Tuesday, August 23, 2011

1134 ~ Kisah Peladang Jaya nak memetik mangga pertamanya.







Peladang Jaya ternampak sehektar  buah mangga di ladangnya sedang masak ranum.. Dengan hati yang girang gumbira dia pun terus mencapai gunting dan pergi mendekati pokok mangganya itu. Hendak di capai mangga tersebut, rasa tinggi pula buah tersebut.... maka dia pun memanjat tebing tembok yang agak berumput untuk mendapatkan posisi yang membolehkannya memegang buah mangga tersebut dan dapatlah dia melakukan upacara perasmian menggunting  buah mangga sulungnya.

Tetapi malang memang tidak berbau.
Sewaktu dia berdiri di atas rumput ditepi tebing tersebut, kakinya tergelincir... Dia menggelonsor dan melanggar batang pokok mangga... Apalagi... bergegarlah pokok mangga tersebut akibat terkejut.

Berdebup.....
Jatuhlah buah mangga yang hendak di rasmikan dengan gunting....

Gunting masih di tangan... Mangga dah tergolek di tanah.....

Nasib..nasib....


Now I find myself so strong
Everything changed when U came along




LUEM

Monday, August 22, 2011

1133 ~ Kempen... jangan tak kempen...





Dalam perjalanan pulang ke kampong.

Isteri : Yang... yang dah tengok iklan mengenai kereta XYZ hari ni..??

Suami : Belum..

Isteri : Iklan tu cakap khas untuk mereka beranak 4 dan punya bibik..

Suami : Iyer...???

Isteri : Iyer... bagi mereka yang beranak 4 anak perempuan dan punya bibik.. sering balik kampong ... especially kampong di Melaka....

Suami : Wah! bagus spesifik pulak iklan tu...

Isteri : Mmg spesifik... siap dia tulis... tukarlah sekarang.. raya dah nak dekat ni...

Suami : Untuk orang yg anak perempuan 4 orang tu? Dia tulis macamtu???... Nanti abang tengoklah iklan tu...

Ini adalah salah satu kempen 'tukar kereta' sempena nak raya....

Setakat ini belum berjaya lagi.....



I feel so blessed when I think of You


LUEM

Sunday, August 21, 2011

1132 ~ Mula2 ke Masjid Besi...kemudian ke Tutti Fruitti



Malam ke 21 Ramadhan...
Selepas berbuka, kami ke Masjid Besi PutraJaya... Alhamdulillah... dengan ramainya jemaah terasa kemeriahannya menyambut malam ke 21 Ramadhan. Kereta jemaah melimpah ruah keluar dari kawasan Masjid sebagai tanda Masjid di makmurkan pada malam 21 Ramadhan. Syukur Alhamdulillah....

Akak memang suka melihat senibina Masjid Besi ini. 




Kelihatan juga jemaah dari luar negara turut bersolat terawikh di sini.  Rasa macam di Mekah Mukarramah pula..



Aisyah menjadi anak yang dengar kata tidak berlari-lari atau membuat bising... Rezeki kami juga... Alhamdulillah...




Pak Iman dengan anak-anak daranya.... Terbayang nanti bila anak-anak semua dah besar dan bekerja.. masihkah mereka sama-sama ke Masjid menyertai kami solat terawikh?..




Aras ini membolehkan jemaah wanita tidak perlu jalan jauh mencari tangga ke bahagian solat wanita. Melalui pintu masuk 4, amat mudah mencari dewan solat wanita dan tempat wuduq wanita.




Saja ambil untuk peringatan.. Level 6, C1.




Selepas bersolat terawikh kami semua di bawa ke Tutti Fruitti... Hadiah buat Aisyah kerana menjadi anak yang baik di Masjid... dan hadiah untuk tekak kami semua.... Thank You, Abah... - sebenarnya abahnya yang dah teringin nak makan Tutti Fruitti... dia dah suka sangat FroYo...




Ain dan Qeeb tekun mengadap Fro Yo masing-masing.



Cukup menikmati..
Peminat tegar Fro Yo....









Ku menunggu getar hatiku... Anganku hanya untukmu


LUEM

Andrea Bocelli - Canto Della Terra


Makna Lirik Canto Della Terra
Song about the Earth

Yes I know
My love, that you and I
Are together briefly
For just a few moments
In silence
As we look out of our windows
And listen
To the sky
And to a world
That's awakening
And the night is already far away
Already, far away

Look at this world
Spinning with us
Even in the dark
Look at this world
Spinning for us
Giving us hope and some
Sun, sun sun

My love, you are you my love
I hear your voice,
And I listen to the sea.
It sounds just like your breathing
And all the love you want to give me
This love
That is there, hidden
Hidden among the waves
All the waves in the world
Just like a boat that....

Look at this world
Spinning with us
Even in the dark
Look at this world
Spinning for us
Giving us hope,
And some sun, sun, sun,
Some sun, sun, sun.

Look at this world
Spinning with us
Giving us some sun,
Mighty sun
Mighty sun
Mighty sun

Saturday, August 20, 2011

1131 ~ Bila Ibu Masak..... Anaknya....




Atas permintaan Qeeb, lauk berbuka semalam adalah daging dendeng. DI rumah kami daging dendeng memang menjadi kegemaran kerana cili yang digunakan ialah cili hidup.




Tapi kan tak sangka pula lauk ini menjadi kegemaran Aisyah... Lihatlah buktinya dia hingga menjilat pinggan..


.
.
.
.
.
.

Sehingga licin...



Malamnya pula dia sempat mengambil beberapa ketul daging untuk di ratah sewaktu menonton movie. Bukan main berseleranya dia. Bila anak menunjukkan dia suka masakan ibunya... boleh hilang segala penat ketika menyediakan dan memasak juadah tersebut. Seronok melihat anak suka lauk yang di sediakan...



Mencintaimu tak mengenal waktu..tak mengenal puitis..Hanya Tulusnya Hati.....





LUEM

Friday, August 19, 2011

1130 ~ Hai ...lah...


Anak kedua akak dah boleh diharap ke pasar memilih ikan dan sayur-sayuran... Waktu akak ke Bandung hari tu, dia yang ke pasar dengan abahnya. Abahnya hanya beri wang dan tunggu dalam kereta....

Makanya dengan rasa yang megah diapun memberi nama pada semua pokok2 yang dia nampak sepanjang perjalanan kami pulang ke rumah dari sekolah. Pokok sukun, pokok jambu air, pokok mata kucing, pokok belimbing dan macam2 lagi dia dapat namakan dengan tepat. Sehinggalah..

.
.
.
.





Cuba teka apa katanya nama pokok ini..???


Qeeb : Belimbing bulat.....

Mahu nak pecah perut kami dalam kereta mendengar nama baru pokok cermai.... Kesian dia. Sebab itupun baru pertama kali dia nampak pokok itu. Ikut logik daun pokok cermai yang menyerupai pokok belimbing tentulah namanya sama juga... bentuk yang bulat buah cermai menjadikan ianya Belimbing Bulat....

Akak pernah merasai mempunyai pokok cermai di rumah. Bila berbuah memang lebat. Nak makan sebiji-sebiji mentah2 memang tak sanggup. Yang sedapnya ambil tumbuk dengan cili api, gula, belacan... Hmmmm.. Siapa yg puasa mesti dah kecur air liur... Sorrryyyyy.............






And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you




LUEM

1129 ~ Berbuka bersama 'anak-anak' Kardiologi..



Petang semalam, sekali lagi akak berbuka di luar. Kali ini sebagai meraikan warga Jabatan Kardiologi Hospital Serdang di Pullman Putrajaya...

Pintu masuk ke parking...




Kami tiba dah hampir maghrib... tak jumpa ramai warga yg pernah menjadi 'anak' sewaktu akak di rawat di CCU. Bila ada kesempatan untuk bertemu mereka, akak memang tak akan lepaskan peluang. Mereka inilah yg banyak berjasa dengan menjaga kebajikan akak di CCU.

Kelihatan SN Harlina... antara yg banyak membantu akak..
Beliau baru saja melahirkan anak ke empat. Alhamdulillah dan Tahniah, Ina.




Akak cuma berbuka dengan jemput-jemput sebelum menunaikan solat maghrib..
nak rebut solat awal agar nanti tidak sesak sangat di surau..




Lychee Blue..
mmg sedappp..




Rojak buah2an..



Mee Kari ini akak makan selepas solat...
sedappppp.....



Kemudian ambil nasi berlaukkan pucuk manis masak lemak, ikan patin tempoyak, udang butter.. kerabu jantung pisang, kerabu cendawan dan kerabu kacang botol...



Jumpa cucu.. Iffat..anak kepada SN Intan Azzurah.....antara yg menjaga akak di CCU. Waktu itu SN Intan baru 2 minggu bertugas di CCU....




SN Intan...
Mengenalinya dari anak dara.. sekarang ibu beranak satu...
memang manis mengenangkan...



Datuk Arbi Ketua Pengarah Hospital...




My faberet... ABC..




Buah2an dan jelly...



Verdict...

Pullman Putrajaya mmg the best antara 3 tempat berbuka yg kami pergi..
Minggu depan nak bawak anak2 pulak..


Suami yang diperkenalkan dengan Tutti Fruitti dah teringat2 pd TF...
singgah sebentar untuk men jamu tekak..
siap ambil lagi selepas habis satu mangkuk...
dahsyat tu...
flavour pilihan 'Tutti Fruiiti'..



Makan bertambah2...
tak cukup satu mangkuk..




I really want to be with u right now!


LUEM