Tuesday, February 10, 2015

725 ~ Dulu dan Sekarang......


Waktu akak kecil2 dulu ... Rumah akak tiada TV. Arwah mak tak berminat nak menonton TV yang padanya rata2 cerita di TV adalah cerita Omputeh dan banyak adegan yg tak elok ditonton kanak2.

Akak pun kalau nak menonton kena pergi tumpang menonton di rumah penyewa rumah akak takpun kerumah jiran. Banyak kenangan masa menumpang menonton TV rumah orang.

Jom kita mula dengan jiran A.

Akak suka pi menonton dirumahnya kerana dia suka mengulas cerita2 yg kami menonton. Kak Rosnah yang punya anak kecil2 suka ajak akak menonton dirumahnya kerana waktu itu akak berusia 13/14tahun... Pada kak Rosnah, seronok nak bual bicara mengenai kisah Six Million Dollar Man... Bionic Woman.. Cerita hujung tahun 70an.. Dll. Dia suka ulas balik dan bgtau apa yg dia fikir mengenai sesuatu episod itu.
Yang paling best sekali bila waktu akak sampai dia sedang makan anak beranak. 

Kak Rosnah pula mmg seorang yg pandai masak. Makan berebut2 dgn anak2nya mmg seronok berbanding makan sensorang dirumah. Arwah mak pula kadang2 ada.. Kadang2 tidak sebab pi mengajar mengaji anak saudara dan jiran di rumah mereka. Ada yang tinggal di Jalan Aman, berhampiran Jalan Tun Razak. 

Arwah mak akan masak lauk waktu sebelum zohor  kemudian selepas zohor beliau akan pergi mengajar kerumah saudaramaranya dan mengajar ramai anak saudara dan anak jiran2 mereka yang agak ramai. Selalu arwah mak akan solat maghrib dan isyak di sana dan malah adakalanya mmg selalunya makan malam dahulu sebelum pulang kerumah. Makanya banyak masanya akak akan makan sendirian dirumah.

Kak Rosnah pula sangat suka kalau akak dapat kongsi lauk yg arwah mak akak masak. Akak bawa lauk seperti rendang ayam atau rendang daging yang sangat kak rosnah suka. Satu lagi kalau arwah mak buat kuih karipap, apam tepung beras atau wajid.. Mmg akak akan bawa untuk dimakan bersama kak Rosnah.



Jiran B

Menonton dirumah  Penyewa rumah akak waktu akak berusia 6 tahun. Sebab waktu ini akak kecil lagi.. Akak selesa menonton di rumah penyewa kami yg rumahnya hanyalah sebelah rumah kami. Antara cerita yg akak suka tengok 
Giant Robot.. Cerita drama melayu... Spt Pontianak dan lain2. Cerita sekitar awal tahun 70an.

Waktu ni kalau menonton TV malam2.. Hendak2nya pulak cerita seram.. Nak balik rumah mmg selalu kena sakat. Walaupun cuma sebelah rumah tapi nak balik dan menunggu emak atau makcik bukakan pintu mmg menakutkan dalam keadaan malam yang gelap. Bila ditakut2kan mmg akak akan menangis.
Keesokkannya akan jadi bahan gelak oleh teman2 sebaya.

Akhirnya sewaktu akak berusia 14tahun barula arwah mak belikan TV sebab mungkin arwah mak melihat umur 14tahun dah tak manis nak menumpang nonton TV dirumah jiran. 

Banding sekarang dan dahulu..
Dahulu nak mendapatkan sebiji TV mmg payah. Berhutang dan bayar bulan2 selama setahun dengan kedai letrik.. Manakala sekarang TV mampu dibeli tanpa berhutang. Hinggakan setiap ruang dan bilik di rumah kita ada TV. Anak2 sekarang tak pernah merasa susah. Bezanya taraf hidup kita waktu sekarang dengan dulu.

Apapun akak suka dahulu sebab banyak kenangan. Kalau akak tak menumpang TV rumah kak Rosnah, takdalah ikatan kakak angkat antara akak dengan kak Rosnah.
Tak adalah surat dari Kak Rosnah mengingatkan akak 'malam ini ada cerita apa' 'Apa lauk hari ini' dan ada satu surat yg selalu akak dapat.. Kandungannya hanya akak dan kak Rosnah saja yang tahu.

Walau dimana kak Rosnah ada.... I will remember u dan missed u.....







8 comments:

  1. Bila orang berbuat baik kepada kita, pastinya sukar sekali untuk kita lupa... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh kakcik
      Itu yg jd ayat
      Budi yg baik dikenang jua....

      Delete
  2. ukhuwah itu indah makcik..setiap kebaikan psti diingt selamanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh Dil
      Ukhwah kerana ALLAH...
      ALLAH beri pahala lg....

      Delete
  3. Dulu cerita melayu disiar jauh malam. bila giliran cerita Sitora harimau jadian, nak balik ke rumah dah takut sebab kena lalu ladang getah untuk balik.

    apa lagi, larilah dalam gelap. tiba tiba terlanggar pokok getah... ha..ha..

    penangan tengok tv rumah jiran yang jauh dari rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupanya ramai yg serupa kenangan masa kecik...
      Balik dari tgk tv terbawa2 rasa takut dgn filem yg di tonton.

      Delete
  4. ya best kan tengok tv berkumpul bersama jiran. budak sekarang takde pengalaman semangat berjiran. dulu ada juga tengok tv di balai rakyat dan kadang ada big screen di padang.

    madora

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar sekali madora
      Anak2 kita takrasa semangat kejiranan serupa mcm kita lalui dahulu.....
      Indahnya dulu... Saling perlu memerlukan dgn jiran...

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata