Tuesday, February 07, 2012

282 ~ Yang jauh.. kita dekatkan.... Yang dekat.. kita mesrakan...


Alhamdulillah.... 

Hubungan yang dah lama terjalin dengan Kak Ida terjalin semula hari ini.... Kak Ida mengenali akak sejak zaman akak baru berjinak-jinak dengan Persatuan Muslim Convert Darul Fitrah. Akak pernah ziarah kak Ida yang pernah menetap di Bandar Seria, Brunei Darusalam dalam tahun 1991. Merasalah melawat tempat orang selama 2 minggu. Berjalan-jalan hingga ke Miri, Serawak melalui Kuala Belait. Menaiki feri dari Kuala Belait menyeberangi Sungai Belait untuk ke Bandar Miri, Serawak Memang suatu pengalaman yang baru.

Kak Ida telah diuji dengan penyakit Kanser sejak 10 tahun lepas. Kali ini kali kedua penyakit itu datang menyerang. Waktu akak mula sakit dahulu, 3 tahun lepas... Kak Ida sering ziarah akak di CCU, Hospital Serdang dan juga di rumah. Banyak nasihat yang diberikan dari segi keagamaan... Alhamdulillah.


Pagi ini akak meluangkan masa untuk menziarahi beliau di kediamannya di Bukit Jelutong. Plan perjalanan sudah akak belajar dari suami. Tapi mengetahui kedegilan sendiri... akak sesat jugak. Tapi Allah masih memudahkan perjalanan akak. Dapat jugak akak sampai ke rumahnya. Alhamdulillah...




Bertemankan Ustazah Ina... perbincangan kami banyak berkisar dalam minat yang sama...
Bahasa kami sama...
Serasi pulak antara Ustazah Ina dan Kak Ida...




Walau pernah terputus hubungan dalam jangkawaktu yg agak lama, Namun Allah temukan kita semula...
Alhamdulillah....

Kita memang saling memerlukan dalam waktu terakhir begini....



Kak Ida hadiahkan buku ini
DU'A
The Weapon Of The Believer...

Alhamdulillah....



9 comments:

  1. Replies
    1. Salam kak nani...
      Mcm ni lah saya... Bila sihat.. Semua org saya nak jumpa...
      Alhamdulillah.. Depa pun sudi nak jumpa saya....

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum akak
    maaf komen td terpaksa didelete sebab ada kesilapan tulisan..

    Alhamdulillah..mudah2an persahabatan tetap terjalin walaupun berjauhan.mudah2an kak ida dipulihkan dari penyakit cancer beliau..InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Semuga persahabatan kami hingga membolehkan kami berjiran 'disana'... Insya'Allah...
      Amin buat doa ida...

      Delete
  4. Alhamdulillah. ziarah kenalan merapatkan hubungan.
    akak dah tak aktif di darul fitrah. kami selalu ikuti ceramah2 darul di sini. minggu lepas, penceramah saudara baru (dah 12tahun) dari uk dan minggu ni dari US. tentu kak ida tenang kerana memiliki the greatest weapon of the believer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Bila kita dah kenal lama... kenal sejak muda pulak tu.. lagilah kita value friendship yg dah terjalin...
      Alhamdulillah... Nampaknya kak ida memang dah menerima dengan tenang kesakitan yg dialaminya... Semuga penderitaannya di balas dengan Jannah di sana...

      Delete
  5. Kak,

    smg persahabatan akak berdua akn terus berpanjangan.
    Seronok tgk gmbr akak berdua.ada chemistry :-D

    ReplyDelete
  6. Lynn...
    masa beliau masih sihat... beliau lah tempat akak menumpang kasih juga... serta merta kata nak jumpa, serta merta dia ada...
    Terima kaseh, Lynn...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata