Thursday, April 16, 2015

745 ~ Lagi Ngeri dari mimpi....


Akak pernah cerita akak tertinggal passport masa nak daftar masuk di Lapangan Terbang... Kan????
Yang kisah ini lagi ngeri dari itu.

Suami nak bawa seisi keluarga pi bercuti.
Cari tiket online.
Dapat beli tiket untuk Ibu dan Abah.
Tiket anak-anak tak sempat beli kerana ingatkan passport anak2 ada dalam simpanan ibu.
Bila abah menanya ibu, ibu mati2 ingat abah yang simpan.
Maka kedua2nya mengambil masa selama 2 minggu mencari sana dan sini...
Setelah pasti memang takkan jumpa...
Kami pun memilih untuk membuat repot polis.

Baca di website, macam2 cara yg lain org membuat gantian passport mereja yg hilang.

Ini versi kami :

Ada  website kata buat repot di Balai Polis Bandar Baru Bangi.
Kami pergi kesana tapi di sana kami dinasihatkan pergi repot ke Balai Polis Kajang. Di Balai Polis Kajang ada Jabatan Siasatan Jenayah.

Kesana pula kami pergi.
Pengawal di pintu Balai Polis Kajang mengarahkan kami naik ke tingkat 3, bangunan Trafik. Di situ ada unit IPPD yang mengendalikan hal untuk merepot kehilangan passport.

Naik ketingkat 3 memang membuatkan akak tercungap. Sebaik pegawai yg bertugas membuka pintu dan mempersilakan kami duduk. 
Sewaktu pegawai penyiasat bertanya ttg
Kehilangan passport mmg akak tak boleh nak cerita. Abahnya masa itu sedang mencari parking kereta di luar Balai Polis Kajang. Kami turun di hadapan pintu Balai Polis Kajang terus naik ke IPPD.

Pegawai penyiasat meminta akak berehat dahulu setelah lega baru bercerita ttg kehilangan passport utk dibuat laporan.


( Pegawai penyiasat yg sangat membantu dalam urusan membuat laporan )

Selesai laporan, kami diberi salinan repot untuk ditunjukkan kepada pegawai yang akan mengambil repot di bangunan utama Balai Polis Kajang.

Selesai membuat polis repot, kami terus ke Jabatan Immigresen Kajang. Walaupun  pejabatnya di tutup pada pukul 530ptg, pembahagian nombor telah dihentikan pada pkl 430ptg.

Kami bertemu dgn pegawai yg sdg bertugas.
Beliau berikan senarai borang yg perlu di isi dan borang2 yg perlu disediakan utk permohonan. Besar sungguh kerjanya  hendak mengganti passport yg hilang.

Nanti setelah selesai urusan yg tertangguh ini, akak akan ceritakan satu persatu.

4 comments:

  1. Baru baca intro pun kakcik dah ikut rasa semput...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempur saya sampai hari ni...
      Tak baik2...

      Delete
  2. salam makcik..aduhai..dil plak yg terasa ngerinye..Allah Allah..moga mudah segalanya....in shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg ngeri Dil
      Tak pernah terbayang akan hilang passport
      Terima kaseh atas doanya...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata