Wednesday, January 20, 2016

715 ~ Kenangan akak dengan buah Rambutan.



Buah yang paling akak rindui ialah buah rambutan.
Melihat ianya bergayut hijau dan merah memang boleh membuat akak rindu masa akak kecil dahulu.

Di kawasan rumah akak di Kg Baru dahulu, kami mempunyai dua batang pokok rambutan. Satu rambutan masam manis yang tak lekang dan sedap dimakan bila masak ranum dan sedap digunakan sebagai bahan masakan. Arwah makcik akak iaitu makcik Ramlah akan memasak paceri rambutan dan jem rambutan bila pokok rambutan kami berbuah lebat.

Pokoknya yang besar dan rendang terletak di sebelah kiri pintu utama hadapan rumah akak. Memang redup dan sejuk sahaja kawasan tersebut. 

Akak rasa bahagia setiap kali terlihat bunga2 dan putik2 setiapkali ia berbuah. Kemudian ianya menjadi hijau, kuning dan merah. Subhanallah.. Mmg indah pemandangan itu.

Lagi sepokok buahnya masak lekang. Kami dahulu mmg guna ayat 'lekang' dan 'tak lekang' pada buah rambutan yg berbeza.
'Lekang' bilamana isinya mudah dimakan dan tidak melekat dengan biji rambutan manakala 'tak lekang' buahnya melekat antara isi dan biji rambutan. Rasanya pun berbeza.

Buah yg lekang selalunya manis manakala buah yang tak lekang ianya masam2 manis. ( sewaktu akak sdg describe rasanya siap keluar air liur teringat kelazatan masam2 manis buah rambutan yang tak lekang ).

Buah yang masak lekang selalunya ramai yang suka. Makanya sebaik pokok rambutan lekang akak berbuah, penyewa2  di kawasan rumah akak akan berebut2 mengambil buahnya. Memang taklama pemandangan buah rambutan lekang dipokok sebaik buahnya berwarna merah. Berbanding dengan buah rambutan tak lekang di hadapan rumah akak.. Buahnya bergayut hingga merah hitam pun masih banyak berbaki di pokok. Hanya yg pandai memanjat saja yang dapat merasa buah2 hujung begitu kerana mana2 buah yg mudah di capai dan dijolok sudah habis diambil. Hanya buah2 yg berada di kedudukan tertinggi dan hujung2 dahan sahaja yg tinggal.

Tapi jangan terkejut bilamana arwah mak akan memanjat mengambil buah2 yg dipucuk2 tertinggi setiapkali arwah adiknya makcik ramlah menyuarakan hajat nak masak paceri rambutan utk dimakan dengan roti canai pada keesokkan paginya. Arwah makcik juga pandai membuat jem rambutan yang sangat enak dengan buah rambutan kami itu.

Al-fatihah buat arwah mak dan arwag makcik.

10 comments:

  1. Pokok rambutan depan rumah kakcik ni dah lama kena tebang dek abang. Masa tu pokoknya tengah lebat berputik. Sayang sangat rasanya tapi dah kehendak abang, tebanglah juga atas alasan 'banyak nyamuk buat sarang'... hmmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika tidak, boleh saya bawa tangga lipat saya panjat rambutan kakcik...

      Delete
  2. Saya suka yang lekang. Dulu masa saya kecik, arwah mama selalu bawak saya beli di bukit dumbar (penang). Disitu ada beratus-ratus pokok rambutan. Dulu kiraannya, 100 biji, 200 biji, dan seterusnya. Sekarang dah pakai kilo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belahmana bukit dumbar?
      Akak setahun tinggal di jalan thomas, bukit dumbar..pastu dah pandai cari jiran melayu kat lengkok pemancar, glugor.

      Delete
  3. Kenangan memang indah untuk di kenang, Aina masa kecik tok ayah ada kebun rambutan jadi bila tiba musim suka ikut tok ayah dan tok pi kebun selain boleh makan rambutan sepuas-puasnya part paling best boleh ikut tok cari rebung dan terus masak di situ.

    ReplyDelete
  4. assalam makcik..umah dil pun ada pokok rambutan dlu...kami 2 bradik selalu menyoorok kat situ bila kena marah..tapi skrg pokok tu dh mati...huhu..rndunya buah rambutan..dh 5 tahun dil x makan..sob sob...

    ReplyDelete
  5. mak saya, dulu, buat jem dari buah rambutan yang masam.

    sekarang, kat kawasan rumah mak saya dah tak ada pokok rambutan.

    ReplyDelete
  6. Akak pun tak pernah jumpa lagi rambutan masam selain dari depan rumah akak....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata