Tuesday, April 30, 2013

537 ~ Memanglaaaaa dah namanya Aisyah.....or Esah...





Awal tahun memang akak dah siapkan 5 helai tudung untuk Aisyah. Akak tak tahu yang tudung 'awning' dibenarkan digunakan di sekolah. Makanya akak belikan sehelai sahaja tudung Awning.. Bila dah buka sekolah, barulah tahu yang tudung Awning dibenarkan digunakan di sekolah.

Aisyah lebih suka memakai tudung Awning daripada tudung yang dua lapis kerana sewaktu pergi solat, dia kena buka dan pakai semula tudung dan dengan pemakaian tudung 2 lapis tu agar sukar nak betul2kan bahagian muka biar sempurna.. makanya dia hanya memakai sehelai tudung Awning setiap hari.. bila kotor basuh dan esoknya pakai semula. Akak sengaja tak mahu belikan tudung Awning yang lain kerana tudung 2 lapis masih ada 4 helai yang masih baru dan sudah berjahit lencana...

Akhirnya akak tak sampai hati melihatkan Aisyah sanggup bertudung Awnig juga walaupun tudung tersebut dah kotor.. akak belikan 2 helai lagi tudung Awning.

Masalah timbul bila nak pakai tudung baru. Di bahagian mukanya agak ketat. Akak besarkan sedikit dan muat-muat pada wajah Aisyah...

Tiba-tiba Aisyah menangis. Heran jugak akak. Mengalir airmatanya laju..

Ibu : Kenapa Aisyah menangis? Kan ibu dah beli tudung baru?..

Aisyah : (Lama baru jawap.. sambil airmata mengalir...) Tiap-tiap hari saya kena ucap Assalamualaikum pada Cikgu.. Saya kena cakap kuat-kuat...

Ibu : Habis tu cakaplah...

Aisyah : Tapi saya tak boleh bukak mulut besar-besar sebab tudung baru ni ketat....

Laaaaaaaa......
itu jer masalahnya dia boleh menangis sampai berderai2 keluar airmata...

Akak buka semula tudungnya dan besarkan bahagian muka...

Pakai semula... dan Aisyah pun senyum...

Anak laaaa Anak yang bernama Esah ni....



Friday, April 26, 2013

536 ~ Masa memang mencemburui ....



Masa santai sudah lama pergi...
tidak mudah mencari ruang nak duduk2 berblogging macam dulu..
kadang2 nak 'jawap komen' pun berhari-hari...

Baru terasa masa dalam sehari amat singkat..
masa itulah nak masak.. nak mengemas.. nak membasuh.. nak melipat baju..

bila ada masa senggang tu.. mata bagai di cucuk-cucuk minta ditutupkan rapat...

Jika dulu waktu dialysis tak pandai tidur, sekarang dah pandai..
sampaikan Muiz pun perasan...
bila bangun dia senyum dan bgtau " makcik tidur tadi..."

Penat baru terasa..
adikakak talipon pun dah pandai komen akak dah mula jadi surirumah sepenuh masa..
jika tidak tu bila ditanya buat apa...
akak asyiklah jawap baring-baring jer....
sekarang bila dia call... akak sedang masaklah..
sedang kemas dapurlah...
sedang lipat kainlah....

Masih sayang nak menulis cuma masanya dah tidak dapat nak buat sekerap dahulu.....





Thursday, April 18, 2013

535 ~ Habis tu orang mana???



Kisah dua beradik ini  sebelum pergi ke sekolah....

Aisyah : Ibu... Ain cakap Ayat berdosya...

Ibu : Ayat apa?

Aisyah : ayat yang ada S... E... X....

Ibu : Hah!???

Ain : mana ada saya cakap...

Aisyah : Iyer... tadi dia cakap... Maknanya dia bukan orang Malaysia sebab cakap ayat berdosya....

Hahahahahahaha

Tuesday, April 16, 2013

534 ~ Nak ku apakan bila jadi gini????


Sekarang bila selesai makan... anak-anak memang membantu mengemas meja... basuh pinggan mangkuk waima periuk juga... ( hahahah dapat guna ayat Waima....)

Tapi malam ini tetiba semua lari naik atas tinggalkan akak dan abahnya...

Semasa suami nak menaiki tangga akak berpesan...

Isteri : Yang... naik nanti tolong panggilkan Sesapa tolong orang kemas meja ni...

Suami : ( Sewaktu menaiki tangga) Sesapa... oooo sesapa.... ibu panggil minta tolong kat bawah...

Hahahahahahahaha
Mau tak ketawa kita yang mendengarnya????

Monday, April 15, 2013

533 ~ Insan Istimewa..



Seringkali kita terlepas pandang pada Insan Istimewa yang ada di sekeliling kita... ALLAH jadikan mereka kebanyakannya menjadi pembantu pada sesuatu keluarga dan masyarakat.

Bagi sesebuah keluarga yang mempunyai Anak Istimewa .. dengan didikan yang baik (dan mereka ini semula jadi memang baik perangainya tidak berdendam.. bersangka buruk...) mereka adalah pembantu yang membantu dengan ikhlas buat keluarga mereka dan masyarakat juga. 

Sejak akak berkawan, tiga keluarga yang akak kenal mempunyai Insan Istimewa ini. Seorangnya abang kepada sahabat baik akak. Bila-bila akak kerumahnya, kami dihidangkan dengan lauk yang dimasak oleh abang angkatnya Abang H... Ya ALLAH... tak tipu... masakannya memang sedap dan perfect.... teringat2 sampai hari ini.

Kawan yang kedua juga punya abang yang sama. Abangnyalah ( Abang H juga namanya) yang banyak membantu ibu mereka ke kedai beli bahan untuk nak masak... mengemas rumah... menyapu laman...(rumahnya besar.. pokok2 rendang sekeliling rumah... tiap-tiap hari lamannya bersih sahaja..... ) Dalam pada sibuk mengemas, sempat memasak... Tak tipu lagi... masakannya... Ya ALLAH... sempurna.... sedapppp....

Kawan yang seorang lagi ni punya abang juga Insan Istimewa... memang rajin mengemas tapi bab masak... tak buat sebab ibu mereka yang selalunya masak untuk kami. Tapi bab mengemas dan membantu orang waktu kenduri kendara... jangan cakap.... memang abang K sangat rajin... orang lain boleh balik tinggalkan segala periuk belanga yang hitam legam... abang K lah yang mengemaskannya sampai bersih dan siap kemas sampah-sampah lagi....

Pernah sekali waktu akak beranak kecik.. bawa anak sekali datang ziarah kerumahnya... nampak hari agak mendung.... Abang K terus masakkan secerek air untuk dibuat mandi anak akak yang waktu itu umur belum setahun. Di siapkannya besen depan pintu rumah sebab kalau boleh dia tak beri akak masuk bilik air dengan baby sebab kuatir akak jatuh sambil pegang baby.... dah siap semua dia akan panggil akak untuk mandikan baby di depan pintu hadapan rumahnya... hahahahaha.... Rindu padanya....

Insan Istimewa yang akak kenal ini sewaktu dialysis di Hospital Serdang.. menemankan jiran sebelah rumahnya mendapatkan rawatan dialysis.  Kami yang tiada pembantu dibantunya dengan berlapang dada...

Kejap-kejap kedengaran " Muiz... air biru habislah.... tolong ambilkan air biru..."
" Muiz, laparlah... tolong gi kantin carikan pau..."
" Muiz.. tolong tukarkan paper ini dengan kak sham..."
" Muiz... botol ni ketat betullah nak buka.... tolong bukakan tutupnya.."
" Muiz.... tolong belikan air ..."
" Muiz.. tolong belikan nasi kat kantin..."
" Muiz, tolong ambilkan selimut.... sejuklah hari ni..."
" Muiz... tolong carikan kipas saya..."
" Muiz... dah terlanjor Muiz bangun tolong ambilkan tisu kat sink tu..."

Jawapannya?...

" Boleh... boleh... tak apa....."






Inilah hero yang didatangkan untuk kami pesakit di bilik rawatan dialysis ni..
Ada seorang pesakit cukup sayangkan padanya dan dia pun sangat menyayangi pakcik itu.. Birthday Muiz baru ni, pakcik tu belikan dia jam tangan memang cantik..
Hah!!! Baru teringat nak belikan sesuatu untuk birthday Muiz tahun ini.....






Kadang-kadang kita meletakkan kejayaan akademik sebagai penanda aras kejayaan seseorang anak tu.
Bagi akak, cukuplahsekadar dia hidup tidak menjadi penagih dadah.. perompak.. menyusahkan ibu bapa depa semula... bergaduh adik beradik berebutkan harta...

Banyakkan yang hendak kita Syukurkan......

Friday, April 12, 2013

532 ~ Kasihnya Adik....










Semalam hujan turun dengan sangat lebatnya.
Aisyah tiba di rumah terus menangis kesedihan. Akak bingkas mendapatkannya dan bertanya kenapa menangis. Fikirkan dia bergaduh dengan kawan atau cedera sebab jatuh. Rupa-rupanya dalam teresak-esak dia memberitahu kakak Ainnya tiada dalam bas bersamanya.

Bas sekolah selalunya mengambil Aisyah dahulu kemudian singgah di sekolah Ain. Memikirkan waktu bas berhenti di sekolah Ain, Ain sudah selamat naik bas... Aisyah pun relak lah.. Sampai rumah, baru disedarinya Ain tiada sekali.

Tanpa berlengah akak menalipon pemandu bas. Katanya dia ada bertanyakan murid yang naik di sekolah Ain, mereka menjawap semua dah ada. Kerana hujan lebat, dia tidak memerhatikan dengan teliti siapa yang tiada. Dia berjanji akan kembali semula ke sekolah Ain untuk mengambil Ain.

Dalam pada itu akak pun bersiap terus pergi ke sekolah Ain. Memang kawasan sekolah sudah tiada murid dan lengang waktu akak tiba. Akak talipon pemandu katanya dia sudah mengambil Ain. Alhamdulillah... leganya hati.

Rasanya tiada apa yang dapat akak lakukan seandainya sesuatu yang buruk berlaku.
Au'zubillah .....
( Takut nak teruskan ayat...)

Apapun akak bersyukur segalanya selamat.

Nampak sekali bagaimana Aisyah sangat kasihkan kakak Ainnya. Seandainya akak dan abahnya kemana-mana hendak membawa Aisyah sahaja, Aisyah tidak akan mahu andai Ain tidak bersama. Waima jika bersama kakak Zahrah atau Qeeb sekalipun.. dia tidak akan mahu jika bukan kakak Ainnya. Dia sendiri yang memilih merapatkan dirinya dengan Ain. Waktu kecik2 dahulu.. jika akak masuk wad... dia tak apa-apapun.. Duduklah akak kat wad selama sebulan ker... tiada apa-apa padanya. Jangan kakak Ainnya tak ada di rumah seminit... Runsing sungguh dia....

Baguslah Aisyah. Semalam dalam perjalanan mencari Ain ke sekolah akak pergi dengan Aisyah... akak tanyakan soalan cepumas ini dan jawapannya dia memang sayangkan Ain lebih dari dia sayangkan ibu dan abah. Nak kecil hati pun tak boleh... Ikatan adik beradik...

Semuga Ain akan menjaga Aisyah sebaik-baiknya bila ibu dan abah dah tiada nanti.



Tuesday, April 09, 2013

531 ~ Andai kata.....




Andai kata....

Seru jer kat periuk kosong ni.....

' Hai periuk ajaib.... sediakan saya lauk ini....'




Gulai Lemak Ikan Senangin dengan Belimbing...




Sambal Ayam Berlado..




Ayam Masak Ros..




Sup cendawan butang dan bebola ikan..




Memang makin sihat dan gumuklah akak.....


Mode : Merapu tak tau nak masak apa.....