Monday, June 30, 2014

644 ~ Utk Pertama kalinya...



Pagi ni ke dialysis rasa ringan sangat.
Selalunya kalau cuti sabtu dan ahad dialysis, hari isnin akak dialysis dengan berat sebanyak 4kilo atau 5 kilo. Hari isnin cuci darah dan tarik sekurang2nya 3.8kg dan masih berhutang 1kg....

Kisahnya bermula sejak jumaat malam.

Jumaat malam akak masak lamb chop black pepper utk seisi keluarga. Akak tahu akak mmg tak tahan black pepper jdnya akak mkn sikit jer. Beberapa potong kecil jer....

Pagi sabtu waktu subuh akak dah rasa perut meragam. Cerey berey sepanjang pagi. Akak buat teh o pekat.. Bolehla menahan.

Lunch kami ke mid valley utk makan makanan korea. Masih okay juga.
Lps zohor kami siap menonton Transformer... Okay lagi...




Balik tu mula semula cerey berey.
Mlm tu siap muntah keluarkan semua yg akak makan lunch tadi.
Masih cerey berey lg..

Ahad tu akak puasa juga walau disuruh berbuka oleh suami. Bykkan tidur saja sbb keletihan yg amat.

Buka puasa akak gagahkan masak nasi dan buat sambal. Utk seisi keluarga, kami beli KFC home delivery.

Pagi ni, akak berulangkali menimbang sblm dialysis. Air cuma naik 200ml SAHAJA. Campur 500ml tarik hanyalah 700ml. Sukanya jika selalu tarik sedikit begini ...... Tp takmolaaa chery berry.... 



2 comments:

  1. Kadang-kadang saya terfikir, kalu saya la kena lalui semua tu, harus la saya down agaknya. Letih tu nak kena bertahan berpantang dan jaga air.

    Apapun alhamdulillah, AKAK sentiasa positif dan sihat.

    ReplyDelete
  2. Selamat berpesta ibadah pada Ramadhan tahun ini, semuga mencapai taqwa. Amin.

    merana kerana chery diganti keringanan :) Alhamdulillah.

    madora

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata