Friday, April 12, 2013

532 ~ Kasihnya Adik....










Semalam hujan turun dengan sangat lebatnya.
Aisyah tiba di rumah terus menangis kesedihan. Akak bingkas mendapatkannya dan bertanya kenapa menangis. Fikirkan dia bergaduh dengan kawan atau cedera sebab jatuh. Rupa-rupanya dalam teresak-esak dia memberitahu kakak Ainnya tiada dalam bas bersamanya.

Bas sekolah selalunya mengambil Aisyah dahulu kemudian singgah di sekolah Ain. Memikirkan waktu bas berhenti di sekolah Ain, Ain sudah selamat naik bas... Aisyah pun relak lah.. Sampai rumah, baru disedarinya Ain tiada sekali.

Tanpa berlengah akak menalipon pemandu bas. Katanya dia ada bertanyakan murid yang naik di sekolah Ain, mereka menjawap semua dah ada. Kerana hujan lebat, dia tidak memerhatikan dengan teliti siapa yang tiada. Dia berjanji akan kembali semula ke sekolah Ain untuk mengambil Ain.

Dalam pada itu akak pun bersiap terus pergi ke sekolah Ain. Memang kawasan sekolah sudah tiada murid dan lengang waktu akak tiba. Akak talipon pemandu katanya dia sudah mengambil Ain. Alhamdulillah... leganya hati.

Rasanya tiada apa yang dapat akak lakukan seandainya sesuatu yang buruk berlaku.
Au'zubillah .....
( Takut nak teruskan ayat...)

Apapun akak bersyukur segalanya selamat.

Nampak sekali bagaimana Aisyah sangat kasihkan kakak Ainnya. Seandainya akak dan abahnya kemana-mana hendak membawa Aisyah sahaja, Aisyah tidak akan mahu andai Ain tidak bersama. Waima jika bersama kakak Zahrah atau Qeeb sekalipun.. dia tidak akan mahu jika bukan kakak Ainnya. Dia sendiri yang memilih merapatkan dirinya dengan Ain. Waktu kecik2 dahulu.. jika akak masuk wad... dia tak apa-apapun.. Duduklah akak kat wad selama sebulan ker... tiada apa-apa padanya. Jangan kakak Ainnya tak ada di rumah seminit... Runsing sungguh dia....

Baguslah Aisyah. Semalam dalam perjalanan mencari Ain ke sekolah akak pergi dengan Aisyah... akak tanyakan soalan cepumas ini dan jawapannya dia memang sayangkan Ain lebih dari dia sayangkan ibu dan abah. Nak kecil hati pun tak boleh... Ikatan adik beradik...

Semuga Ain akan menjaga Aisyah sebaik-baiknya bila ibu dan abah dah tiada nanti.



12 comments:

  1. alaaaaaa.....tersentuh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya...
      Hubungan Aisyah dan Ain memang unik..
      kadang2 sayang sangat... kadang2 geram sangat... apapun Aisyah terlalu sayangkan Ain..

      Delete
  2. kalau di rumah ni kakak chantik dgn kak ngah w.pun ada gaduh2 jugak muhammad ariq lebih dkt ayong (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya...
      gitulah hal anak-anak..
      gaduh seminit.. kita ni siap meleraikan..
      tak sampai seminit.. dah baik semula...

      Delete
  3. Replies
    1. Doc..
      Ain dah 2x kena tinggal kereta dan bas..
      sekali hilang ikut kereta kawan kelas...
      memang lebih seriau dengan Ain ni...

      Delete
  4. assalm makcik...touching hti ini...kasih syg seorang adik..semoga sampai syurga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dil..
      Waalaikummussalamwarahmatullahiwabarakatuh...
      inilah halnya anak-anak..
      sebab itu makcik dan pakcik payah nak lepaskan depa ke asrama.. makcik dan pakcik nak pupuk rasa kasih dan rapat mereka antara satu sama lain..
      Aamiin... terima kaseh atas doa Dil itu..

      Delete
  5. Akak
    Kalau Aisyah tak berapa sayang pada ibunya, apa lagi... pack your bag terus ke BBBB laaa, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CS..
      dah banyak kali akak pack.. tapi akak selalu silap bas... balik2 bas bawak ke BBB jer.... tak sampai2 ke BBBB....

      Delete
  6. so sweet! kak ain so special kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madora...
      Aisyah really look up on Ain... sayang sungguh dia... dengan kakak Qeeb dia takut... dengan kakak zahrah dia buli....
      ekekekekeke

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata