Thursday, February 05, 2015

724 ~ Penunggu Rumah..


Sejak di serang oleh si Kitam... Kitam ni punya sejarah dirumah kami. Pernah menumpang beranak dirumah kami, memindahkan anak2nya.. Kemudian datang semula... Pindah semula setelah anak besar dan kemudian datang balik semula di rumah kami sendirian... Tak tahu mana anak2nya.

Sekarang ni mmg Kitam agak aggresif bila melihat Mika dan Bagera yang darang tinggal dirumah kami selepas dia berpindah bawa lari anak2nya dari rumah kami. Pantang lihat Mika dan Bagera berkeliaran diluar rumah, Kitam akan menerkam dan menyerang Mika dan Bagera. Mungkin sebab Mika ada naluri seorang ibu, maka Mika juga berani melawan kembali di Kitam. Pernah juga akak lihat mencicit juga laaa si Kitam melarikan diri dari lawan balas Mika.

Akan tetapi Bagera seekor kucing muda, selepas cedera di lukakan menjadi sangat takut untuk keluar berkeliaran waima depan pintu sekalipun.... Dia lebih selesa duduk2 dalam rumah dan bermain bergurau dengan Mika apabila Mika ada dirumah. Lebihnya Bagera lebih suka baring dan tidur di atas sofa atau bawah meja makan.


Rancangan akak selepas baik lukanya akak nak bawa 'Kasi'/Mandulkan Bagera  agar terus menjadi Penghuni Rumah. Baru ni doktor bgtau kena tunggu demamnya baik.. Kemudian bawa untuk Vaksin pertama. Lepas sebulan bawa untuk Vaksin Kedua dan selepas sebulan baru boleh di kemirikan.

Sebab tu laaa usaha akak selalu gagal untuk kemirikan ibukucing kesayangan kami sebelum ini kerana jangkamasa yg panjang begitu menunggukan vaksin-demam-vaksin-demam. Sementara nak tunggu vaksin kedua, Baby Ching dah termengandung..........
Dengan Bagera ianya berbeza kerana Bagera lansung tak keluar rumah sekarang ini. Mudah2an usaha ini akan berhasil.

6 comments:

  1. bawah meja makan..oh naseb hari tu takde

    madora

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat tinggal tetap bagera dlm kandang. Bg lepas supaya dia tak rasa terkurung sgt...
      Tp kalau ada tamu, mmg kurung jer...

      Delete
  2. Kesian Bagera... penakut jadinya dia ya? Tak tahan cabaran tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing kitam tu pun sgt garang dan kejam. Kucing2 kami mmg sejak dari dulu tak ganas....

      Delete
  3. Marina terjumpa kucing liar sekor. Dia bawak balik kemudian ke klinik untuk pemeriksaan. Dia belikan loceng, dia belikan makanan dll. Sekarang "Tommy" dah besar dan kuat merayap. Siang merayap dan malam baru balik rumah cari makan. Tapi sekarang Tommy bawak balik sekor lagi kucing yang Marina namakan "Snowy". Lama kami perati kot-kot ada perubahan pada Snowy last-last Marina kata Snowy tu kucin jantan jugak...Kami renggah gelak......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik nama
      Snowy n tommy...
      Kucing jantan pun best. Takda masalah beranak pinak.

      Delete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata