Wednesday, December 12, 2012

478 ~ Asyik Aisyah.. Aisyah jer.. kan Ain???



Anak dara ketiga ni jarang akak ceritakan kisahnya. Nak cerita memang banyak kisahnya.... Saja akak nak jadikan kenangan di blog ini cerita mengenai anak dara yang ini...

Lahir pada 13/12/1999.. Lahir di Hospital Melaka. Doktor yang sepatutnya menyambut kelahirannya telah bertukar kepada doktor lain. Akak sudah di tetapkan untuk melahirkan Ain secara pembedahan kerana masalah uri bawah. Doktor perempuan iaitu Doktor Deepika yang biasa memeriksa akak seminggu sebelum tarikh 13hb tesebut telah pulang ke kampong halaman...(Doktor Import dari Pakistan)... Entah macamana hari yang sepatutnya beliau tiba di Airport KLIA.. beg pakaian beliau telah tersalah antar... jadinya beliau tidak dapat ke hospital pada masa yang ditetapkan.. Doktor Pakar Perbidanan lelaki iaitu Dr Tham yang melakukan pembedahan tesebut. Inilah pertama kali doktor lelaki yang menyambut kelahiran anak akak. Sebab sejak dari anak pertama memang kami memilih pakar perbidanan perempuan.
(Saja untuk rekod akak : Anak pertama : Dr Tan, Anak Kedua: Dr Habibah, Anak keempat Dr Sharon)

Anak dara ini lahir di Melaka. Waktu ini kami menetap di Melaka. Sempatlah tinggal di Melaka selama dua tahun sebelum kami berpindah ke Pulau Pinang. Waktu membesarnya hingga tadika dan sekolah rendah tak sampai sehari di Sekolah Rendah Batu Lancang. Sekolah seterusnya di Bandar Baru Bangi hingga tamat tahun 6.

Ain memang seorang anak yang tidak banyak kerenah dan tak banyak cakap. Nak keluar satu ayat jika ditanya memang seumpama ada seketul emas dalam mulutnya. Ketara sangat perumpamaan 'berat mulut'.

Sewaktu kami tinggal di Quarters Hospital Serdang, kami tinggal di tingkat satu. Manakala Ketua Jabatan lain tinggal tingkat di atas kami . Ada satu insiden yang membuatkan akak suka mengenangnya hingga hari ini.. Waktu itu Ain baru berusia 6 tahun..

Doktor pakar yang tinggal di atas rumah kami mempunyai sepasang anak lelaki kembar. Pada suatu hari seorang dari kembar tersebut telah membuang permainan kad gambar (Card games). Ain berminat nak melihat gambar kartun yang terdapat pada kad gambar tersebut. Dia telah berdiri di tingkap. Dengan menggunakan chewing gum dan benang jahit, Ain telah dapat mengambil kad-kad gambar yang berada di tingkat bawah bangunan quarters tersebut. Sangat cute... Seorang budak berumur 6 tahun mendapat akal untuk mengambil kad permainan di tingkat bawah hanya menggunakan chewing gum dan benang.

Ain memang suka menyendiri.. Suka melukis dan membuat bentuk kartun yang digemarinya dengan menggunakan chewing gum dan tanah liat (plastersin)

Antara patung yang dibuat oleh Ain..






Lukisan menggunakan Paint Brush.




Waktu berusia 3/4tahun.. Kurang bercakap dan banyak melukis gambar kartun yang digemarinya.




Tak berapa gemar berenang seperti Aisyah... Hanya suka bermain di gigi air..




Hari ini genap umur Ain 13 tahun. Selamat Hari lahir Ain.. semuga menjadi anak yang solehah berjaya di dunia dan di akhirat.

17 comments:

  1. Wah cantiklah tarikh hari lahir Ain tahun ini, 12.12.12 dan umur Ain, 13. tersusun semua digit. Suka tengok hasil kreatif Ain. Semoga potensi ini dapat dikembangkan. Selamat panjang umur. Semoga diberkatiNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Hajah Nora...
      Sebenarnya Ain lahir 13/12.. Hari lahir yang ke 13..
      cantik jugaklah kan?
      Aamiin atas doa kak Hajah Nora...

      Delete
  2. Selalu nya anak pendiam ni sangat kreatif...Kena belajar dengan Kakak kepada Hjh Noralenna Abas(saya panggil Alang)..Rahmah ingat tak dulu ada rancangan TV1..Cumi dan Ciki..ada Wazata Zain dan Kak Ann..kak Ann tu kakak Alang ler..sedap lagi suara dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ezza..
      Saya ingat lagi rancangan Cumi dan Ciki...
      terbayang2 kisah tu dulu dalam tv kita...
      Siapa sangka kan?

      Delete
  3. Happy Birthday Ain! Miss her cute stories. Ada seketul emas dalam mulut, sebab tu bila sekali buka mulut, terpegun yang mendengar ;)

    Kreatifnya Ain! Cantik figurines! I kagum dengan mereka yang kreatif kerana family i takde yg begitu.

    InsyaAllah Ain akan terus menghasilkan karya seni indah dan menjadi anak solehah yang membahgiakan ibu abah dunia akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madora...
      Terima kaseh atas doanya...
      Akak pun tak tahu mana dia dapat kreativity begitu...

      Delete
  4. Hajah,
    Benarkan selitkan 'terima kasih' kepada Ezza kerana perkenalkan kakak saya Kak N, si Cumi Kiki. Dia ada blog 'Ceritalah Nek Ngah'
    Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Hajah Nora..
      terima kaseh bg info..
      nanti saya jalan2 ke sana...

      Delete
  5. tapi satu perkara kena hati-hati. anak yang suka menyendiri dan bermain dalam dunianya sendiri amat payah untuk kita terokai isihatinya.

    anak begini jangan kita lalai dari mendekatinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM..
      betul bagai yg IM kata...
      memang Ain seorang perasa... mudah sedih..

      Delete
  6. hepi belated birthday dear Ain, May god bless your whole family always

    ReplyDelete
  7. happy belated birthday Ain! siyes cantik laaa patung plastesin tuh! berbakat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. gB..
      terima kaseh...
      akak baru dscover kat Berjaya times square ada kedai jual plastersin macam tu dan kendali kelas untuk belajar... boleh buat duit rupanya....

      Delete
  8. Anak ke-3 mmg unik, Akak.. I tau sgt!!


    Hepi bday, Ain!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ja...
      Tp kan... Kat rumah ni.. Nombor satu, dua dan empat pun unik2 semuanya.. Camana tu?

      Delete
  9. Anak ke-3 mmg unik, Akak.. I tau sgt!!


    Hepi bday, Ain!!

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata