Jika bukan kerana perhimpunan yang akan diadakan hari ini.. memang kami dah berdesupppppp subuh sepi'ee ke Kg Baru... tapi segala urusan di luar BBBangi adalah di hentikan buat hari ini...
Suami mencadangkan kami bersarapan di atas bukit.. memang selalu kami ingin ulang kembali ke sini tapi masa tidak membenarkan. Jika selalunya hari cuti bangun dah terlambat dan hari kerja, memang tak sempat...
Cari jalan yang mudah untuk ke sini melalui Seksyen 8 BBBangi. Masuk ke dalam Kg Sungai Ramal Dalam, ambil simpang ke kiri Jalan Mesjid... terus masuk hingga naik ke atas bukit... Tarrrrraaaaa jumpa bukit dan kedai makan yang tersohor.
Terkejut jugak akak bila lihatkan kebanyakan meja makan telah penuh. Awal2 lagi dah ramai orang. Padanlah dahulunya akak perhatikan banyak kereta yang parking hingga ke bawah bukit tepi jalan besar...
Di bawah bukit sana ada disediakan tempat letak kereta. Tapi penuh juga...
Akak perhatikan service yang cepat dan cekap.. makanan yang dihantar dalam kadar segera membuatkan ramai pelanggan memilih untuk bersarapan di sini. Pelanggan tidak menunggu terlalu lama... Pekerjanya ramai dan tukang tebar roti canai pun ada 3 orang.
Ambil curi2 takut pelanggan kurang senang bila sedar mereka dijadikan bahan dalam blog seseorang..
Pagi ini akak memilih Nasi Lemak sambal sotong.
Suami memilih roti canai.
Sedap, garing dan nipis...
Kuah Kari kambing dengan isi kambing.
Betul2 di belakang kedai makan..
Suasana yang redup dengan pokok2...
Ada pokok rambutan.. pokok kelo.. Mangga... Memang suasana idaman akak..
Boleh jadi 'port' minum pagi kami andai tidak ke Kg Baru....
Suasana kedai minum seperti dalam kampung...
~LUEM~
Salam Rahmah,
ReplyDeleteBismillah dan selamat menjamu selera, Pisstt..terliur akak nengok gulai kambing tuu..
salam kak nani...
DeleteAkak.. Maaf nak bgtau kari kambing tu kureng umppphhh
kuahnya kecairan... kureng rasanya...
nice day :)
ReplyDeletehargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...
En Saifudin
Deleteterima kaseh...
cantik ayat yang diberi...
Makchaq pun pernah makan kat sini rasanya.. ada jugak jual mee bandung/rebus dan otak 2 kan?
ReplyDeletemakchaq..
Deleteada jual mee bandung/rebus tapi lupa nak cuba..
lainkali memang nak kena cuba...
oh nasi lemak sambal sotong!!
ReplyDeletemy fav!!!
miss scofield
Deletenasi lemak sotong mmg kegemaran ramai....
ada lagi satu tempat yg sedappppp
assalam mkcik..dah lma x mnulis dalam list jjcm m'sia yang akn diterjah...harini dil dh menulis semula...kedai atas bukitttt....nyum nyum....:-)
ReplyDeleteWaalaikummussalam Dil...
DeleteBila nak balik ni? Kumpul rindu dendam nak makan jer.... boleh tahan ker?
suasana kampung! tu yang i nak carik!
ReplyDeletemadora
Madora...
Deleteakak pun rindu suasana kampung begitu..
sanggup masuk bahagian kampong untuk sampai ke situ nak menikmati rasa suasana redup dengan pokok2....
Memang la kan? Kalu kita kenal sesapa yg snap gambar, tentu kita rasa semacam bila orang snap curi kan? Lainlah kalu kawan blogger kita sendiri.
ReplyDeleteRoti canai nipis camtu, cukup ker sekeping jer?
azie...
Deleteroti canai boss....
2 keping la...
mem punya sekeping juga + nasi lemak...
kenyang sampai ptg...
heh heh heh
InsyAllah akan sampai jugak kesana! Nampak sungguh menyelerakan!
ReplyDeleteUncle...
DeleteJemputlah datang..
tapikan... sedap atau tidaknya mengikut selera memasing.. (tak berani jamin sedap..)