kenapa kalau nyanyi, sekejap telentang, sekejap meniarap?" 

Jawap pesakit mental tu " Kalau telentang tu side A, meniarap tu side B lah... 
Tak pernah dengar kaset ke???????"


Akak punyalaa sakit perut ketawa dengan kisah yg sangat lawak ni..
Sehinggakan...

Akak mandi.
Boleh terpicit sabun mandi dan terus shampoo rambut.... 
Laaaaaaaa apasal rasa lain macam dan kesat jer rambut ni..
Tak perasan jugak..
Dah basuh rambut... Baru ternampak botol yg akak ingat shampoo rambut rupanya botol sabun....
Pesakit mental tu dah hampir merosakkan rambut akak....

U all baca..
Tapi jangan pikirkan sangat tau....